CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
123Next
Return to list New
View: 34185|Reply: 44

[Tempatan] Rangka manusia di rumah terbiar bongkar misteri kehilangan lima beranak

[Copy link]
Post time 3-2-2026 02:30 PM | Show all posts |Read mode
JOHOR BAHRU – Misteri kehilangan lima beranak akhirnya terungkai apabila polis mengesahkan penemuan rangka manusia dalam sebuah rumah terbiar yang terbakar di kawasan kebun kelapa sawit, Kangkar Pulai, Skudai pada awal bulan lepas.

Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad berkata, sebelum itu, polis menerima laporan orang hilang sebelum seorang lelaki berusia 48 tahun tampil membuat laporan berhubung penemuan rangka manusia di lokasi berkenaan pada kira-kira jam 1.28 tengah hari pada 9 Januari lalu.

Menurutnya, laporan diterima oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri ketika pengadu sedang berusaha menjejaki isteri serta anak-anaknya yang sudah lama terpisah dan dikatakan tinggal di rumah berkenaan terletak dalam kebun kelapa sawit.

“Pemeriksaan di lokasi mendapati rangka manusia ditemui di dalam sebuah rumah yang telah terbakar di kawasan kebun kelapa sawit tersebut.

“Hasil bedah siasat oleh pasukan forensik mengesahkan enam rangka manusia terdiri daripada dua dewasa terdiri daripada lelaki berusia 29 tahun dan wanita berusia 35 tahun. Kedua-duanya mempunyai hubungan kenalan.

"Seterusnya anak kepada wanita berkenaan iaitu seorang remaja perempuan 17 tahun, kanak- kanak perempuan berusia 5 dan 9 tahun serta seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini, pada Selasa.

Ab Rahaman berkata, bedah siasat dilakukan pihak forensik percaya mayat dibakar kira-kira tiga bulan lalu.

"Susulan itu, pada 21 Januari, polis menahan empat individu terdiri daripada tiga lelaki dan seorang wanita, kesemuanya warganegara Malaysia berusia antara 19 hingga 35 tahun, di sekitar kawasan Iskandar Puteri bagi membantu siasatan.

"Siasatan awal mendapati mereka mempunyai hubungan sebagai rakan penagih. Manakala semakan mendapati kesemua suspek mempunyai rekod jenayah lampau, manakala ujian saringan awal air kencing mendapati tiga daripada mereka positif dadah jenis methamphetamine,” katanya.

Menurut beliau, kertas siasatan telah dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara Johor dan keputusan dibuat untuk mendakwa dua suspek lelaki di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Manakala dua lagi suspek dibebaskan dengan bon jaminan polis dan dipanggil sebagai saksi.

“Pertuduhan akan dibuat di Mahkamah Majistret Johor Bahru pada Rabu.

"Jika sabit kesalahan, hukuman boleh dikenakan adalah hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan tidak melebihi 40 tahun serta sebatan tidak kurang daripada 12 kali,” katanya.

Dalam pada itu, polis menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih yang boleh mengganggu siasatan dan prosiding mahkamah.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut diminta tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi talian hotline siasatan,” katanya.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-2-2026 02:32 PM | Show all posts


JOHOR BAHRU – Misteri kehilangan enam individu termasuk lima sekeluarga sejak tiga bulan lalu terbongkar apabila rangka mereka ditemui di dalam sebuah rumah terbiar yang terbakar dalam kebun kelapa sawit di Kangkar Pulai, Skudai di sini.

Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad berkata, bekas suami kepada salah seorang mangsa membuat laporan kehilangan bekas isteri dan empat anaknya pukul 1.28 tengah hari pada 9 Januari lalu.


Menurutnya, lelaki berusia 48 tahun itu membuat laporan polis selepas menemui sendiri rangka manusia di dalam rumah yang musnah dipercayai dibakar adalah ahli keluarganya.
“Si pengadu ini dia sudah berpisah dengan keluarganya, namun dia cuba menjejaki bekas isteri dan anak-anaknya. Apabila dia dapat tahu ada penemuan rangka manusia di dalam rumah berkenaan, dia terus ke lokasi dan mendapati memang ada rangka manusia.

