|
View: 36973|Reply: 15
|
Isu pencerobohan tanah : Saya tidak benarkan bumi Pahang ‘diratah’- Al-Sultan Abdullah
[Copy link]
|
|
|
ROMPIN – “Tiada rundingan tiada kelonggaran, tiada perlindungan kepada mana-mana pihak,”titah Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam isu pencerobohan tanah di negeri ini.
Baginda memberi amaran tegas bahawa sesiapa yang menceroboh tanah kerajaan atau tanah milik akan diambil tindakan tanpa sebarang kompromi.
Tegas baginda sesiapa yang melanggar undang-undang akan berdepan dengan tindakan setimpal tanpa memilih bulu, tanpa mengira pangkat, pengaruh atau latar belakang.
“Kepada mereka yang masih berdegil, berangan-angan untuk mengambil kesempatan atau berharap kerajaan akan berkompromi saya nyatakan dengan sejelasnya negeri ini tidak akan tunduk kepada penceroboh, undang-undang tidak akan berundur dan kedaulatan negeri tidak akan dirunding.
“Saya tidak akan membenarkan bumi Pahang diratah lagi secara haram, diperdagangkan oleh kerakusan dan dirampas oleh kepentingan sempit.
“Inilah pendirian saya, inilah pendirian kerajaan negeri dan inilah amaran terakhir kepada semua pihak,”titah baginda pada Majlis Perasmian Masjid Sultan Haji Ahmad Shah Teluk Gading dan Majlis Berbuka Puasa di sini semalam.
Menurut Al-Sultan Abdullah apa yang berlaku di Raub adalah contoh jelas bahawa kerajaan negeri tidak akan tunduk kepada tekanan, ugutan atau sentimen.
Jelas baginda beribu-ribu ekar tanaman haram telah dimusnahkan dan kawasan ceroboh telah dirampas kembali serta tangkapan dan pendakwaan telah dibuat di mahkamah.
“Hasil pencerobohan ini telah diambil alih sepenuhnya oleh kerajaan negeri melalui Perbadanan Setiausaha Kerajaan (PSK) demi kepentingan bersama,”titah baginda
Tambah baginda operasi penguatkuasaan melalui Ops Sekat tidak pernah dihentikan dalam membanteras isu pencerobohan tanah di negeri ini.
Ujar baginda ia melalui rondaan berterusan, serbuan, sekatan kawasan serta tindakan undang-undang yang menyeluruh oleh Unit Penguatkuasa Negeri Pahang (UPNP) bersama agensi berkaitan termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
SUMBER – KOSMO! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku yakin banyak kes penyelewengan berlaku di pejabat tanah setiap negeri |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Orenn1 at 23-2-2026 08:08 AM
Adoiii tok laki makcik azmee, abg dia pun songlap tukar nama tanah dia pastu pajak balik kat kjaan, senang buat duit. Nasib baik Tun M pecah lobang |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
SPRM patut amik alih je pejabat tanah...yg keje pejabat tanah tu pndah ke tanah kubur aja..kes Raub tu berlaku psl pegawai situ xbuat keje |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
huk alohhhh... tibehhh  |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
statement nak cover line ke nie.... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Nk gelak dekah2. Tp takut batal poser |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Kitty_catz replied at 23-2-2026 08:36 AM
huk alohhhh... tibehhh
Meols taip.. Delete.. Taip.. Delete balik.. Sudahnye senyum je lahhhh |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Hipokrit sungguh kehidupan di akhir2 zaman nih  |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Hipokrit sungguh kehidupan di akhir2 zaman nih  |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Hujung2 sembang lwn rasuah bagai
hipokrit sungguh  |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
khuennnsstt
kasik beliyau golden dildo award 
nak kata yg tahu je tahu tapi mcm semorang je dah tahu punnnnnnnnnnnnn
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|