CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 26146|Reply: 1

8 maut ditembak di sekolah, berpuluh-puluh lagi cedera

[Copy link]
Post time 11-2-2026 12:28 PM | Show all posts |Read mode






OTTAWA – Insiden  tembakan di sebuah sekolah di wilayah British Columbia menyebabkan lapan orang terbunuh termasuk penembak, manakala berpuluh-puluh lagi cedera, demikian menurut kenyataan polis Kanada semalam.

Pasukan Polis Diraja Kanada (RCMP) berkata, seorang suspek ditemukan mati, dipercayai berpunca daripada tindakan mencederakan diri sendiri.

Terdahulu, RCMP memaklumkan bahawa pihaknya sedang mengenal pasti sama ada terdapat suspek kedua dalam insiden tersebut.

Penduduk bandar Tumbler Ridge yang mempunyai populasi sekitar 2,400 orang,  diminta kekal di  rumah sementara anggota polis tambah dikerahkan ke kawasan tersebut dari wilayah berdekatan.

Pejabat Pendidikan Daerah Peace River South memberitahu, tindakan kurungan dan kawalan keselamatan (lockdown)  dilaksanakan di kedua-dua sekolah menengah dan Sekolah Rendah Tumbler Ridge.

Wakil rakyat  Peace River South, Larry Neufeld memberitahu pemberita bahawa sokongan sumber ‘mencukupi’  termasuk RCMP dan ambulans telah dihantar ke komuniti tersebut.

Beliau enggan mendedahkan maklumat lanjut kerana bimbang boleh menjejaskan keselamatan operasi yang sedang dijalankan.

“Kami faham ada penduduk keluar mencari orang tersayang, namun sekali lagi, tolonglah pulang ke rumah masing-masing dan berlindung di tempat selamat.

“Beri ruang kepada  RCMP untuk memastikan komuniti yang indah ini kembali selamat,” katanya.

Tumbler Ridge terletak lebih 1,000 kilometer ke utara Vancouver, berhampiran sempadan Alberta.

Laman web kerajaan menyenaraikan Sekolah Menengah Tumbler Ridge mempunyai 175 pelajar dari Gred 7 hingga 12.

Kes tembakan di sekolah  jarang berlaku di Kanada. – AGENSI

Sumber – Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-2-2026 03:43 PM | Show all posts
negara islam ke tu yang kerap tembak2 kat sekolah...mesti negara penggnas
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 43600 Replies : 571
Kemaluan tersembul di dahi, janda cantik trauma tengok cermin! - “Puas gosok-gosok mata, tetap ada”
tatodKemaluan tersembul di dahi, janda cantik
Views : 11253 Replies : 6
Harap Pegar,Pegar Makan Padi:Bos SPRM Azam Baki tidak isytihar jutaan saham dalam syarikat tersenarai, dedah Bloomberg
YgBenarHarap Pegar,Pegar Makan Padi:Bos SPRM Az
Views : 22619 Replies : 18
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi lebih RM4.8 juta termasuk faedah kepada kerajaan
ultra78Keluarga Altantuya pulangkan semula gant
Views : 20593 Replies : 13
Wanita bimbang suami bergaji 5k mahu berhenti kerja kerana toksik dan stress dan ingin jadi rider penghantar makanan.Wajar atau tidak
YgBenarWanita bimbang suami bergaji 5k mahu ber
Views : 31214 Replies : 15
Belum Masuk Tahun Baru Cina Apartment Dijadikan Stor Penyimpanan   Mercun Di Kajang Terbakar 80 Peratus
YgBenarBelum Masuk Tahun Baru Cina Apartment Di
Views : 11654 Replies : 10
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 77159 Replies : 510
SUPERMAN (2025)
SY_MumiSUPERMAN (2025)
Views : 52950 Replies : 52
Tok Arab Dubai buat video dera, seks ganas
Tumpang-SibokTok Arab Dubai buat video dera, seks gan
Views : 26375 Replies : 28
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 58104 Replies : 1096

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2026 07:25 AM GMT+8 , Processed in 0.643236 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list