CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 12952|Reply: 18

‘Isteri Saya Terima Waktu Pakai Jam Harga RM30 Sahaja’ – Ryzal Ibrahim Tekankan Jangan Pilih Pasangan Kerana Harta

[Copy link]
Post time 4-2-2026 12:40 PM | Show all posts |Read mode




Selebriti media sosial dan usahawan, Ryzal Ibrahim, baru-baru ini menarik perhatian warganet selepas berkongsi pandangannya tentang pemilihan pasangan hidup.

Menerusi satu hantaran di Threads, Nik Muhammad Ryzal Nik Ibrahim menegaskan bahawa hubungan rumah tangga tidak sepatutnya dinilai hanya berdasarkan harta atau kemewahan.

Ryzal juga berkongsi pengalaman peribadinya apabila isterinya, Maryam Younarae, menerima dirinya seadanya sejak awal perkenalan, walaupun ketika itu dia hanya memakai jam berharga RM30 dan masih merokok.






"Isteri saya dahulu terima saya waktu saya hanya memakai jam plastik berharga RM30 sahaja di pergelangan tangan.

Ketika itu juga saya masih merokok."

Katanya lagi, meskipun kini dia mampu memiliki jam mewah seperti Rolex Daytona, perkara tersebut tidak pernah menjadi ukuran dalam hubungan mereka.

Tambahan, Ryzal menasihatkan agar harta atau jenama tidak dijadikan sandaran dalam memilih pasangan hidup.

"Bertahun-tahun kemudian, saya mampu memiliki jam Daytona, tetapi isteri saya tetap tidak mempedulikannya.

Jangan sesekali memilih pasangan hidup berdasarkan harta atau jenama."

Dalam hantaran yang sama, Ryzal turut menekankan kepentingan keikhlasan dalam menerima kelemahan pasangan serta yakin bahawa Allah adalah sebaik-baik perancang dalam setiap perjalanan kehidupan.

"ilihlah seseorang yang ikhlas menerima kelemahan kita dan yakinlah bahawa Allah adalah sebaik-baik perancang."

Sumber: Threads, Oh Bulan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-2-2026 12:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Jam apa tu harga rm30?


Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2026 12:55 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 4-2-2026 12:54 PM
Jam apa tu harga rm30?

Tgk yg murah mcm q&q susah nak dapat harga rm30.


Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2026 12:56 PM From the mobile phone | Show all posts
So takkan semua org nak kawen ngan bini low expectation ko?
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2026 01:09 PM | Show all posts
ikut suka le nak pilih yg kaya ke miskin ke.........
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2026 01:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Dh mula dah MO hidup terpaling susah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-2-2026 01:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak pilih pasangan bkn ada template
Ko cari la yg padan dgn ko
Yg sesuai dgn ko, xsemestinya sesuai dgn org lain
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2026 02:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Sibuknya lelaki2 sekarang bagi pendapat itu ini.
Pesanan ni pun sangat sesuai untuk orang lelaki. Sebab sekarang makin ramai lelaki cari perempuan berduit. Lelaki2 macam ni nak senang. Taknak tanggung famili sorang2. Theyols suka guna ayat isteri kena """bantu""" suami.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-2-2026 02:14 PM | Show all posts
nyahhh.... ko kenal mekyam pun masa kat Seoul, study+kerja sponsorship... sebelum gi korea pun kau intern & kerja kat Media Prima....mak kau pun berapa kali gi Korea time ko kat sana kan... kat Kelantan pun bukan miskin pun rumah besau... dah start dah propa miskin jijan seman tu..
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2026 02:59 PM From the mobile phone | Show all posts
prince_marhaen replied at 4-2-2026 02:14 PM
nyahhh.... ko kenal mekyam pun masa kat Seoul, study+kerja sponsorship... sebelum gi korea pun kau i ...

Mo yg sama la so call influncerrr ni kan..mkn nasi dgn garam la..contohh

Heols ni mmg study korea sana ka
Kerja apa dia ni sebelum jd instapemes
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2026 03:02 PM | Show all posts
RM30 tu was nilai duit 10 taun lepas kot. Kalu sekarang about nlai RM100+ la.
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2026 04:28 PM | Show all posts
piahsemah replied at 3-2-2026 08:59 PM
Mo yg sama la so call influncerrr ni kan..mkn nasi dgn garam la..contohh

Heols ni mmg study korea ...

Dia budak ASWARA, masscom, pastu intern kat Media Prima, pastu sambung study degree masscom jugak kat Korea tu.
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2026 08:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Henpon dah ada jam
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2026 08:36 PM From the mobile phone | Show all posts
prince_marhaen replied at 4-2-2026 02:14 PM
nyahhh.... ko kenal mekyam pun masa kat Seoul, study+kerja sponsorship... sebelum gi korea pun kau i ...

Serap pulak ada seploh hinggit je dalam wallet.


Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2026 09:09 PM | Show all posts
famous sbb bini org korea je
else, mereput dikkk
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2026 09:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah rhoper bini pun macam anso jual sayur je dik makanya dia terpaksa je la terima tempoyak basi... Choiii! Sembang macam dia dapat jisoo blackpink.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-2-2026 09:59 PM From the mobile phone | Show all posts
dudaberhias replied at 4-2-2026 09:52 PM
Dah rhoper bini pun macam anso jual sayur je dik makanya dia terpaksa je la terima tempoyak basi...  ...

Ya rabbi lawak lah kaka duda ni comel juga Maryam tue kaka lawak pun lawak, tgk ryzal ni teringat syed wukong  x tau kenapa mybe sebab kecii
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2026 10:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia komen macam tu tu kat thread sorang mamat ni..katanya perempuan kena pilih lelaki yang pakai jam jenama sekian2..
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2026 10:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa muka dia kat sini ada iras syed wukong...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2026 10:57 PM GMT+8 , Processed in 0.320340 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list