CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2179|Reply: 0

[Kedah] Hanya murid melepasi ujian diagnostik khas layak masuk Tahun 1 umur 6 tahun - Fadhlina

[Copy link]
Post time 21-1-2026 02:35 PM | Show all posts |Read mode
Hanya murid melepasi ujian diagnostik khas layak masuk Tahun 1 umur 6 tahun - Fadhlina
Oleh M Hifzuddin Ikhsan dan Norazura Abdul Rahman - Januari 21, 2026 @ 12:53pm





Fadhlina berucap pada Program PAKAT Prasekolah di Jabatan Pendidikan Kedah, hari ini. - NSTP/ WAN NABIL NASIR



ALOR SETAR: Ujian saringan diagnostik khas akan digunakan bagi menentukan kelayakan kanak-kanak memasuki Tahun Satu seawal umur enam tahun mulai sesi persekolahan 2027.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, berkata hanya murid yang layak dan berjaya melepasi kriteria ditetapkan setelah menduduki ujian diagnostik itu akan dipilih untuk kemasukan berkenaan.

Justeru, beliau berkata, ibu bapa perlu mendaftar anak mereka terlebih dahulu untuk menduduki ujian saringan itu, tahun ini, yang akan diumumkan pelaksanaannya nanti.

Fadhlina bagaimanapun menjelaskan bahawa pelaksanaan kemasukan anak ke Tahun Satu pada usia enam tahun, bukan diwajibkan kepada semua ibu bapa.

Sebaliknya, beliau berkata, ia sebagai pilihan yang mana kanak-kanak lain masih boleh kekal memasuki Tahun Satu pada umur tujuh tahun mengikut sistem ketika ini.

"Pertama, (ibu bapa) jangan panik, itu paling penting.... kena bertenang dan melihat ini sebagai suatu pembaharuan dalam sistem pendidikan.

"Ia bukan asing di negara lain yang sudah melaksanakannya.

Sebab itulah, kita memulakannya dengan tidak wajib dan ia adalah pilihan.

"Walaupun pilihan, kita tidak memberikan kebebasan kepada ibu bapa begitu saja... ia datang dengan kebersediaan anak dan paling penting sokongan pada peringkat Kementerian Pendidikan (KPM) yang kita namakan sebagai ujian diagnostik.

"Ujian diagnostik ini untuk mengenal pasti kebersediaan anak-anak itu... adakah bersedia dari segi psikoemosi, tahap kemahirannya, adakah dia boleh berada dalam kelas Tahun Satu dengan semua persiapan itu?" katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Program PAKAT Prasekolah di Jabatan Pendidikan Kedah yang turut dihadiri oleh Pengarah Pendidikan negeri, Abdul Rahim Mat, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut mengenai kriteria untuk layak memasuki Tahun Satu pada usia enam tahun, Fadhlina memaklumkan, terdapat beberapa perkara akan dilihat berpandukan keputusan ujian diagnostik itu, termasuk sama ada melepasi kriteria ditetapkan.

Beliau berkata, kanak-kanak terbabit perlu mencapai had tertentu dalam ujian itu, termasuk dari segi psikoemosi dan kemahiran ditetapkan.

"Kita akan memaklumkan bila ujian diagnostik itu akan diadakan, lokasi dan semuanya.

"Ujian itu perlu dilalui oleh anak-anak yang mahu memasuki Tahun Satu (pada umur enam tahun).

Yang ini kita mahu sampaikan agar ia tidak dilihat sebagai dasar yang terburu-buru.

"Ibu bapa yang mahu anak memasuki Tahun Satu itu pula perlu bagi komitmen dengan memastikan anak menduduki ujian.

Kita akan membantu ibu bapa dan memberikan pedoman.

"Ibu bapa yang tidak bersetuju pula boleh mengikut cara biasa di mana anak mereka memasuki Tahun Satu pada usia tujuh tahun.

Sebab itu, kita kata tidak wajib dan perlu disokong diagnostik," katanya.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2026/01/1499453/hanya-murid-melepasi-ujian-diagnostik-khas-layak-masuk-tahun-1-umur






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gunung, ganggu ketenteraman penduduk. Orang India sendiri tertekan apabila kuil haram dibina di depan rumahnya
ultra78Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gun
Views : 22039 Replies : 32
'Daftar Tahun Satu usia enam tahun, 143 negara sudah guna pendekatan sama' - Nurul Izzah
Abahmung'Daftar Tahun Satu usia enam tahun,
Views : 21784 Replies : 5
Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri' patut nikmati pulangan 2 tahun lalu, tapi tak berlaku
ultra78Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri'
Views : 19360 Replies : 6
Orang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Takkan Inggeris Hilang Di Dunia.
B40tastePoshOrang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Ta
Views : 2023 Replies : 8
...CHAT ABOUT HUMANITY...
seribulan...CHAT ABOUT HUMANITY...
Views : 13939 Replies : 2028
QUEEN ELIZABETH II TELAH MANGKAT
ipes2QUEEN ELIZABETH II TELAH MANGKAT
Views : 17516 Replies : 148
Cafe Chef Wan
GigihadidntCafe Chef Wan
Views : 4442 Replies : 17
"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga"  - Isteri Ketiga Bekas Panglima Darat Muncul Dengan Bisul Kronik
Mahathirina"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga" - Iste
Views : 22064 Replies : 8
30k boleh bulan madu dekat Uzbekistan!Gadis Gen Z ini nak kahwin secara sederhana tapi kiciwa mak ayah nak majlis kahwin 'Grand'
YgBenar30k boleh bulan madu dekat Uzbekistan!Ga
Views : 23350 Replies : 2
travel to chicago
kukukufdd456yDdtravel to chicago
Views : 12530 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 05:49 AM GMT+8 , Processed in 0.037668 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list