|
View: 22873|Reply: 13
|
China dan Vietnam rekod perkahwinan tertinggi dengan rakyat Malaysia bukan Islam - KDN
[Copy link]
|
|
|
KUALA LUMPUR - Sebanyak 55,458 perkahwinan membabitkan rakyat Malaysia bukan Islam dengan pasangan warganegara asing diterima Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi tempoh 2019 hingga Julai tahun lalu.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, daripada jumlah itu, warga China dan Vietnam mencatatkan jumlah tertinggi berdasarkan rekod pendaftaran di bawah Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 dalam tempoh tujuh tersebut.
Menurutnya, selain China dan Vietnam, tiga negara lain yang berada dalam senarai lima tertinggi ialah Singapura, Thailand dan Indonesia.
"Warga China merekodkan 9,195 perkahwinan dengan rakyat Malaysia yang meliputi 3,030 lelaki dan 6,165 perempuan, diikuti Vietnam dengan 8,620 perkahwinan (semua perempuan), Singapura dengan 8,802 perkahwinan (5,910 lelaki dan 2,892 perempuan), Thailand dengan 5,186 perkahwinan (semua perempuan) dan Indonesia dengan 4,263 perkahwinan (semua perempuan).
"Secara keseluruhan, kelima-lima negara ini menyumbang 36,066 perkahwinan daripada 55,458 perkahwinan pasangan bukan muslim antara warganegara Malaysia dan bukan warganegara," katanya melalui jawapan bertulis disiarkan di laman web Parlimen pada Rabu.
Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Tan Hong Pin (PH-Bakri) yang memintanya menyatakan statistik lima negara teratas bagi pengantin warga asing kepada rakyat Malaysia bukan Muslim untuk tempoh tujuh tahun itu.
Dalam pada itu, menjawab mengenai proses penambahbaikan hak kepada pasangan warga asing supaya dapat menampung kehidupan keluarga, Saifuddin Nasution berkata, dasar dan pelaksanaan imigresen negara tertakluk Akta Imigresen 1959/63 [Akta 155] serta Peraturan-Peraturan Imigresen 1963, yang memperuntukkan kawalan terhadap kemasukan, keberadaan dan aktiviti warganegara asing di negara ini.
Menurutnya, di bawah Peraturan 11, pasangan warganegara asing kepada warganegara Malaysia layak memohon Pas Lawatan Sosial Jangka Panjang (PLSJP) Kategori Pasangan Warganegara, yang membolehkan mereka menetap secara sah di Malaysia bagi tujuan penyatuan keluarga.
Bagaimanapun katanya, proses tersebut tertakluk kepada syarat, tempoh dan kuasa budi bicara Ketua Pengarah Imigresen Malaysia.
"Secara prinsipnya, PLSJP tidak memberikan kebenaran bekerja secara automatik memandangkan tujuan pas tersebut adalah keberadaan atas asas kekeluargaan dan bukan pekerjaan, selaras dengan Peraturan 9 yang menetapkan bahawa sebarang aktiviti pekerjaan berbayar adalah tertakluk kepada pas pekerjaan yang berkenaan.
"Walau bagaimanapun, sebagai langkah penambahbaikan berasaskan kebajikan keluarga, Kerajaan membenarkan pemegang PLSJP untuk memohon endosmen kebenaran bekerja melalui Jabatan Imigresen Malaysia," katanya.
Namun katanya, perkara tersebut juga tertakluk kepada penilaian kes demi kes, termasuk aspek keselamatan, latar belakang, jenis pekerjaan serta pematuhan undang-undang imigresen dan buruh. Kebenaran ini diberikan secara bersyarat dan boleh diperbaharui selaras dengan status perkahwinan yang sah.
Sumber : Sinar Harian |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Lol, Korea sampai kena 'import', kita aman-aman jah byk kahwin. ???? |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Korang tak penah ke dengar husband-for-hire? Ayam2 sepet tu nak menetap di sini cara tetap jadi ramai apek2 yang tawarkan pakej ni.. Dorang bukan bapak ayam tapi sekadar sedekah nama atas surat kawen je. Pastu berkeliaran la ayam2 ni pegi calimakan... Dudok sebumbong pon tidak. Aku bace kat Lowyat.. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Mo yg sama indon/china/vietnam dtg kawen dan menetap sini
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by silance at 12-2-2026 12:51 PM
IC Malasia paling laku. Geng asia selatan cari bini IC. Geng oriental cari laki IC. Tak mau kalah, kad yuenechsiar pun laku keras juga. Apa nak jadi ntah.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
dakwa kena tindas,kena buli..pastu beriya nau nk tinggal,nak pr,nak ic Msia ni..nampak sgt depa tgh perbodohkan Msia ni. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Ayat banyak interpretasi boleh buat acik forum gelisah tak tentu pasal. Tidak memeranjatkan dah memang yang non-muslim Malaysian ramai keturunan cina agama Buddha.
Stats untuk yang Islam takde ka?
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Naper ramai gila Vietnam ni? Abih semua negara nak buat diorang jadi bini. China tu takpe la sebab memang negara besar. Yang Vietnam ni merata2 semua kawin dengan pompuan dia dah kenapa?
Kawan aku kawin mat Saleh, 15 tahun lepas kawin baru tahu laki ada family lain kat Vietnam. The real SEA pencaras pompuan Vietnam nih   |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Ppuan vietnam licik, bila dah kawen nanti, dia suruh beli tanah, rumah kat Vietnam letak nama dia, sbb sana foreigner tak bole beli hartanah. Lps dpt semua, dia halau sehelai sepinggang...happened to someone meols kenal...tapi memang padan muka pun, tak sedar diri dah tua gayut, perasan ppuan muda syiok kat dia... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Selama ni nampak yg Islam je... Rupanya diarg pun ramai |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
TeropongSenyap replied at 12-2-2026 06:37 PM
Selama ni nampak yg Islam je... Rupanya diarg pun ramai
memasing nak 'meramaikan umat'. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Skuau replied at 12-2-2026 06:48 PM
memasing nak 'meramaikan umat'.
Apa nak buat... Satu umat wujud satu keuntungan blh dpt. Sapa tamau |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Skuau replied at 12-2-2026 06:48 PM
memasing nak 'meramaikan umat'.
Sorry double post |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
cm_vungtau replied at 12-2-2026 01:57 PM
Naper ramai gila Vietnam ni? Abih semua negara nak buat diorang jadi bini. China tu takpe la sebab m ...
Apek2 tu dapat duit komisyen bila kawen dengan ayam2 vietcong ni. Ayam2 tu nak meniage lama kat sini kene renew visa talak sinang woo.. Jadinye kawen je la on paper. Dapat la PR kot. |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|