CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 24710|Reply: 0

[Pulau Pinang] Ijazah perubatan USM kini diiktiraf di Singapura

[Copy link]
Post time 28-1-2026 10:27 PM | Show all posts |Read mode
Ijazah perubatan USM kini diiktiraf di Singapura

Oleh BERNAMA - Januari 28, 2026 @ 6:08pm




Universiti Sains Malaysia (USM) dinamakan sebagai sebuah daripada lapan fakulti perubatan luar negara yang baru diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan (MOH) Singapura. Foto ihsan USM



KUALA LUMPUR: Universiti Sains Malaysia (USM) dinamakan sebagai sebuah daripada lapan fakulti perubatan luar negara yang baru diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan (MOH) Singapura, sekali gus membolehkan siswazah perubatannya memohon untuk berkhidmat di republik itu bermula 1 Februari ini.

MOH Singapura dalam satu kenyataan memaklumkan pengiktirafan itu dibuat susulan cadangan oleh Majlis Perubatan Singapura (SMC) sebagai sebahagian daripada langkah memperkukuh tenaga kerja penjagaan kesihatan negara itu bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat berikutan populasi yang semakin menua.

Penambahan terbaharu itu secara efektif meningkatkan jumlah keseluruhan fakulti perubatan luar negara yang diiktiraf daripada 112 kepada 120 institusi.

"Penambahan ini membolehkan Singapura memenuhi permintaan doktor yang kian meningkat memandangkan populasi kami yang semakin menua, walaupun kami telah meningkatkan pengambilan tahunan pelajar fakulti perubatan tempatan daripada sekitar 440 pada 2014 kepada 555 pada 2025," menurut kenyataan itu.

SMC menyemak secara tetap senarai kelayakan perubatan yang boleh didaftarkan bagi memastikan doktor lepasan luar negara menerima pendidikan dan latihan yang setanding dengan piawaian Singapura, dengan mengambil kira faktor seperti kedudukan antarabangsa, Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dan prestasi siswazah.

Selain Malaysia, fakulti perubatan lain yang turut diiktiraf berasal dari Australia, India, Ireland, Pakistan, China dan United Kingdom, termasuk University of Galway, The Aga Khan University Medical College, Tsinghua University, City St George's, University of London serta University of Exeter.

Sehubungan itu, pelajar yang berminat boleh memohon ke institusi berkenaan untuk pengajian perubatan di luar negara, manakala semua siswazah - tanpa mengira kewarganegaraan atau tahun pengijazahan - boleh memohon pendaftaran untuk berkhidmat di Singapura tertakluk kepada keperluan semasa.

SMC berkata doktor lepasan luar negara akan terus diletakkan di bawah rangka kerja penyeliaan pada tahun-tahun awal perkhidmatan mereka bagi memastikan standard penjagaan perubatan yang tinggi dikekalkan.

Senarai penuh dan dikemas kini bagi sekolah perubatan luar negara yang diiktiraf akan berkuat kuasa di bawah Jadual Kedua Akta Pendaftaran Perubatan 1997 bermula 1 Februari 2026.
– BERNAMA

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2026/01/1502654/ijazah-perubatan-usm-kini-diiktiraf-di-singapura





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
kuku
kuku4545kuku
Views : 505 Replies : 0
kuku
kuku34tddtkuku
Views : 3939 Replies : 0
GEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahkan Trump & Epstein Lelong Budak Perempuan ~ Jolok Jari Ukur Ketat! [Emel Bocor Tentang PMX Pun Ada!!]
MahathirinaGEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahk
Views : 43950 Replies : 23
Dakwa jadi mangsa seks luar tabii: Polis sudah ambil keterangan pelakon lelaki
ultra78Dakwa jadi mangsa seks luar tabii: Polis
Views : 6252 Replies : 1
PMX Pernah Disyorkan Kepada Jeffrey Epstein Oleh Rakan Baik
bornePMX Pernah Disyorkan Kepada Jeffrey Epst
Views : 42291 Replies : 37
Anak Abang Jamil Hilang ~ Siswi Universiti Malaya #NawalShahirah [Dah Jumpa!]
tumpanglalu74Anak Abang Jamil Hilang ~ Siswi Universi
Views : 46329 Replies : 24
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 55381 Replies : 1073
Iman Abdullah
ZORRO5555Iman Abdullah
Views : 25887 Replies : 13
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 40141 Replies : 332
Toyota kereta no 1 paling dipercayai di dunia,kereta Jepun kuasai 4 tangga teratas
YgBenarToyota kereta no 1 paling dipercayai di
Views : 14536 Replies : 5

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2026 05:43 AM GMT+8 , Processed in 0.593224 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list