CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 29388|Reply: 11

[Jenayah] Kes selesai, kemurungan dikenal pasti punca pembunuhan suami isteri di Sri Aman

[Copy link]
Post time 23-1-2026 12:54 PM | Show all posts |Read mode
Kuching: Kemurungan dikenal pasti punca pembunuhan guru besar dan isterinya yang mayat mereka ditemukan dalam bilik sebuah rumah di Sri Aman dekat sini, 14 Januari lalu.
Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohamad Zainal Abdullah berkata, berdasarkan keterangan keluarga, kawan serta rakan sekerja, si mati dikatakan mengalami kemurungan sejak bertukar ke sebuah sekolah di Lubok Antu, Sri Aman.
Beliau berkata, laporan kimia terhadap senjata tajam yang digunakan dalam kejadian itu juga tidak menemui asid deoksiribonukleik (DNA) asing.
"Hanya DNA kedua-dua mangsa ditemui pada senjata tajam itu, justeru rumusan yang kita boleh buat ialah pembunuhan itu hanya membabitkan pasangan suami isteri itu," katanya ketika ditemui selepas Perhimpunan Bulanan Pesuruhjaya Polis Sarawak di Padang Kawad, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak, hari ini.









































Pada 14 Januari lalu, suami isteri berusia 45 dan 44 tahun itu ditemui meninggal dunia dengan kecederaan serius pada tubuh mereka di sebuah rumah di Taman Mutiara, Jalan Brayun, Sri Aman.
Lelaki berkenaan bertugas sebagai guru besar dan isterinya seorang jururawat disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Mengulas lanjut, Mohamad Zainal berkata, sepanjang siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, polis merakam keterangan 30 saksi kalangan ahli keluarga, jiran, kawan serta rakan sekerja kedua-dua mangsa.
Selain itu, polis turut merakam keterangan pakar patologi yang melaksanakan proses bedah siasat mayat kedua-dua mangsa.
"Apa yang boleh kami simpulkan, kes itu sudah selesai kerana siasatan di lokasi kejadian tidak menemui kesan pecah rumah atau barangan yang hilang jika ia kes samun.
"Polis kini hanya menunggu keputusan pemeriksaan forensik telefon bimbit kedua-dua mangsa dan laporan itu nanti mungkin membolehkan kami mengetahui lebih lanjut motif sebenar kejadian itu selain kemurungan," katanya.
Sementara itu, dalam ucapannya, Mohamad Zainal berkata, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) mencatat rekod tertinggi dalam sejarah pembanterasan dadah di Sarawak, tahun lalu.
"Bagi tempoh 1 Januari hingga 31 Disember 2025, JSJN Sarawak mencatatkan sebanyak 13,198 tangkapan berbanding 10,396 tangkapan pada tahun 2024, iaitu peningkatan sebanyak 2,808 tangkapan atau 27 peratus.
"Daripada jumlah itu, 644 adalah pengedar dadah, 2,415 memiliki dadah dan 10,139 merupakan pengguna dadah," katanya.
Bagaimanapun, menurutnya nilai rampasan pelbagai jenis dadah dan racun sepanjang tahun 2025 adalah RM32.2 juta, sedikit menurun berbanding RM34 juta pada tahun sebelumnya.

MOHAMAD Zainal Haji Abdullah menjawab soalan daripada pengamal media ketika hadir dalam Perhimpunan Bulanan Pesuruhjaya Polis Sarawak di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak. FOTO Herriey Naha
"Penurunan itu berlaku kerana kejayaan kita menuduh lebih ramai pengedar mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman lebih berat," katanya.
Menurutnya lagi, sepanjang tahun lalu juga, polis mengambil tindakan terhadap 293 penagih tegar mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya 1952, yang membawa hukuman penjara lima hingga tujuh tahun serta sebatan.
"Dalam usaha melumpuhkan sumber kewangan pengedar dadah, polis Sarawak berjaya meningkatkan sitaan harta pengedar sebanyak 336 peratus bersamaan RM17.9 juta berbanding RM4.1 juta pada tahun 2024," katanya.


Disiarkan pada: Januari 23, 2026 @ 9:41am


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-1-2026 12:56 PM | Show all posts
Rasa macam takde org cover lagi kot kes ni. hot gak kt borneo  tu.

