CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 13612|Reply: 2

[Jenayah] Klinik kecantikan ‘haram’ Bukit Bintang diserbu

[Copy link]
Post time 4-2-2026 11:03 AM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR – Sebuah klinik kecantikan di Bukit Bintang yang dipercayai menjalankan rawatan tanpa kebenaran sejak setahun lalu sehingga meraih keuntungan ratusan ribu ringgit, diserbu Jabatan Imigresen (JIM) semalam.

Dalam operasi penguatkuasaan ‘Ops Dandan’ itu, seramai 18 warga asing diperiksa manakala 15 daripadanya ditahan hasil aduan orang awam.

Ketua Pengarah JIM, Datuk Zakaria Shaaban berkata, modus operandi klinik ini adalah menawarkan perkhidmatan rawatan muka dan badan dengan menggunakan khidmat warga asing yang menyalahgunakan Pas Lawatan Sosial (PLS) untuk menjalankan prosedur kecantikan

Menurutnya, klinik yang disyaki tidak mempunyai lesen Kementerian Kesihatan ini dipercayai dimiliki oleh seorang warga China yang turut menyalahgunakan pas.

“Antara yang ditahan ialah enam lelaki dan tujuh perempuan warga China serta dua wanita warga Myanmar kerana disyaki menjalankan rawatan kecantikan tanpa kebenaran dan tidak memiliki Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) yang sah.

“Siasatan awal mendapati warga China yang ditahan telah menyalahguna PLS untuk bekerja di negara ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Zakaria, pasukan operasi menyita beberapa pakaian uniform, telefon bimbit, komputer riba, kamera litar tertutup, lesen perniagaan dan lain-lain dokumen berkaitan syarikat.


Ujarnya, kesemua warga asing yang ditahan disyaki melakukan kesalahan di bawah Sek. 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963 dan dibawa ke Pejabat JIM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpir untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata, seramai tiga warga tempatan yang merupakan pekerja di klinik tersebut diberikan notis untuk hadir ke pejabat bagi membantu siasatan.

“Jabatan akan meneruskan tindakan tegas bagi membanteras apa jua aktiviti yang melanggar undang-undang negara. Masyarakat turut diingatkan agar tidak melindungi atau membantu mana-mana pihak yang melanggar undang-undang imigresen.

“Sebarang maklumat boleh disalurkan terus melalui saluran aduan rasmi JIM demi memastikan kedaulatan dan keselamatan negara sentiasa terpelihara,” katanya. – KOSMO! ONLINE




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-2-2026 05:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Gila la...
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2026 05:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Pas Lawatan sosial  banyak disalahguna warga asing sebagai PAS pelacuran sementara.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2026 12:32 AM GMT+8 , Processed in 0.207629 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list