“Si pengadu dapat tahu bekas isteri dan anak-anak pernah tinggal di rumah berkenaan sebab itu dia pergi cari dekat situ dan bila jumpa rangka dia buat laporan penemuan rangka terbabit,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini hari ini.

Ab Rahaman berkata, dengan bantuan pasukan patalogi forensik Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) IPK Johor mengesahkan terdapat enam rangka manusia terlibat.

Jelasnya, mereka terdiri daripada seorang wanita yang berusia 35 tahun, seorang remaja perempuan berusia 19 tahun, dua kanak-kanak perempuan berusia sembilan dan lima tahun, seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun serta seorang lelaki dewasa berusia 29 tahun.

Ab Rahaman berkata, bedah siasat dilakukan pihak forensik percaya mayat dibakar kira-kira tiga bulan lalu.

“Susulan itu, pada 21 Januari, polis menahan empat individu terdiri daripada tiga lelaki dan seorang wanita, kesemuanya warga Malaysia berusia antara 19 hingga 35 tahun, di sekitar kawasan Iskandar Puteri bagi membantu siasatan.

“Siasatan awal mendapati mereka mempunyai hubungan sebagai rakan penagih. Semakan mendapati kesemua suspek mempunyai rekod jenayah lampau, manakala ujian saringan awal air kencing mendapati tiga daripada mereka positif dadah jenis methamphetamine,” katanya.

Menurut beliau, kertas siasatan telah dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara Johor dan keputusan dibuat untuk mendakwa dua suspek lelaki di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Dua lagi suspek dibebaskan dengan bon jaminan polis dan dipanggil sebagai saksi.

“Pertuduhan akan dibuat di Mahkamah Majistret Johor Bahru esok.

“Jika sabit kesalahan, hukuman boleh dikenakan adalah hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan tidak melebihi 40 tahun serta sebatan tidak kurang daripada 12 kali,” katanya. – KOSMO! ONLINE


Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2026 03:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Situ ada ketua kampung..xmeronda anak buah sndiri ka smpai 3 bulan terbiar?gilo
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2026 03:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Semua penagih kah
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2026 03:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Rumah terbakar teruk.
Takkan pihak bomba tk dtg padamkan api.
Biasanya bomba akan check keseluruhan tapak yang terbakar
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2026 03:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Apakah motif?pasangan suami isteri berpisah,bwk anak² tinggal di rumah dlm ladang kelapa sawit. Rumah terbakar, possible bomba x dtg masuk sbb mgkin x de org hubungi bomba. Bila jumpa rumah pun mmg bekas terbakar dan terbiar.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-2-2026 03:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ninja boy at 3-2-2026 03:47 PM

Rumah nampak besar, mesti ada access paip air tukang baca meter air dan meter tnb datang dan kedai runcit berdekatan dan kawan2 sekolah budak atau kawan sekerja guru sekolah cari, mesti ada access jalan muat kereta motor dan lokasi bukan ulu spt hutan belantara negeri pahang
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2026 03:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Takde update ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-2-2026 04:48 PM | Show all posts
Pengadu/Suami mangsa mesti jadi suspek utama tu.
Anak-anak dah remaja pun follow sekali mak depa.
Kesiannya yang kecik tu. Kalau semua terbakar, mesti kebakaran masa tidur tu tak sempat lari.

Rumah besar, macam lengkap semua letrik/air.
Dah 3 bulan terbakar, sorang pun tak perasan?
Dalam ladang, dah takde orang kait buah sawit dah ke?

Suspicious sangat.
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2026 05:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Lain macam berita ni. Report hilang bln lps. Baru jumpa tp suspect kebakaran 3 bln lepas. Org sekeliling mcm mana tak kan diarg duduk terpencil sendiri takde yg tahu.. Eh byknya persoalan harap ada update berita nnt
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2026 05:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada Kanak2 umur 2 tahun
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2026 05:19 PM | Show all posts
nmpk mcm kebun sawit terbiar je

pokok pun meninggi dgn semak samun keliling

so mmg xde yg kait buah sawit area tu

tu yg tak perasan kot

sgt2 terpencil
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2026 05:33 PM | Show all posts
Adakah mangsa dikurung dlm rumah kemudian suspek bakar rumah tu? Sbb sorg pun x terlepas..teringat kes penagih bakar rumah tahfiz..
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2026 06:33 PM | Show all posts
melayu kah?
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2026 06:39 PM From the mobile phone | Show all posts
ninja boy replied at 3-2-2026 03:44 PM
Rumah nampak besar, mesti ada access paip air tukang baca meter air dan meter tnb datang dan kedai r ...

kan...xkan xde org nampak kebakaran tu dari jauh. ni bukan bakar ubat nyamuk
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2026 07:20 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_jeangrey replied at 3-2-2026 05:33 PM
Adakah mangsa dikurung dlm rumah kemudian suspek bakar rumah tu? Sbb sorg pun x terlepas..teringat k ...

