CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 257|Reply: 4

Tiada Gangguan Air Besar Di Selangor Sepanjang 2025 - Menteri Besar

[Copy link]
Post time 21-1-2026 12:12 PM | Show all posts |Read mode





Selangor mencatat pencapaian besar dalam pengurusan bekalan air apabila tiada gangguan air besar direkodkan sepanjang tahun 2025, khususnya yang berpunca daripada pencemaran sumber air mentah. Kejayaan ini hasil pelaksanaan berkesan Skim Jaminan Air Mentah (SJAM) yang mula dilaksanakan sejak 2021.

Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari berkata pencapaian itu membuktikan keupayaan Kerajaan Negeri memastikan bekalan air bersih dan stabil kepada rakyat walaupun berdepan risiko pencemaran sungai yang sebelum ini sering menyebabkan gangguan berskala besar.

Menurut beliau, sepanjang 2025 tiada henti tugas loji rawatan air (LRA) akibat pencemaran direkodkan hasil pemantauan rapi, penguatkuasaan berterusan serta tindakan pantas oleh agensi berkaitan. Keadaan ini memastikan operasi loji rawatan air dapat diteruskan tanpa menjejaskan pengguna.




“Alhamdulillah, kejayaan sepanjang 2025 ini membuktikan iltizam Kerajaan Negeri mengurus Selangor secara berhemah, stabil dan berteraskan kepentingan rakyat,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

SJAM diwujudkan sebagai langkah strategik bagi mengatasi isu pencemaran sungai yang sebelum ini memaksa loji rawatan air dihentikan sementara kerana air mentah tidak sesuai dirawat.

Melalui skim ini sumber air alternatif dapat disalurkan ke loji rawatan sekaligus membolehkan operasi diteruskan walaupun berlaku pencemaran.

Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri, Dato’ Johary Anuar memaklumkan SJAM Fasa 1 yang siap sepenuhnya pada Mei tahun lalu berjaya mengelakkan gangguan bekalan air dalam tiga insiden pencemaran yang dikesan pada 5 Julai, 15 Julai dan 28 Julai.

Menurutnya, kesiapsiagaan empat pakej skim SJAM memastikan pengguna terus menerima bekalan air bersih tanpa gangguan.

Kejayaan ini selari dengan sasaran Rancangan Selangor Pertama (RS-1) untuk menjamin bekalan air 24 jam kepada penduduk, sekali gus membuktikan kecekapan sistem pengurusan air negeri dalam menghadapi cabaran pencemaran.

Sumber : Rotikaya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-1-2026 12:20 PM | Show all posts
i can confirm ini..
yang i perasan, sejak non naik, takde lagi masalah air kat tempat i..
kecuali yang berjadual atau paip pecah la..
so i guess sebelum ni memang kes sabotage..
sebab selalu masalah loji tu boleh agak time bila
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2026 12:23 PM From the mobile phone | Show all posts
prettyuglybabe replied at 21-1-2026 12:20 PM
i can confirm ini..
yang i perasan, sejak non naik, takde lagi masalah air kat tempat i..
kecuali ya ...

sapa yg sabotaj???
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2026 01:06 PM | Show all posts
ecececehhhh

nak ambik kredit konon

padahal kerana PROJEK LANGAT 2 (projek najib) dah beroperasi sepenuhnya

alaaa  langat 2 yang KERAjaan PKR bantah gila2 duluuuuu tuuuuuuuuuuuu
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2026 01:27 PM | Show all posts
bangkem masih ingat

10 tahun lepas bangkem dengan acong bertikam lidah mengenai projek langat 2

ujung2 ada sorang forumNer mencelah seraya berkata projek langat 2 membazir dan tak perlu, sebaliknya kerajaan patut buat kempen cintai sungai kita di sekolah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
travel
kukukud4rttravel
Views : 1112 Replies : 0
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 1818 Replies : 0
Menangis Tak Mengubah Takdir: Hukuman Penjara & Sebat Da’i Syed Kekal
GigihadidntMenangis Tak Mengubah Takdir: Hukuman Pe
Views : 15810 Replies : 31
SATURO GOJO TAVEL TIPS
saturo1gojoSATURO GOJO TAVEL TIPS
Views : 4444 Replies : 0
Quiz : Personality Test [Who is the biggest fool?]
gekkouQuiz : Personality Test [Who is the bigg
Views : 5741 Replies : 28
Orang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Takkan Inggeris Hilang Di Dunia.
B40tastePoshOrang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Ta
Views : 2297 Replies : 19
Brother Kat Threads Ni Heboh Pasal Bau "Bunga Orked" Rakan Ofis
tumpanglalu74Brother Kat Threads Ni Heboh Pasal Bau
Views : 2559 Replies : 69
"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga"  - Isteri Ketiga Bekas Panglima Darat Muncul Dengan Bisul Kronik
Mahathirina"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga" - Iste
Views : 59687 Replies : 35
Langsung tak ada job, Daí Syed spend time dengan anak bini je-hanya terima watak ustaz je
RalineLangsung tak ada job, Daí Syed spend ti
Views : 25404 Replies : 101
TRAVEL WITH GOJO
saturo1gojoTRAVEL WITH GOJO
Views : 10406 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2026 07:45 AM GMT+8 , Processed in 0.388093 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list