CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 87|Reply: 0

Skuad badminton kecundang

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:06 PM | Show all posts |Read mode
MALAYSIA berdepan laluan sukar pada suku akhir kejohanan badminton Piala Sudirman apabila sekadar muncul naib juara Kumpulan 1B selepas tewas kepada Indonesia 3-2 dalam perlawanan kedua peringkat kumpulan di Qindao, China, malam tadi.\rKeputusan itu sekali gus menyaksikan Malaysia yang menewaskan Russia 4-1 pada perlawanan pertama, terpaksa melalui satu lagi undian di kalangan naib juara setiap kumpulan dan kemungkinan berdepan pasukan pilihan sama ada Korea Selatan atau juara bertahan China.\r\n\n\n\n\r     Seperti dijangka, perseorangan dan beregu lelaki negara meraih kemenangan untuk Malaysia malam tadi, namun Indonesia bangkit menyamakan kedudukan apabila menguasai perseorangan dan beregu wanita, sebelum memastikan mata kemenangan dalam acara beregu campuran.\r\r\n\n\n\n\n     Pasangan Koo Kien Keat-Tan Boon Heong yang menjadi wakil pertama negara turun ke gelanggang nyata tidak menghampakan apabila menewaskan pasangan Indonesia, Yulianto Alven-Mohammad Ahsan 21-15, 21-17 dalam masa 31 minit tetapi Indonesia menyamakan kedudukan menerusi perseorangan wanita, Adriyanti Firdasari yang menewaskan Lydia Cheah  21-8, 21-12.\rMalaysia kembali di depan apabila Lee Chong Wei memungut mata kedua selepas mudah menewaskan pemain kurang ternama Dionysius Hayom 21-8, 21-8.\rSkuad negara yang berharap mencuri mata menerusi pasangan beregu wanita, Wong Pei Tty-Chin Eei Hui tidak kesampaian apabila tewas kepada gandingan Greysia Polii-Meiliana Jauhari, 23-21, 21-14 untuk Indonesia kembali mengikat kedudukan 2-2.\rGandingan beregu campuran, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying yang menjadi sandaran mencari mata kemenangan gagal melaksanakan tugas apabila tewas kepada Fran Kurniawan-Pia Zebadiah 21-18, 21-15 untuk membolehkan Indonesia yang menundukkan Russia 4-1 Ahad lalu, bergelar juara Kumpulan 1B.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 10:17 AM GMT+8 , Processed in 0.044745 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list