|
View: 19975|Reply: 5
|
Akibatnya 'amat traumatik' jika Iran gagal capai perjanjian nuklear - Donald Trump
[Copy link]
|
|
|
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, memberi amaran kepada Iran bahawa negara itu bakal berdepan akibat 'amat traumatik' sekiranya gagal memeterai perjanjian nuklear.
Namun Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, menyuarakan keraguan terhadap kualiti sebarang perjanjian sedemikian.
Bercakap sehari selepas menerima kunjungan Netanyahu di Rumah Putih, Trump berkata beliau berharap rundingan Washington dengan Tehran berhubung program nuklear Iran akan membuahkan hasil dalam tempoh sebulan akan datang.
"Kita perlu mencapai perjanjian, jika tidak, ia akan menjadi amat traumatik, amat traumatik. Saya tidak mahu perkara itu berlaku, tetapi kita mesti mencapai perjanjian.
"Akan menjadi sangat traumatik bagi Iran jika mereka tidak mencapai perjanjian," katanya kepada pemberita.
Trump, yang sedang mempertimbangkan untuk menghantar kapal induk kedua ke Asia Barat bagi meningkatkan tekanan terhadap Iran, turut merujuk arahannya kepada tentera AS bagi menyerang kemudahan nuklear Tehran ketika perang 12 hari antara Israel dan Iran pada Julai tahun lalu.
"Kita akan lihat sama ada kita boleh mencapai perjanjian dengan mereka, dan jika tidak, kita akan beralih ke fasa kedua. Fasa kedua akan menjadi sangat sukar buat mereka," katanya.
Netanyahu ke Washington bagi menggesa Trump mengambil pendekatan lebih tegas dalam rundingan nuklear dengan Iran, khususnya memasukkan isu senjata peluru berpandu balistik republik Islam itu.
Bagaimanapun, kedua-dua pemimpin dilihat masih berbeza pandangan apabila Trump selepas pertemuan mereka di Rumah Putih pada Rabu menegaskan rundingan perlu diteruskan.
"Beliau percaya keadaan yang diwujudkannya, digabungkan dengan hakikat bahawa mereka pasti menyedari kesilapan lalu apabila gagal mencapai persetujuan, mungkin dapat mewujudkan syarat untuk mencapai perjanjian yang baik," katanya menurut kenyataan video pejabatnya.
Namun, beliau menambah: "Saya tidak akan menyembunyikan hakikat bahawa saya secara umum meragui kualiti sebarang perjanjian dengan Iran".
"Sebarang perjanjian 'mesti merangkumi elemen yang amat penting dari perspektif kami.
"Ia bukan sekadar isu nuklear," katanya sambil menyenaraikan program peluru berpandu balistik Iran serta sokongannya kepada kumpulan bersenjata seperti pergerakan Palestin Hamas, pemberontak Houthi di Yaman dan Hizbullah di Lubnan.
Walaupun berbeza pendapat berhubung Iran, Trump tetap menunjukkan sokongan peribadi yang kuat kepada Netanyahu apabila mengkritik Presiden Israel, Isaac Herzog, kerana menolak permintaannya supaya memberikan pengampunan kepada perdana menteri itu berhubung pertuduhan rasuah.
"Anda mempunyai seorang presiden yang enggan memberinya pengampunan. Saya fikir lelaki itu patut berasa malu," kata Trump.
Trump sebelum ini berulang kali membayangkan kemungkinan tindakan ketenteraan AS terhadap Iran susulan tindakan keras berdarah negara itu terhadap penunjuk perasaan bulan lalu, ketika Washington dan Tehran menyambung semula rundingan minggu lalu dengan pertemuan di Oman.
Pusingan terakhir rundingan antara kedua-dua musuh itu terhenti akibat perang Israel dengan Iran serta serangan Amerika Syarikat.
Setakat ini, Iran menolak untuk memperluas rundingan baharu melangkaui isu program nuklearnya. Tehran menafikan berusaha membangunkan senjata nuklear dan menegaskan ia tidak akan tunduk kepada "tuntutan berlebihan" dalam perkara berkenaan. - AFP
Sumber : Berita Harian |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Iranian pun boleh tahan bakar dummy Baal to provoke yahudi laknat, sekarang Bibi dah triggered.
Trump is buying time now tu main ugut2 dulu. Apa apa pun Trump dah secure minyak Venezuela now kalau Strait of Hormuz kena attack. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
kamu bunuh diri
atau kami bunuh kau tu je |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Sworn enemy jangan harap akan peace with or without trump...
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|