View: 84|Reply: 0
|
Kelantan tunjuk belang ungguli ragbi
[Copy link]
|
|
KELANTAN mengulangi episod 2004 apabila gah melakar gemilang muncul juara ragbi Sukan Malaysia Ke XIV yang berakhir di padang Universiti Malaya, semalam.\rSentuhan Mohd Saizul Hafifi sebagai jurulatih dan membantu pasukan menjuarai kejohanan pada temasya 2004, Kelantan mengetepikan cabaran Sabah, 36-5 untuk meraih pingat emas edisi kali ini.\r\n\n\n\n\rKelantan bertindak cemerlang seawal permainan dengan mendahului lawan 12-0 pada babak pertama menerusi dua try Zulkiflee Azmi dan satu conversion Mohd Nazren Fitri. \r\r\n\n\n\n\nSabah yang mengetepikan Kedah pada separuh akhir tidak mudah mengalah dengan bangkit seawal babak kedua untuk merapatkan jurang menerusi try oleh Joseph Gordon De Sauza.\rPemain berikutnya Kelantan tidak memberi ruang kepada Mengetepikan cabaran Sabah, 36-5 untuk meraih pingat emas edisi kali ini Sabah dengan asakan bertali arus menghasilkan empat try dan dua conversion. Mohd Amer Nasrun melakukan dua try sementara Mohd Zulkawai Jusoh dan Mohd Noortakzim Adnan masingmasing satu try, manakala Mohd Nazreen menyempurnakan dua conversion.\rDalam perebutan gangsa, Kedah mengalahkan Wilayah Persekutuan, 22-7. Sementara Negeri Sembilan mengalahkan Sarawak untuk menjuarai bahagian plate.\rManakala Johor mengetepikan Perlis untuk juara bowl.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|