CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13195|Reply: 14

[Tempatan] Pukul 6.15 pagi dah sesak, warga Rawang ok ke?

[Copy link]
Post time 23-2-2026 12:59 PM | Show all posts |Read mode
Pukul 6.15 pagi dah sesak, warga Rawang ok ke?
Oleh KOSMO!
23 Februari 2026, 10:38 am

Gambar yang dimuat naik beberapa pengguna di media sosial memaparkan kesesakan di Lebuh Raya Utara-Selatan.

PETALING JAYA – Hari pertama persekolahan selepas cuti Tahun Baharu Cina yang turut jatuh pada hari kelima Ramadan menyaksikan warga Rawang dan Puncak Alam berdepan kesesakan luar biasa di Lebuh Raya Utara-Selatan pagi tadi.

Situasi itu berlaku seawal pukul 6.15 pagi, ketika kebanyakan pengguna lebuh raya keluar rumah sejurus selepas waktu subuh bagi menuju ke tempat kerja dan menghantar anak ke sekolah.

Rata-rata pengguna lebuh raya memuat naik gambar di media sosial memaparkan kenderaan bergerak perlahan menghampiri Plaza Tol Rawang Selatan dengan barisan panjang dilihat di semua lorong, termasuk laluan keluar tol.

Menurut @Mussudin, kesesakan teruk dikatakan bermula dari Kundang sehingga ke Gamuda Gardens.

“Bertabahlah warga Rawang, Puncak Alam. Rutin kita kembali seperti biasa. Tapi beratur kereta dari Kundang tadi, panjang dah sampai Gamuda Gardens. Kalau naik kereta, memang dah ‘tuang’ hari ini,” katanya.

Difahamkan, perubahan rutin sepanjang Ramadan menyebabkan ramai pengguna keluar rumah sejurus selepas waktu Subuh bagi mengelakkan cuaca panas serta mengejar waktu kerja dan sesi persekolahan.

Peralihan waktu tersebut dipercayai menyumbang kepada pertambahan trafik mendadak pada awal pagi berbanding hari biasa.

“Yang nak keluar tol rawang masing masing ok ke tu? Panjang barisan. Nak kena keluar rumah pukul 4 pagi ke macam mana,” komen @Krdfx79 juga.

Sementara itu seorang lagi pengguna turut mempersoalkan kelewatan pembukaan laluan tambahan SmartTAG di Tol Rawang Selatan yang lazimnya dibuka sekitar pukul 6 hingga 6.30 pagi.

“Bulan Ramadan ini tolonglah buka laluan tambahan lebih awal. Pukul 6.15 pagi dah sesak teruk, tapi hari ini lambat beroperasi atas sebab yang tak diketahui,” komen @Yadh85.

“Bulan puasa semua akan bergegas keluar dari rumah selepas subuh. Seperti kebiasaan, laluan tambahan dibuka sekitar 6 pagi hingga 6.30 pagi. Hari ini lambat beroperasi atas sebab yang tidak diketahui. Bayangkan dari 6.30 pagi sampai 7.10 pagi sekat sebelum tol,” komen @MedeyDasuki juga. – KOSMO! ONLINE

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2026 01:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Kat sana subuh kul 6 ke?

Kat tmpat meol subuh 6.24am. Dlm kul 6am tu bleh dengar berderu kenderaan keluar awal. Subuh buat kat opis kot. Kalau anto anak sekolah kul 7am tu mmg gelap gelita lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2026 02:30 PM | Show all posts
depa kerja KL ke? awat duk rawang tapi tak kerja rawang?

Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2026 02:34 PM | Show all posts
Edited by ibu_haritz at 23-2-2026 02:35 PM

Iols dah tak berani nak lalu tol tu lagi pergi kerja..hazab sangat jem dia..
Bulan Ramadan keluar pukul 6.00 pagi ikut Dash Hiway..
Solat di RnR..
Sampai office pkl 7.00 pagi..bertenang..Tapi memang kesian lah sapa yang kena hantar anak ke sekolah @ nursery dulu..Tak boleh keluar awal pagi
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2026 02:37 PM | Show all posts
white_musk replied at 23-2-2026 02:30 PM
depa kerja KL ke? awat duk rawang tapi tak kerja rawang?

Ramai yang kerja KL tinggal di Rawang..Office mate iols tinggal di Ijok, Rawang & Bandar Tasik Puteri

Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2026 02:51 PM | Show all posts
mana2 pun jem je skang
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-2-2026 02:51 PM | Show all posts
mana2 pun jem je skang
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2026 03:03 PM | Show all posts
pagi tadi iols masuk highway sg buloh pkol 6.45 ok je xda jem
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-2-2026 03:11 PM | Show all posts
ibu_haritz replied at 23-2-2026 02:37 PM
Ramai yang kerja KL tinggal di Rawang..Office mate iols tinggal di Ijok, Rawang & Bandar Tasik Put ...

Sama juga org yg duduk di Semenyih tapi kerja di KL. Sampai aku sekali terperangkap dengan diaorg ni waktu pergi dan balik kerja.
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2026 03:29 PM | Show all posts
Meols yang duduk klang kerja area shah alam ni pun lepas sahur dalam pukul 5.50 am kena keluar dah. Solat subuh dekat office, then tidur dalam kereta sejam lebih. Tak sanggup nak hadap jem yang amat.
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2026 03:36 PM | Show all posts
white_musk replied at 23-2-2026 02:30 PM
depa kerja KL ke? awat duk rawang tapi tak kerja rawang?

depa duk rawang sbb sane umah landed murah,
kalau duk KL kena duk umah flat hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2026 03:58 PM | Show all posts
Dugaan Ramadan...bawak kereta jammed luar jangka tapi kalau rely pd LRT pun asyik buat hal mcm hari ni dilaporkan tak ok ke Kelana Jaya..
Sebab itulah keyakinan pd pengangkutan awam ni tak berapa cantik utk digunakan secara harian
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2026 05:10 PM | Show all posts
bertabah la those yg keje di KL di bulan ramadhan ni...been there done that years ago...route yang biasa 20 minutes drive boleh jadi 2 jam stuck. nasihat iols, sediakan kurma + botol air in case x sempat sampai rumah ptg2.
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2026 05:10 PM | Show all posts
Edited by mejaputih at 23-2-2026 05:11 PM

bertabah la those yg keje di KL di bulan ramadhan ni...been there done that years ago...route yang biasa 20 minutes drive boleh jadi 2 jam stuck. nasihat iols, sediakan kurma + botol air in case x sempat sampai rumah sblm maghrib.
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2026 05:28 PM | Show all posts
copy_paste replied at 23-2-2026 03:36 PM
depa duk rawang sbb sane umah landed murah,
kalau duk KL kena duk umah flat hehehe

punya la nak duk umah landed... bila jem masing2 merentan meroyan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2026 01:14 AM GMT+8 , Processed in 1.772050 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list