CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 176|Reply: 0

Majlis peringati Michael Jackson tarikan utama IIFA

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
TORONTO: Tarikan utama Anugerah Akademi Filem India (IIFA Awards) ialah kehadiran Jermaine Jackson, abang Michael Jackson, yang bakal menyertai pelakon Sonu Nigam untuk memberikan penghormatan kepada adiknya yang juga diiktiraf sebagai Raja Pop.\rPersembahan terbabit adalah sebahagian daripada konsep IIFA Rocks yang dipersembahkan oleh The Bay (singkatan bagi Hudson Bay Company) syarikat yang paling lama bertahan) yang terkenal dengan sebagai satu jenama fesyen terkemuka di Kanada.\r\n\n\n\n\r   Selain itu, penganjur IIFA turut menafikan laporan bahawa aktor terkenal, Shah Rukh Khan mungkin tidak akan menghadiri majlis anugerah yang bakal berlangsung di sini minggu ini berikutan kecederaan di lutut.\r\r\n\n\n\n\n   “Itu tidak benar. Ini adalah sekadar khabar angin yang disebarkan media. Beliau pastinya akan datang. Jangan percayakan khabar angin berkenaan,” kata seorang wakil media Wizcraft kepada agensi berita di sini.\rSelain menyertai persembahan IIFA Awards, Shah Rukh Khan juga akan menyertai Vivek Oberoi pada sambutan selamat datang permaidani merah oleh penganjur kebudayaan Asia Selatan di Sheraton Hotel pada Jumaat depan.\rBeliau yang digelar ‘King Khan’ adalah antara bintang besar Bollywood yang menyertai perhimpunan di Amerika Utara itu. – Agensi\r

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-2-2025 03:41 AM GMT+8 , Processed in 0.037406 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list