CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 311|Reply: 0

“Bukan Sebab Tak Move On Atau Gila Talak, Status Saya & Dia Masih Tergantung…” - Datuk Red

[Copy link]
Post time 21-1-2026 12:17 PM | Show all posts |Read mode





Usahawan Datuk Red menjelaskan dia memfailkan permohonan pengesahan lafaz rujuk terhadap bekas isterinya, Adira Suhaimi bukan kerana belum move on.

Memetik BH Online, Datuk Red berkata untuk mendapatkan kepastian mengenai lafaz rujuk yang dilakukan terhadap Adira pada Mei 2024.

Menurut Datuk Red, jika ianya sah bermakna dia masih suami kepada Adira namun jika sebaliknya mereka boleh membawa haluan masing-masing.

“Ini bukan soal ‘move on’ atau gila talak. Sekarang status saya dengan dia masih tergantung, sama ada saya masih suami orang atau tidak.

“Sebab itu saya memfailkan permohonan pengesahan lafaz rujuk, untuk memastikan lafaz rujuk yang dibuat sah atau tidak,” katanya.

Sementara itu, Datuk Red berkata dia tidak mahu perkara itu menjadi isu di masa hadapan apatah lagi berkaitan dengan hukum.

“Soal dosa pahala ini saya yang akan tanggung. Saya sudah ada banyak dosa, jadi saya tak nak tambah lagi.  Kalau saya tak failkan dan tiba-tiba saya atau Adira berkahwin lain, itu akan menyusahkan. Ini bukan pasal tak ‘move on’, tapi berkaitan hukum,” katanya.

Apabila ditanya mengapa pengesahan lafaz rujuk itu dibuat hampir setahun perceraian, Datuk Red enggan mengulas lanjut kerana tidak mahu mengeruhkan keadaan.

“Itu kena tunggu 16 Februari nanti kerana saya tak mahu mengeruhkan lagi keadaan. Kita tunggu sahaja perbicaraan yang akan dijalankan secara tertutup,” katanya.

Sumber: BH Online, Rotikaya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gunung, ganggu ketenteraman penduduk. Orang India sendiri tertekan apabila kuil haram dibina di depan rumahnya
ultra78Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gun
Views : 22039 Replies : 32
'Daftar Tahun Satu usia enam tahun, 143 negara sudah guna pendekatan sama' - Nurul Izzah
Abahmung'Daftar Tahun Satu usia enam tahun,
Views : 21784 Replies : 5
Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri' patut nikmati pulangan 2 tahun lalu, tapi tak berlaku
ultra78Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri'
Views : 19360 Replies : 6
Orang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Takkan Inggeris Hilang Di Dunia.
B40tastePoshOrang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Ta
Views : 2023 Replies : 8
...CHAT ABOUT HUMANITY...
seribulan...CHAT ABOUT HUMANITY...
Views : 13939 Replies : 2028
QUEEN ELIZABETH II TELAH MANGKAT
ipes2QUEEN ELIZABETH II TELAH MANGKAT
Views : 17516 Replies : 148
Cafe Chef Wan
GigihadidntCafe Chef Wan
Views : 4442 Replies : 17
"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga"  - Isteri Ketiga Bekas Panglima Darat Muncul Dengan Bisul Kronik
Mahathirina"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga" - Iste
Views : 22064 Replies : 8
30k boleh bulan madu dekat Uzbekistan!Gadis Gen Z ini nak kahwin secara sederhana tapi kiciwa mak ayah nak majlis kahwin 'Grand'
YgBenar30k boleh bulan madu dekat Uzbekistan!Ga
Views : 23350 Replies : 2
travel to chicago
kukukufdd456yDdtravel to chicago
Views : 12530 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 05:48 AM GMT+8 , Processed in 0.042609 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list