CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 29587|Reply: 19

[Tempatan] Murid Darjah 1 Berdarah Hidung Ditampar "Kak Long Kawasan" ~ Tahun Depan Lagi Kecik?

[Copy link]
Post time 22-1-2026 01:23 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode


PETALING JAYA: “Anak saya masih trauma dan enggan ke sekolah selepas hidungnya berdarah ditampar seorang murid perempuan ketika ingin ke tandas sekolah.”

Demikian kongsi Syed Rosli Syed Harman, 50, iaitu bapa kepada seorang murid darjah satu yang cedera di hidung dipercayai ditampar murid perempuan dalam kejadian di sebuah sekolah di Ampang Jaya di sini.

Menurutnya, kejadian itu disedari dia dan isterinya selepas dihubungi pihak sekolah pada 3 petang Isnin lalu memaklumkan anak lelakinya berusia tujuh tahun mengalami kecederan di hidung.

Jelasnya, sebaik mengetahui kejadian itu, dia bersama isteri terus bergegas ke sekolah di Ampang Jaya untuk mengetahui apa yang berlaku.

“Sebaik tiba, guru besar, guru kelas dan guru-guru lain menceritakan kejadian itu berlaku ketika murid hendak ke tandas.

“Anak saya dikatakan berjalan di hadapan sementara murid perempuan itu berada di belakang dan difahamkan anak saya berjalan perlahan menyebabkan murid terbabit dikatakan tidak berpuas hati dan terus menampar muka anak saya,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurutnya, selepas itu, dia terus membuat laporan polis dan membawa anaknya menerima rawatan di Hospital Ampang sebelum doktor yang merawat memberi cuti sakit selama dua hari.

Jelasnya, guru besar juga memaklumkan akan membuat siasatan dalaman dan murid terbabit juga akan ditukarkan kelas bagi menjaga keharmonian.

“Malah guru besar ingin mengadakan pertemuan dengan ibu bapa terbabit namun buat masa ini saya masih belum ingin bertemu dan menyerahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan.

“Anak saya pun masih trauma dan tidak mahu ke sekolah namun saya akan cuba pujuknya untuk ke sekolah selepas cuti sakit habis hari ini,” katanya.

Beliau juga berharap pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) dapat segera di pasang di semua sekolah bagi membantu kes dan memberi keadilan kepada semua pihak.

“CCTV ini amat penting kerana boleh dijadikan rujukan semula dan saya berharap Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan segera memasang di semua sekolah kerana ia dapat membantu pihak sekolah membuat pemantauan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairul Anuar Khalid berkata, pihaknya mengesahkan menerima laporan berhubunga kejadian itu.

Menurutnya, pihaknya turut terkesan satu video tular pada 2.45 petang ini memaparkan seorang murid dipukul di sekolah.

“Laporan polis dibuat Isnin lalu oleh bapa mangsa.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan tiada tangkapan dilakukan setakat ini,” katanya.- UTUSAN

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-1-2026 03:58 AM | Show all posts
Ayah kau selalu tampar mak kau ke nak oii..
Spt kata acikpor, semua bermula dari rumah


Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2026 07:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Anak biase nye ikut apa yg dia nmpak depan mata.
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2026 07:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Budak kecik pun ganster... Geez....
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2026 08:03 AM | Show all posts
sekali dah besar berjodohan



on serious note...dahsyat tamparan wanita

Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2026 08:03 AM | Show all posts
Edited by supernaturalee at 22-1-2026 08:12 AM

erghhh cari buat hal jd dabel posting plak

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-1-2026 08:15 AM | Show all posts
cmf_jeangrey replied at 22-1-2026 03:58 AM
Ayah kau selalu tampar mak kau ke nak oii..
Spt kata acikpor, semua bermula dari rumah

plottwist ntah2 dia selalu tgk mak dia tampaq bapak dia haaaaaa bini batu durhaka masuk melaka
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2026 08:28 AM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-1-2026 08:41 AM | Show all posts
Rasakan kuasaaaa tamparan wanita ...... - Elite
Kuat nauuuuuuuu tangan kau dik
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2026 08:43 AM | Show all posts

amboi gambar yg dipilih utk statement ni

mcm menganjing jurrrrrr


Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2026 09:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Gengster betul budak pompuan ni, kuat sampai berdarah hidung budak ni.  Tp tulah iols tunggu plot twist nya sebb jarang la pompuan meletop kecuali di probok.... Kalau mmg saja belasah anak org then ada masalah serious lah tukang pukul.

