OSLO: Anak kepada Puteri Mahkota Norway, Marius Borg Hoiby, mengaku tidak bersalah terhadap empat pertuduhan rogol ketika perbicaraan yang membuka tirai pada Selasa, sekali gus mencetuskan rasa malu kepada keluarga diraja negara itu.
Hoiby, 29 tahun, merupakan anak kepada Puteri Mahkota Mette-Marit hasil hubungan sebelum perkahwinannya dengan Putera Mahkota Haakon. Beliau tampil di mahkamah dengan berpakaian kasual seluar hijau, baju sejuk hijau serta kaca mata tebal dan hanya memberi jawapan ringkas menafikan tuduhan ketika diminta memasukkan pengakuan.
Selain empat pertuduhan rogol, Hoiby berdepan keseluruhan 38 pertuduhan termasuk mencederakan bekas teman wanita serta kesalahan dadah serius. Jika didapati bersalah, beliau berisiko berdepan hukuman penjara sehingga 16 tahun. Hoiby bagaimanapun mengaku bersalah terhadap beberapa kesalahan kecil.
Beliau ditahan semula pada Ahad lalu atas dakwaan menyerang, mengugut dengan pisau serta melanggar perintah sekatan, dan kini direman selama empat minggu.
Perbicaraan yang dijadualkan berlangsung sehingga 19 Mac itu menarik perhatian besar media, dengan mahkamah dipenuhi wartawan sejak prosiding bermula pada pagi Selasa.
Pada sesi sebelah pagi, pihak pendakwa membacakan semua pertuduhan terhadap Hoiby, manakala pada sebelah petang seorang mangsa dijangka memberi keterangan secara tertutup. Hoiby pula dijadualkan tampil di kandang saksi buat pertama kali pada Rabu.
Nama ibunya, Puteri Mahkota Mette-Marit, turut terpalit kontroversi hujung minggu lalu selepas dokumen mahkamah di Amerika Syarikat mendedahkan hubungannya dengan pesalah seks Jeffrey Epstein, yang meninggal dunia dalam penjara pada 2019. — AFP
hurmmm.. hensem lagi mustafa maarof masa jadi anak raja dolu2..hahahaaa.. selalu imagine, kalau anak raja, mesti hensem..tapi yang ni serupa muka awam sahajeeeee..walaupun duit unlimited
knp perempuan tuduh dia merogol... perempuan ni sekurangnya perna jadi dlm cirlce dia jg. Minta duit juta2lah... klu bawa ke mahkamah, mesti ada benda lain yang dia tak puas hati..keganasan? dendam? konspirasit?
..atau putera raja ni sengkek.. perempuan dah minta duit, tapi dia tak mau bagi..
Post time 4-2-2026 08:42 PMFrom the mobile phone|Show all posts
plywood replied at 4-2-2026 08:52 AM
knp perempuan tuduh dia merogol... perempuan ni sekurangnya perna jadi dlm cirlce dia jg. Minta duit ...
Yg heols assault tu termasuk gelfren heols. Heols ni bukannya putera pun, anak bini crown prince tu dgn boyfren lama. Dahlah bapa budak tu dulu mmg terlibat ngan jenayah dadah, jadiklah heols yg skrg ni sana sini SA pompuan, malu jadi mette-marit ni. Belum lg sheols ni dah kena petik ada kaitan ngan epstein. Background sheols pun tak berapa bagus mmg drug-related. Quite scandalous lah
Post time 4-2-2026 10:17 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Celah mana puteranye?? Maknye tu taik dadah dikutip bapak tirinye yang crown prince tu ade la. Babi punye crown prince menghampekan harapan rakyat jelate. Hah sekarang tanggongkan aje la ye. Bila ko kutip binatang naik istane.
King bapak dorang tu yang mula2 broke rank dengan kerabat pegi kawen mak dorang tu. Bercinte sampai 9 taon baru dapat restu kawen. Last2 anak2 jadik camni. Poetic justice sangat.