|
View: 20738|Reply: 26
|
Palestin mahu komunikasi lebih baik dengan AS mengenai pelan Gaza - Menteri Luar Palestin
[Copy link]
|
|
|
NEW DELHI: Palestin mahukan komunikasi langsung yang lebih baik dengan pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, ketika negara itu AS) menerajui inisiatif Lembaga Keamanan untuk membangunkan semula Gaza.
Menteri Luar Palestin, Varsen Aghabekian Shahin, berkata kerjasama dan hubungan dua hala amat penting bagi menjamin kejayaan usaha damai yang dilakukan.
"Memandangkan isu ini membabitkan rakyat Palestin, kami memerlukan orang bercakap dengan kami.
"Terdapat komunikasi dengan AS, khususnya dengan naib presiden kami (Hussein Al Sheikh).
"Bagaimanapun, ia tidak pada tahap yang diperlukan kerana hari ini kami mahukan komunikasi penuh," katanya kepada pemberita di Kedutaan Palestin di New Delhi, India pada Khamis.
Presiden AS Donald Trump menandatangani piagam lembaga itu pada 22 Januari di Forum Ekonomi Dunia di Davos dengan kehadiran pemimpin dari beberapa negara yang telah menyertai skim itu.
Banyak sekutu rapat AS, termasuk negara Eropah, menolak jemputan untuk menjadi sebahagian daripada lembaga itu, manakala negara Islam yang berpengaruh seperti Arab Saudi, Qatar, Pakistan, Mesir, Jordan, Turkiye dan Indonesia menyertainya.
Pihak Berkuasa Palestin (PA) mengalu-alukan idea itu seperti yang termaktub dalam Resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) 2803 yang diterima pakai pada November tahun lalu untuk menamatkan perang di di Gaza.
Ia berfungsi sebagai pentadbiran peralihan, menyelaraskan pembiayaan untuk pembangunan semula Gaza dan membantu mewujudkan keadaan bagi laluan yang munasabah ke arah penentuan nasib sendiri dan kenegaraan Palestin.
Menteri luar Palestin itu menekankan keadaan hidup yang menyedihkan di Gaza. Israel telah membunuh lebih 71,600 orang dan mencederakan 171,000 orang sejak Oktober 2023, menurut angka rasmi Palestin.
Shahin berkata 10,000 hingga 20,000 orang hilang di Gaza dan mereka mungkin tertimbus di bawah runtuhan bangunan yang dibom atau ditahan di kem tahanan Israel.
Israel juga menyebabkan sejumlah besar 'kematian tidak langsung' dengan menyekat akses kepada makanan dan ubat-ubatan untuk rakyat Palestin di Gaza yang penduduknya berjumlah 2.3 juta orang sebelum pembunuhan beramai-ramai bermula.
Selain melakukan pembunuhan beramai-ramai di Gaza, tentera Israel dan pendatang haram terus mencetuskan huru-hara di Tebing Barat yang diduduki.
Mereka melancarkan kempen yang menggabungkan pembersihan etnik, pembakaran rumah dan harta benda penduduk asli, pencerobohan tanah, serta keganasan yang tidak terkawal.
"Tebing Barat sangat tidak stabil sekarang," kata Menteri Luar Palestin itu.
Sumber : Berita Harian |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
'manakala negara Islam yang berpengaruh seperti Arab Saudi, Qatar, Pakistan, Mesir, Jordan, Turkiye dan Indonesia menyertainya.'
Malaysia tak dijemput why?
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

before and after |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 29-1-2026 06:37 PM
'manakala negara Islam yang berpengaruh seperti Arab Saudi, Qatar, Pakistan, Mesir, Jordan, Turkiye ...
Malaysia mahu israel hilang dari middle east map dari pilih untuk peace...
Yang join majority ini tidak mahu bawa nama Islam with madness gila ber agama... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
ada jugak yg komen psl tudung eh kt sini
igtkan kt fb jer

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
supernaturalee replied at 30-1-2026 08:01 PM
ada jugak yg komen psl tudung eh kt sini
igtkan kt fb jer
Ini glamour and famous level....
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
heyyyyyyyyyyyyyyy

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
tu belum lagi acik2 google pasal bini yasser arafat |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 30-1-2026 10:37 AM
'manakala negara Islam yang berpengaruh seperti Arab Saudi, Qatar, Pakistan, Mesir, Jordan, Turkiye ...
X salah aku ini negara2 yg bersetuju 100% dgn pelan US..... Kita x sepenuhnya menyokong pelan Trump tu |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Dwdrum replied at 31-1-2026 08:29 AM
Malaysia mahu israel hilang dari middle east map dari pilih untuk peace...
Yang join majority ini ...
Nope, yg mahu Israel hilang adalah PAS.... Basicly negara kita nk kewujudan 2 negara yg berjiran dgn rujukan sempadan tahun 1967...... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
That's the official narrative (or so it seams) in the media.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
but our media guna istilah 'negara haram' or is it haram sekarang tapi halal kemudian?
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 31-1-2026 04:53 PM
but our media guna istilah 'negara haram' or is it haram sekarang tapi halal kemudian?
Selagi x bersempadan dgn sempadan 1967, ianya adalah negara haram lah, itu pra starat negara kita utk iktiraf Israel.... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
piyek92 replied at 30-1-2026 11:48 AM
tudung mana kak
Dia Armenian Christian |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
supernaturalee replied at 31-1-2026 12:01 PM
ada jugak yg komen psl tudung eh kt sini
igtkan kt fb jer
Dia menganjing je kot. Tapi acik menteri luar ni Kristian |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
axl_bach replied at 1-2-2026 06:27 AM
Selagi x bersempadan dgn sempadan 1967, ianya adalah negara haram lah, itu pra starat negara kita ...
Sempadan baru tu drawn selepas perang 6 hari tu. Egypt, Syria, Jordan kata apa minta pulang balik ka? Dah kalah kan. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 1-2-2026 10:00 AM
Sempadan baru tu drawn selepas perang 6 hari tu. Egypt, Syria, Jordan kata apa minta pulang balik ...
Aku refer pendirian negara kita jer, sbb tu Israel masih digelar negara haram sbb perspektif negara kita, sempadan yg valid adalah 1967....
Secara peribadi, aku pun x rasa sempadan tu dah valid utk Palestine dan arab reclaim.... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Dwdrum at 31-1-2026 09:21 PM
axl_bach replied at 30-1-2026 08:49 PM
Nope, yg mahu Israel hilang adalah PAS.... Basicly negara kita nk kewujudan 2 negara yg berjiran d ...
Idea ini bila dapat?....
Selepas big lost dari 6 days war... Jordan king abdullah 1 buat secret negotiation dengan israel tentang annexation di west bank sehingga dia bunuh 1951... Ketika itu syria.. Egypt... Saudi.. Against him...
Bagaimana pula melayu lebih advance dari negara yang pilih join peace deal dengan israel sekarang... |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|