Nak letak cctv aduhai tax pun kau merungut nak bayar siap ungkit pastu nak suruh kpm supply cctv kat rumah.  Kau hingat senang mcm beli tapo kat sopi lepas tu instal je ke?
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2026 09:27 AM | Show all posts
Melampau ko main tampar-tampar anak org samapi berdarah mcm gitu

Tak boleh dibiar, pegi sekolah tampar balik budak tu.. Guru besar nak buat siasatan dalaman bagai,dah budak tu takut nak pegi sekolah
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2026 11:39 AM | Show all posts
nijam zaman kurma kurma, so ada dua sudut:
1. mak bapak budak pompuan tu mesti selalu gaduh pukul pukul so anak ikut..
2. mak bapak budak laki tu mesti dulu kaki buli nijam anak dia pulak kena buli..

Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2026 11:57 AM | Show all posts
Teringat satu kes buli kat sekolah kawasan iolls. Anak dia kena buli. Takde sebab apa pon, just budak tu suka membuli. Esoknya bapak budak tu datang sekolah, panggil terus pembuli. Budak pempuan tau, buli budak pempuan lain. Sekolah rendah pulak tu. Bapak budak tu tanya pembuli apasal kau buli anak aku. Tau pulak budak tu takut. Cikgu pon cuba masuk campur. Bapak budak tu kata, kalau report cikgu, mmg tak akan selesai. Dia sendiri akan gertak, biar isu tu selesai. End up bapak budak tu minta pembuli tu kawan dgn mangsa2 buli dia. Kalau tak, dia akan datang lagi. Mcm terminator, "I'll be back" gituuuu.
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2026 12:16 PM | Show all posts
aduhaiii kenapa la di tampor nya budak ni. kesian sampai berdarah hidung. anak siapa la yang gengster sgt tu
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2026 02:00 PM | Show all posts
kesian tgk budak kecik lg da jadi cmni
takde akal betul semua
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-1-2026 02:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Takde org csi pasai budak pompan tu ka?
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2026 03:14 PM | Show all posts
Jangan tarik report dgn alasan budak kecik, tak perlu diperbesarkan bla bla..Jgn start culture enabler. Ajar action has consequences
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2026 04:04 PM | Show all posts
Edited by zonan4 at 22-1-2026 04:06 PM

dengar nye budak lelaki ni hyper aktif ikut budak perempuan tu masuk tandas ... dak perempuan tak sengaja tangan dia masa berpaling kena hidung budak lelaki tu... cikgu dah explain kat bapak budak tu tapi dia buat tak dengar.... bapak dia ahli aktif umeno saja nak politikan benda ni.... budak tu mmg suka kacau orang.... dah try tulis dalam tiktok yg viral tu laju je bapak dia delete.... korang percaya la ahli politik...
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2026 06:45 PM | Show all posts
zonan4 replied at 22-1-2026 04:04 PM
dengar nye budak lelaki ni hyper aktif ikut budak perempuan tu masuk tandas ... dak perempuan tak se ...

Ohhh plot twistnyaaa. Selalu budak perempuan memang suka buat hal sendiri unless di-provoke
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
'Daftar Tahun Satu usia enam tahun, 143 negara sudah guna pendekatan sama' - Nurul Izzah
Abahmung'Daftar Tahun Satu usia enam tahun,
Views : 23879 Replies : 6
Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gunung, ganggu ketenteraman penduduk. Orang India sendiri tertekan apabila kuil haram dibina di depan rumahnya
ultra78Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gun
Views : 22039 Replies : 32
Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri' patut nikmati pulangan 2 tahun lalu, tapi tak berlaku
ultra78Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri'
Views : 21481 Replies : 6
Orang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Takkan Inggeris Hilang Di Dunia.
B40tastePoshOrang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Ta
Views : 2023 Replies : 8
...CHAT ABOUT HUMANITY...
seribulan...CHAT ABOUT HUMANITY...
Views : 13939 Replies : 2028
QUEEN ELIZABETH II TELAH MANGKAT
ipes2QUEEN ELIZABETH II TELAH MANGKAT
Views : 17516 Replies : 148
Cafe Chef Wan
GigihadidntCafe Chef Wan
Views : 4543 Replies : 17
"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga"  - Isteri Ketiga Bekas Panglima Darat Muncul Dengan Bisul Kronik
Mahathirina"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga" - Iste
Views : 24186 Replies : 8
30k boleh bulan madu dekat Uzbekistan!Gadis Gen Z ini nak kahwin secara sederhana tapi kiciwa mak ayah nak majlis kahwin 'Grand'
YgBenar30k boleh bulan madu dekat Uzbekistan!Ga
Views : 25471 Replies : 2
travel to chicago
kukukufdd456yDdtravel to chicago
Views : 14651 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 07:23 AM GMT+8 , Processed in 0.091540 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list