Ada 6 rangka termasuk seorang lelaki dewasa
Kenalan yg dikenali atau saksi kejadian pun taktau lah
Skrg yg mati takleh nak bersuara so taktau apa cerita sebenar
Iols tunggu plot twist jelaa walau penagih2 ada yg dh kena tangkap cuma blm tentu dorang tu pelaku
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-2-2026 08:47 PM From the mobile phone | Show all posts
mrsamz replied at 3-2-2026 06:33 PM
melayu kah?

Iols rasa kelly ng.. kat news tadi rumah betul² sebelah kuil yindia.. pintu gerbang pun tulis 'shanti'
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2026 08:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2026 08:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Penemuan rangka: 'Ia tanah persendirian, kami tidak tahu wujud rumah di situ'- Penduduk

Johor Bahru: Lokasi penemuan rangka manusia yang dipercayai mangsa pembunuhan di sebuah rumah terbakar adalah tanah persendirian.

Tinjauan ke lokasi mendapati kawasan berkenaan tidak boleh dimasuki kerana berpagar.

Selain rumah terbakar, terdapat beberapa rumah terbiar termasuk sebuah kuil terletak di kawasan berkenaan.

Malah laluan ke kawasan berkenaan tidak berturap serta dipenuhi sisa bahan binaan.

Tiada individu ditemukan di kawasan berkenaan yang dalam keadaan sunyi.

Seorang penduduk Kangkar Pulai yang enggan dikenali berkata, kawasan itu terletak jauh daripada laluan utama hingga penduduk sekitar kawasan itu tidak mengetahui wujudnya rumah di situ.

"Kami difahamkan kawasan itu milik seorang lelaki sebelum ini dan ia sudah dijual kepada pemilik baharu.

"Walaupun kami penduduk lama di kawasan ini, kami tidak pernah ke kawasan kebun kelapa sawit itu kerana tiada urusan di situ.

"Kami terkejut apabila difahamkan berlaku pembunuhan di situ kerana kami tidak sangka ada yang tinggal di kawasan itu," katanya.

Menurutnya, dia mahupun rakan-rakannya juga tidak mengenali keluarga mangsa.

"Kami percaya mangsa bukan penduduk asal Kangkar Pulai kerana kami juga tidak pernah menerima maklumat berkaitan kehilangan mangsa," katanya.

Akhbar ini melaporkan polis menemukan rangka enam individu termasuk empat kanak-kanak yang dipercayai menjadi mangsa pembunuhan di sebuah rumah yang musnah terbakar di kebun kelapa sawit di Kangkar Pulai, di sini.

Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad berkata, rangka itu ditemukan memiliki kesan terbakar pada 9 Januari lalu.

Beliau berkata, rangka berkenaan ditemukan oleh seorang lelaki tempatan berusia 48 tahun yang mengesan ahli keluarganya yang terputus hubungan sejak tiga bulan lalu.

Siasatan awal mendapati enam mangsa termasuk seorang ibu berusia 35 tahun bersama tiga anak perempuan berusia 5,9,17 dan anak lelaki berusia dua tahun serta seorang lelaki dewasa dipercayai rakan lelaki wanita itu berusia 29 tahun.

Menurutnya, bertindak atas maklumat, pada 4 petang, 21 Januari lalu, polis menahan empat suspek termasuk tiga lelaki dan seorang wanita warga tempatan berusia antara 19 hingga 35 tahun di kawasan Iskandar Puteri bagi membantu siasatan.

Disiarkan pada: Februari 3, 2026 @ 6:36pm
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2026 08:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Mangsa semua Indian ke
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2026 12:32 AM GMT+8 , Processed in 0.319656 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list