CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 24453|Reply: 8

Isu kuil tak berdokumen sejak zaman penjajah - Presiden Parti Progresif Rakyat (PPP), Loga Bala Mohan

[Copy link]
Post time 10-2-2026 03:29 PM | Show all posts |Read mode
  



KUALA LUMPUR – Kerajaan digesa menyelesaikan terlebih dahulu isu kuil Hindu yang tidak mempunyai dokumen sebelum melaksanakan sebarang tindakan perobohan, kata Presiden Parti Progresif Rakyat (PPP) Malaysia, Datuk Dr. Loga Bala Mohan.

Beliau berkata, pendekatan melabel kuil lama sebagai ‘haram’ tanpa memahami latar belakang sejarah hanya akan memburukkan keadaan dan menjejaskan keharmonian antara agama.

“Kerajaan mesti menyelesaikan isu dokumentasi dan status tanah terlebih dahulu. Jangan terburu-buru mengambil tindakan yang akhirnya merosakkan kepercayaan rakyat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Loga, akar masalah tersebut bermula sejak zaman penjajahan British apabila ratusan ribu pekerja India dibawa masuk ke Tanah Melayu untuk bekerja di ladang getah dan kelapa sawit melalui sistem buruh kontrak dan sistem Kangani.

“Pekerja ini ditempatkan di estet-estet, disediakan rumah, sekolah Tamil dan kuil. Namunsemua kemudahan ini dibina di bawah pengurusan ladang tanpa sebarang dokumentasi rasmi pemilikan tanah,” ujarnya.

Beliau berkata, ketika itu, aspek pemilikan tidak diberi perhatian kerana tanah diurus sepenuhnya oleh pihak syarikat perladangan dan pentadbiran kolonial.

“Apabila negara beralih kepada ekonomi perindustrian dan bandar bermula 1970-an, banyak ladang ditutup. Pekerja India kehilangan tempat tinggal dan dipindahkan, tetapi isu tanah kuil tidak pernah diselesaikan,” jelasnya.

Menurut Loga Bala, kegagalan kerajaan menyediakan pelan penempatan semula yang menyeluruh menyebabkan masyarakat India terus terperangkap dalam kemiskinan bandar dan pekerjaan bergaji rendah.

“Kegagalan sejarah ini memberi kesan berpanjangan, termasuk kewujudan kuil-kuil tidak berdokumen sehingga hari ini,” katanya.

Beliau menegaskan, adalah tidak adil untuk merobohkan kuil lama yang telah wujud puluhan tahun dan mempunyai nilai sejarah serta sosial yang tinggi.

“Kuil-kuil ini bukan dibina secara sewenang-wenangnya. Ia lahir daripada corak penempatan zaman penjajahan dan pengorbanan generasi terdahulu,” katanya lagi.

Sehubungan itu, beliau menolak pandangan yang menganggap semua kuil tidak berdokumen sebagai binaan haram.

Loga Bala turut menggesa campur tangan langsung Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi merangka penyelesaian nasional yang lebih menyeluruh.

“Kita perlukan dasar nasional untuk melindungi rumah ibadat, mengesahkan status tanah dan mengembalikan maruah masyarakat Hindu. Ini bukan tuntutan politik, tetapi tanggungjawab sejarah negara,” katanya.

Beliau berkata, penyelesaian adil terhadap isu ini adalah penghargaan terhadap sumbangan besar masyarakat India dalam membangunkan ekonomi awal Malaysia.

Sumber – MalaysiaGazette
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-2-2026 04:01 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2026 05:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Masalahnya kenapa binaan kuil je asyik disebut ada masalah pemilikan tanah? Tempat2 ibadat lain ok je tade masalah. Ke mmg tak pernah apply atau sbb tanah milik org lain sebenarnya
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2026 05:49 PM | Show all posts
Madani baru 3 taun++. Sebelum ni berapa puluh taun was umngok. Tapi diorang pun ada buat first step ke untuk beli tapak tanah?
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2026 07:15 PM | Show all posts
silance replied at 10-2-2026 05:49 PM
Madani baru 3 taun++. Sebelum ni berapa puluh taun was umngok. Tapi diorang pun ada buat first step  ...

zaman umno dulu orang melayu (majoriti) tak rasa tergugat

sebab itu lah pentingnya jaga perasaan majoriti terlebih dahulu


ini lah realitinya di mana2 tempat kat dunia bukan khusus di malaysia je

Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2026 10:22 PM From the mobile phone | Show all posts
kenapa zaman umno pegang tak timbul pun isu kuil haram kena zaman madani habis timbul lagi2 bapak jerung perasuah..adakah kerajaan madani sebenarnya lebih bagus dari kerajaan dulu2?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-2-2026 10:38 PM | Show all posts
dulu Umngok biarkan jer kuil2 haram ni

tapi ramai melayu diam jer

tapi

bila madani perintah

trus ramai melayu2 yg condemn PMX tak ambik tindakan terhadap kuil haram
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2026 12:09 AM From the mobile phone | Show all posts
N9 byk betul kuil.. ibarat setiap 10 - 15 minit jumpa kuil. Tapi ye la, mmg byk india kat sini.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-2-2026 02:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Hari tu aku terbaca komen psl kaitan kuil haram ni dgn jenayah di kalangan org india. Kuil haram tu kirenye tmpt cuci duit la hasil rompakan geng2 ni. Konon2 derma padahal ... Tu pasal diorg beriya mempertahankan kuil haram tu. Kalau ikut logik pun, binaan mcm tu bukannye murah. Skali tup tup eh hilang plak komen tu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 43600 Replies : 571
Kemaluan tersembul di dahi, janda cantik trauma tengok cermin! - “Puas gosok-gosok mata, tetap ada”
tatodKemaluan tersembul di dahi, janda cantik
Views : 11253 Replies : 6
Harap Pegar,Pegar Makan Padi:Bos SPRM Azam Baki tidak isytihar jutaan saham dalam syarikat tersenarai, dedah Bloomberg
YgBenarHarap Pegar,Pegar Makan Padi:Bos SPRM Az
Views : 22619 Replies : 18
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi lebih RM4.8 juta termasuk faedah kepada kerajaan
ultra78Keluarga Altantuya pulangkan semula gant
Views : 20593 Replies : 13
Wanita bimbang suami bergaji 5k mahu berhenti kerja kerana toksik dan stress dan ingin jadi rider penghantar makanan.Wajar atau tidak
YgBenarWanita bimbang suami bergaji 5k mahu ber
Views : 31214 Replies : 15
Belum Masuk Tahun Baru Cina Apartment Dijadikan Stor Penyimpanan   Mercun Di Kajang Terbakar 80 Peratus
YgBenarBelum Masuk Tahun Baru Cina Apartment Di
Views : 11654 Replies : 10
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 77159 Replies : 510
SUPERMAN (2025)
SY_MumiSUPERMAN (2025)
Views : 52950 Replies : 52
Tok Arab Dubai buat video dera, seks ganas
Tumpang-SibokTok Arab Dubai buat video dera, seks gan
Views : 26375 Replies : 28
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 58104 Replies : 1096

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2026 07:25 AM GMT+8 , Processed in 0.064925 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list