Edited by JoyahMengayah at 24-2-2026 12:09 PM
Jadi tinggal satu saja lagi - perkongsian bagaimana Caprice bertukar angin, dari semasa saya jadi menteri kepada selepas saya bukan jadi menteri.
4 Jan 2024 - hantar mesej nak catch up dengan pegawai dari pejabat saya, sebut pasal sistem subsidi yang dia pernah bentang kepada KPDN.
Masa itu semua orang tahu Kementerian Ekonomi yang merangka dasar penyelarasan semula subsidi.
Nama Mat Sabu pun kena name-dropped, ada presentation app untuk pertanian nama YouFarm.
Dia minta “private coffee session” dengan pegawai saya sebab nak tunjuk “what else i’ve been doing for Madani”.
Siap cakap “I really wanna show u”.
Pejabat saya tak layan.
9 Julai 2024 - dia cuba lagi.
“Yoooo”
“Rafizi really needs a rebranding bruv”
4 Mei 2025 - still kejar pegawai saya.
Nasihat saya kepada orang ramai, memang kita senang terpengaruh dengan pempengaruh. Kerja dia mempengaruhi kita. Kalau pasal nak pilih ais krim atau sambal mana nak makan, OK lah nak berpandukan pempengaruh macam Caprice.
Tapi kalau pasal politik, kepimpinan, sebelum buat keputusan, perhatikan dia konsisten ke tidak.
Sebab memang ada pempengaruh macam ni. Semua ni bagi dia job je.
Hari ni dia lambung Madani, esok kalau kerajaan bertukar dia lanyak Madani.
Yang bodoh ialah orang-orang politik juga yang dok cari dan bagi job kepada pempengaruh macam ni.

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli, menafikan beliau terbabit dalam kes rasuah berjumlah RM2.5 bilion membabitkan penganugerahan kontrak kepada sebuah syarikat yang berkaitan dirinya.
Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan, berkata tuduhan itu adalah fitnah yang dijaja oleh pempengaruh Ariz Ramli, lebih dikenali sebagai Caprice.
Beliau dipercayai merujuk kepada projek Pelan Peralihan Tenaga Negara (NETR) membabitkan pelaburan RM2.5 bilion oleh UEM Lestra.
"Saya dituduh menganugerahkan kontrak kepada sebuah syarikat yang kononnya berkait dengan saya...ini jadi satu lagi bahan fitnah dijaja oleh Caprice dan diulang oleh ceplos-ceplos kononnya Rafizi terbabit kes rasuah RM2.5 bilion," katanya.
Klip video penjelasan bekas Timbalan Presiden PKR itu dimuatnaik semula oleh Caprice di laman sosial Instagramnya, hari ini.
Sebelum ini, Rafizi memperincikan bahawa pelaburan RM2.5 bilion oleh UEM Lestra dalam projek NETR adalah inisiatif pihak swasta sepenuhnya dan tidak membabitkan dana awam atau perolehan kerajaan.
Beliau dilaporkan turut menafikan dakwaan pembabitan kepentingan peribadi dalam projek tersebut dan menyifatkan serangan pempengaruh media sosial sebagai fitnah terancang.
Ahli Parlimen Pandan itu juga menuduh Caprice, menghasilkan kandungan yang mendakwa bahawa beliau telah menganugerahkan projek UEM Lestra kepada sebuah syarikat yang mana Rafizi mempunyai kepentingan.
Dalam pada itu, Rafizi dijadual akan menjawab secara terperinci dua tuduhan salah laku yang dikaitkan dengan dirinya itu dalam program audio siar 'Yang Berhenti Menteri' (YBM) 10 malam ini.
Sementara itu, Caprice melalui komen dalam video yang dimuatnaik semula itu mempersoalkan semula tuduhan yang dibuat Rafizi terhadap dirinya.
"Salam Ramadan Rafizi, kalau nak 'twist' tunggu lah selepas bulan puasa... sejak bila cap tuduh Raf terbabit kes rasuah RM2.5 billion?? tuduhan berat ni," katanya.
BH
|