CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 161|Reply: 0

Kemboja benam skuad Olimpik

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
SKUAD Olimpik negara menerima tamparan hebat selepas kecundang 0-1 kepada Kemboja dalam siri persahabatan antarabangsa di Stadium Olimpik Phnom Penh,semalam - kira-kira 10 hari lagi menjelang perlawanan pra-Olimpik menentang Lubnan.\rJelas sekali kelebihan fizikal, stamina dan pengalaman milik skuad negara bimbingan Ong Kim Swee itu gagal dimanfaatkan sebaliknya tunduk kepada aksi lincah pemain tuan rumah.\r\n\n\n\n\rWalaupun mengawal hampir keseluruhan permainan yang diiringi hujan lebat pada 20 minit terakhir, kepantasan barisan depan Kemboja melakukan serangan balas menjadi racun buat pelawat.\r\r\n\n\n\n\nSkuad negara ketinggalan 0-1 pada minit ke-10 hasil permainan pantas tuan rumah yang berpunca daripada gerakan solo Kouch Sokumpheak sebelum dia merembat deras melepasi penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat (kiri).\rSelepas rehat, Malaysia memulakan permainan dengan lebih terkawal tetapi beberapa hantaran kurang tepat menyaksikan lawan mudah memintas bola dan melakukan serangan balas.\rNamun ketenangan Fadhli Shas dan Muslim Ahmad mempertahankan kubu negara berjaya menafikan beberapa percubaan Kemboja.\rPujian bagaimanapun harus diberikan kepada anak buah Kim Swee yang berjuang hingga ke minit-minit terakhir walaupun terpaksa bermain dengan keadaan padang yang becak dan bertakung.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 08:25 AM GMT+8 , Processed in 0.046702 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list