CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 49|Reply: 0

[Sembang Bola Sepak] KRW FC belasah Seoul Phoenix 6-0

[Copy link]
Post time 21-1-2026 01:13 AM | Show all posts |Read mode
KRW FC belasah Seoul Phoenix 6-0

HAZELEN LIANA KAMARUDIN
20 Januari 2026 11:17pm





Emmanual Mbraga (tengah) meraihkan jaringan bersama rakan sepasukan semasa perlawanan Liga A1 Semi Pro apabila membelasah Seoul Phoenix 6-0 pada aksi di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, pada Selasa.




KELANTAN Red Warrior (KRW FC) meneruskan tekanan ke atas pasukan kelompok teratas Liga A1 Semi Pro apabila membelasah Seoul Phoenix 6-0 pada aksi di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Selasa.

Pada perlawanan itu, KRW FC terlebih dahulu menguji benteng pelawat pada minit ke-21 menerusi rembatan deras Muhammad Zul Asyraf Zulkiefle, namun berjaya diselamatkan oleh Suwan Ko.


Tuan rumah terus bernafsu selepas itu apabila melancarkan serangan bertali arus ke kubu pelawat, namun dihampakan oleh ketumpulan jentera penyudah.

Usaha KRW FC untuk merobek kubu pelawat akhirnya membuahkan hasil menerusi rembatan deras Wan Mohamad Fazli Wan Ghazali pada minit ke-38 yang gagal diselamatkan oleh Suwan Ko.


Tuan rumah terus menambah derita Seoul Phoenix apabila penjaring terbanyak pasukan, Emmanual Mbraga, meledakkan gol kedua KRW FC pada minit ke-45.

Menuju minit-minit akhir perlawanan, gawang KRW FC hampir dibolosi oleh penyerang import pelawat, Seidou Ismaila, namun Syafiq Afifi Suhaimi berjaya menyelamatkan keadaan.

Keputusan 2-0 itu kekal hingga tamat babak pertama, menyaksikan skuad bimbingan Irfan Bakti Abu Salim membawa bekalan selesa ke bilik persalinan sebelum separuh masa kedua bersambung.

Pada aksi babak kedua, Muhammad Zul Asyraf Zulkiefle menambah derita pelawat dengan gol ketiga KRW FC pada minit ke-51.

Mbraga mencetak gol keempat tuan rumah apabila tenang menyempurnakan sepakan penalti yang gagal diselamatkan oleh Suwan Ko.


Tuan rumah terus berpesta apabila pemain gantian, Nik Azli Nik Alias, menjaringkan gol kelima pada minit ke-69.

Mbraga terus mempamerkan ketajaman penyudah dengan meledakkan gol keenam KRW FC pada minit ke-76.

Tertekan dengan asakan berterusan tuan rumah, pelawat mengeluarkan penjaga gol mereka, Suwan Ko, dan menggantikannya dengan Vikneswaran Krisnan.


Keputusan 6-0 kekal hingga tamat perlawanan, sekali gus menyaksikan KRW FC naik ke tangga ketiga liga.

https://www.sinarharian.com.my/article/764859/sukan/krw-fc-belasah-seoul-phoenix-6-0


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 07:21 PM GMT+8 , Processed in 0.548111 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list