CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 31002|Reply: 2

Ingat sakit mata, kurang oksigen, lidah tiba-tiba kaku. Wanita ini akhirnya diserang strok

[Copy link]
Post time 2-2-2026 11:23 AM | Show all posts |Read mode




Jakarta: Ingatkan sakit mata, rupanya diserang strok. Itu yang berlaku kepada wanita berusia 32 tahun dari Jakarta Selatan, Indonesia yang disahkan mengalami strok pada pertengahan Januari.

Airin Stanyawati yang juga pekerja swasta berkata, strok berkenaan berlaku akibat saluran darah ke otak yang tersumbat.

Menurutnya, ia berlaku secara tiba-tiba, tanpa sebarang tanda amaran yang jelas.

"ada satu pagi, ketika mencuci muka saya perasan sebelah mata nampak kecil, saya ingatkan cuma sakit mata atau bengkak kerana baru bangun tidur," kata Airin seperti dilaporkan Detikcom.

Wanita itu mengakui tidak mengendahkan simptom berkenaan dan bekerja seperti biasa, namun beberapa perkara pelik mula berlaku.

"Lepas makan tengah hari, ketika di pejabat saya rasa sangat mengantuk secara tiba-tiba. Saya menguap hingga lima kali berturut-turut.

"Biasanya orang akan menguap sekali sekala sahaja, tapi saya fikir mungkin otak kurang oksigen.

"Namun, ketika bila berbual dengan kawan, lidah rasa kaku. Bila bercakap jadi pelik, macam pelat," katanya.

Airin mula sedar sesuatu tidak kena dengan badannya, tetapi dia tetap meneruskan kerja.

"Lidah rasa sangat berat. Ketika tengok cermin di atas meja, saya cuba senyum dan nampak muka tak seimbang, kanan dan kiri tak sama.

"Saya mula berdebar-debar dan panik. Saya cuba mesej suami untuk beritahu, tapi banyak salah eja, tak tahu sebab panik atau sebab serangan itu," katanya.

Airin kemudian dibawa ke unit kecemasan untuk pemeriksaan, dan pakar saraf pada mulanya mengesyaki dia mengalami Transient Ischaemic Attack (TIA) atau strok ringan kerana perubahan pada wajahnya.

Keputusan Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) yang dilakukan mengesahkan wanita itu mengalami strok (angin ahmar)

Dia kemudian menjalani rawatan lanjut iaitu Digital Subtraction Angiography (DSA), dan doktor menemui sumbatan pada saluran darah ke otak.

Bagaimanapun, Airin mengalami serangan strok kedua selepas prosedur DSA, dan doktor mengesyorkan pemeriksaan jantung oleh pakar.

"Doktor kata ada petanda jantung saya berlubang. Saya terkejut sebab sejak kecil tak pernah ada masalah.

"Doktor akan membuat pemeriksaan jantung dengan ujian gelembung (bubble test)," kata Airin.

Daripada pemeriksaan itu, Airin disahkan menghidap Patent Foramen Ovale (PFO), iaitu lubang pada jantung yang tidak tertutup sepenuhnya.

Airin kemudian menjalani pembedahan menutup lubang berkenaan.

"Gumpalan darah dari lubang jantung itulah yang dipercayai 'lari' ke otak menyebabkan strok," katanya yang kini sudah sihat tanpa sebarang komplikasi.

Sumber : Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2026 08:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Takde komen?


Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2026 08:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga airin cepat sembuh dan dipermudahkan urusan. Muda lagi umurnya. Nak komen pasal medical pun aku bukan doktor.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2026 06:42 PM GMT+8 , Processed in 0.629258 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list