CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 15473|Reply: 1

Polis berkas lelaki cipta 500,000 imej ghairah selebriti dan jual secara online

[Copy link]
Post time 21-1-2026 04:25 PM | Show all posts |Read mode





TOKYO – Polis Jepun menahan seorang lelaki yang disyaki menggunakan aplikasi kepintaran buatan (AI)  untuk menghasilkan lebih 500,000 imej lucah mirip selebriti wanita dan menjualnya secara online, kata seorang  jurucakap polis dan laporan media hari ini.

Kebimbangan semakin meningkat di seluruh dunia mengenai penggunaan platform AI untuk tujuan jahat termasuk menghasilkan imej ‘’deepfake’ dengan menukar foto, video atau audio sebenar menjadi gambaran palsu.

Antara Disember 2024  hingga Mei 2025,  suspek yang dikenali sebagai Tetsuro Chiba didakwa ‘membenarkan penonton internet melihat 14 fail imej elektromagnet lucah secara online pada harga yang ditetapkan’, kata  jurucakap berkenaan kepada AFP.

Penganggur berumur  31 tahun  yang tinggal di Sapporo, utara Jepun itu  ditahan polis Tokyo semalam kerana disyaki menyiarkan kandungan lucah secara online.

Agensi berita Kyodo News memetik sumber polis sebagai berkata, suspek dipercayai mencipta lebih 520,000 imej ‘deepfake’ lucah melibatkan  kira-kira 300 selebriti. Dia mendapat bayaran kira-kira 11 juta yen (RM282,807)  dengan mempromosikan kandungan itu di media sosial dan saluran lain.

Agensi berita Jiji Press melaporkan butiran serupa sambil menambah, suspek berbuat demikian untuk mendapatkan wang.

Beberapa negara telah mengambil langkah mengharamkan atau mengambil tindakan undang-undang terhadap X dan  xAI milik Elon Musk berhubung kebimbangan keselamatan yang dicetuskan oleh chatbot terbina di dalam, Grok, yang membenarkan pengguna mencipta dan berkongsi gambar seksual.

Grok menyatakan akan menyekat penjanaan dan penyuntingan imej kepada pelanggan berbayar, dan X mengumumkan akan menyekat sepenuhnya ciri tersebut di beberapa negara.

Filipina minggu lepas menjadi negara ketiga mengharamkan Grok selepas Malaysia dan Indonesia. – AFP

Sumber : – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-1-2026 05:18 PM From the mobile phone | Show all posts
kok groknya goblok banget....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gunung, ganggu ketenteraman penduduk. Orang India sendiri tertekan apabila kuil haram dibina di depan rumahnya
ultra78Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gun
Views : 22039 Replies : 32
'Daftar Tahun Satu usia enam tahun, 143 negara sudah guna pendekatan sama' - Nurul Izzah
Abahmung'Daftar Tahun Satu usia enam tahun,
Views : 21784 Replies : 5
Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri' patut nikmati pulangan 2 tahun lalu, tapi tak berlaku
ultra78Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri'
Views : 19360 Replies : 6
Orang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Takkan Inggeris Hilang Di Dunia.
B40tastePoshOrang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Ta
Views : 2023 Replies : 8
...CHAT ABOUT HUMANITY...
seribulan...CHAT ABOUT HUMANITY...
Views : 13939 Replies : 2028
QUEEN ELIZABETH II TELAH MANGKAT
ipes2QUEEN ELIZABETH II TELAH MANGKAT
Views : 17516 Replies : 148
Cafe Chef Wan
GigihadidntCafe Chef Wan
Views : 4442 Replies : 17
"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga"  - Isteri Ketiga Bekas Panglima Darat Muncul Dengan Bisul Kronik
Mahathirina"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga" - Iste
Views : 22064 Replies : 8
30k boleh bulan madu dekat Uzbekistan!Gadis Gen Z ini nak kahwin secara sederhana tapi kiciwa mak ayah nak majlis kahwin 'Grand'
YgBenar30k boleh bulan madu dekat Uzbekistan!Ga
Views : 23350 Replies : 2
travel to chicago
kukukufdd456yDdtravel to chicago
Views : 12530 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 05:48 AM GMT+8 , Processed in 0.575019 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list