CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 190|Reply: 0

SCKLM acara turunkan berat badan Syahril

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
MEMILIKI berat badan berlebihan memang sering menyebabkan timbulnya pelbagai gelaran yang boleh menyakitkan hati seorang individu. Gelaran seperti debab, boyot dan gajah menyebabkan seseorang itu merasakan diri seperti diperkecilkan akibat masalah yang dihadapi. \rDari segi kesihatan, seseorang yang mempunyai masalah berat badan kurang mengamalkan gaya hidup aktif dalam kehidupan seharian yang mana masa terluang tidak diisi dengan perkara yang berfaedah seperti beriadah bersama keluarga, sukan rekreasi ataupun melakukan sebarang aktiviti yang mengeluarkan peluh. \r\n\n\n\n\r  Bagi Arkitek, Syahril Kamaruddin, 35, zaman mudanya yang kurang aktif bersukan jika dibandingkan dengan adik-beradiknya yang lain adalah penyebab masalah badan gemuk dihadapi sehingga mencapai tahap obesiti. \r\r\n\n\n\n\n  “Berat badan saya macam yo-yo, ada turun naiknya tetapi pengurangan itu tidak terlalu ketara dan pernah berat badan saya mencecah 120kg.\r“Namun saya tidak mengendahkan masalah kegemukan yang dihadapi hingga isteri dan anak-anak mula merungut disebabkan gaya hidup saya yang tidak aktif.\r“Ini kerana anak-anak sering ajak untuk bermain tetapi disebabkan keletihan dan kelesuan balik dari kerja, semua ajakan saya tidak diendahkan,” katanya.\r“Selepas menyertai Standard Chartered KL Marathon 2009 (SCKLM), saya terus jatuh cinta acara marathon dan menjadikan acara ini bukan sahaja untuk menurunkan berat badan tetapi sebagai keseronokan peribadi kerana kita bukan atlit maraton profesional yang mengejar masa terbaik selain tempat pertama dan hadiah,” katanya yang bakal menyertai SCKLM 2011 untuk tahun ketiga.\r\n\n\n\n\rSejak aktif dalam sukan maraton, Syahril juga  menyertai beberapa kejohanan seperti Genting Trailblazer, KL Towerton dan North Face 100 Singapore.\r

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 08:25 AM GMT+8 , Processed in 0.035881 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list