Kes guru besar (suami) dan jururawat (isteri) mati dalam rumah
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2026 12:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Pasni ada peraturan baru..mana2 cikgu cikgu kemurungan..wajib pasang CCTV 4k dlm umah hendaknya
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2026 01:53 PM | Show all posts
Yang kemurungan suami... yang bini mati kena tikam sekali... yg laki pulak tikam diri sendiri 11 kali?
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2026 02:23 PM | Show all posts
benang ada , tp  tak ber update : https://mforum.cari.com.my/forum ... ead&tid=5526966
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2026 04:40 PM From the mobile phone | Show all posts
judygee replied at 23-1-2026 01:53 PM
Yang kemurungan suami... yang bini mati kena tikam sekali... yg laki pulak tikam diri sendiri 11 kal ...

Tak perlu diperpanjangkan lagi

Ada ler tu polis cover2 sikit untuk jaga aib anak2 mendiang yang masih kecil

Paham2 sendiri ler
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-1-2026 04:44 PM | Show all posts
dia boleh tikam diri sendiri ... 11 kali byk tuh.. msti byk yg dia tahan..
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2026 05:06 PM | Show all posts
semudah itu ye


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-1-2026 09:37 PM | Show all posts
Yg pasti polis leave it for us to kbat. The husband murung pun dia kata main factor, but was he the one who did it? Consider the kids lah tak perlu nak question napa polis tanak buat statement, budak2 tu takda choice but to stay in sri aman. Grandparents dua2 org situ. Both sides pun mmg tanak further sampai thp court. Paling sedih tengok comment saudara deyols minta utk stop netizen request buat statement psl real killer, kene kutuk.
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2026 11:41 PM From the mobile phone | Show all posts
supernaturalee replied at 23-1-2026 05:06 PM
semudah itu ye

Konklusi slipshod yang Mak Aji Jemah juey nasik lemak pon takleh nak brain??  She deserves better than that.  Haha..
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2026 12:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Salah sorang ada ambil dadah ke pil khayal ke sebelum tikam menikam? Sebab tak lojik lah tikam 11kali tu.
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2026 07:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Baru sehari dua je jadi GB interim takkan dah boleh kemurungan?kemurungan ni mesti menda dah lama hadap.
Kalau tgk kat fb sebelum ni dia mcm gembira je naik jd GB tu ramai duk wish tahniah bagai.
Tapi entahlah kita pun taktau apa sebenarnya terjadi yg pasti hanya mereka berdua je tahu.
Mungkin ada duka yg lama terpendam hingga meletus emosi sampai terjadi kejadian tragis tu.
Kasihan anak2 jela baru je lagi sambut krismas berkumpul sama2 rupanya itulah kali terakhir mereka togede2.
Btw adakah kejadian akan beri kesan pada pencen si mati? Dedua pun penjawat awam kasihan plak kalau waris tak mendapat apa2.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
travel
kukukud4rttravel
Views : 1112 Replies : 0
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 1818 Replies : 0
Menangis Tak Mengubah Takdir: Hukuman Penjara & Sebat Da’i Syed Kekal
GigihadidntMenangis Tak Mengubah Takdir: Hukuman Pe
Views : 15810 Replies : 31
SATURO GOJO TAVEL TIPS
saturo1gojoSATURO GOJO TAVEL TIPS
Views : 4444 Replies : 0
Quiz : Personality Test [Who is the biggest fool?]
gekkouQuiz : Personality Test [Who is the bigg
Views : 5741 Replies : 28
Orang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Takkan Inggeris Hilang Di Dunia.
B40tastePoshOrang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Ta
Views : 2297 Replies : 19
Brother Kat Threads Ni Heboh Pasal Bau "Bunga Orked" Rakan Ofis
tumpanglalu74Brother Kat Threads Ni Heboh Pasal Bau
Views : 2559 Replies : 69
"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga"  - Isteri Ketiga Bekas Panglima Darat Muncul Dengan Bisul Kronik
Mahathirina"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga" - Iste
Views : 59687 Replies : 35
Langsung tak ada job, Daí Syed spend time dengan anak bini je-hanya terima watak ustaz je
RalineLangsung tak ada job, Daí Syed spend ti
Views : 25404 Replies : 101
TRAVEL WITH GOJO
saturo1gojoTRAVEL WITH GOJO
Views : 10406 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2026 08:08 AM GMT+8 , Processed in 0.039501 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list