CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 15588|Reply: 30

Gantung sampai Mati - Kevin John Barlow and Brian Geoffrey Chambers

[Copy link]
Post time 28-6-2011 10:00 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by adorabelle1985 at 28-6-2011 22:10

Mesti ramai yang tak tau siapa warga asing pertama yang dihukum gantung sampai mati di Malaysia.


          Pada 9 Nov1983 , 2 rakyat Australia Kevin John Barlow dan Brian Geoffrey Chambers telah ditahan di lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas kerana membawa 141.9 gram dadah jenis heroin . Mereka akhirnya telah didapati bersalah dan dihukum gantung sampai mati di Penjara Pudupada 7 Julai 1986.

Di awal tahun 1981 dan akhir tahun 1983 Chambers telah melakukan beberapa perjalanan ke luar negara untuk membawa dadah  ke Australia. Pada tahun 1980 Chambers dan teman wanitanya telah membawa dadah ke Australia menggunakan ''body packing techniques''. Chambers telah memasukkan dadah tersebut didalam duburnya dan teman wanitanya juga memasukkan ke dalam dubur dan kemaluan sulitnya. Selebihnya dadah itu ditelan.

Kedua-dua mereka menggunakan teknik yang sama pada tahun 1981 apabila transit di Singapura. Pegawai kastam dapat mengesan dadah yang juga dimasukkan ke dalam poket jaket beliau. Mereka dibebaskan selepas memberi rasuah kepada pegawai kastam di sana.

Chambers dan teman wanita membuat keputusan berpindah ke Perth dan semasa dalam perjalanan mereka terlibat dalam kemalangan yang meragut nyawa teman wanitanya pada 20 May 1983 selepas koma.

Perjalanan mereka ke Malaysia telah diaturkan oleh penjenayah Perth iaitu John Asciak.Barlow dan Chambers kemudian memberi keterangan mereka adalah pelancong yang bertemu secara kebetulan di Singapura dan kemudian memilih untuk bersama-sama meneruskan perjalanan ke Malaysia.  Untuk mengelakkan dari kegiatan mereka dikesan, Barlow menaiki pesawat ke Singapore dari Perth dan Chambers pula memulakan perjalan dari Sydney. Ini adalah kali pertama Barlow melakukan jenayah membawa dadah.

Setelah bertemu di Singapura, Barlow dan Chambers meneruskan perjalanan menggunakan kereta api ke Pulau Pinang. Paket dadah telah ditanam disebuah pantai di Pulau Pinang.  Perancangan awal mereka adalah memasukkan dadah ke dalam dubur mereka dan menelan yang selebihnya.Barlow enggan berbuat demikian kerana masalah kesihatan. Akhirnya Chambers mengalah dan telah membungkus dadah tersesebut ke dalamsurat khabar dan dimasukkan ke dalam plastik dan memasukkan ke dalam sebuah beg merah yang baru dibeli oleh Chambers .

Semasa mereka tiba di Lapangan terbang Bayan Lepas 9 November 1983, Barlow dan Chambers telah diperhatikan sejak mereka turun dari teksi.
Barlowmembawa beg merah yang mengandungi dadah tersebut dan berjalan memasuki lapangan terbang manakala Chambers dilihat sedang membayarwang kepada pemandu teksi dan memegang beg kepunyaan Barlow. Semasa Barlow melintasi ''luggage scanning area'' pegawai yang bertugasmemerhatikan keadaan Barlow pada masa itu sangat gugup dan takut.Pegawai bertugas menghampiri mereka dan menyoal siasat mereka.

Mereka telah dibawa ke ''interview room'' dan pegawai bertugas mengarahkan mereka membuka beg-beg yang mereka bawa bersama.Chambers membuka beg seperti biasa tetapi Barlow enggan berbuat demikian dan mendakwa beg merah yang dibawa oleh nya adalah kepunyaan Chambers. Akhirnya Chambers membuka beg merah tersebut dan pegawai bertugas menemui dadah di dalamya. Bagaimanapun beliau mendakwa tidak mengetahui kandungan dadah di dalam beg tersebut. Polis memberi keterangan yang mereka menggigil sewaktu tangan digari.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-6-2011 10:04 PM | Show all posts
Mereka telah dipenjarakan di Penjara Pulau Pinang pada 1984 & 1985. Mereka menggambarkan Penjara itu penuh sesak. Barlow dan Chambers  telah dikurung di dalam sel yang bersaiz dua tiga persegi bersama dengan tiga tahanan lain selama 22 jam sehari.  Chambers sangat disukai di dalam penjara tetapi Barlow digambarkan sebagai seorang "gila" dan sering membuat masalah.

Perbicaraan mereka bermula pada 17 Julai, 1985 di Mahkamah tinggi Pulau Pinang. Chambers  telah melantik peguam  Rasiah Rajasingham dan Barlow pula ialah Karpal Singh. Pada 1 Ogos 1985 Barlow dan Chambers telah hadir untuk mendengar keputusan mahkamah dan mereka menerima hukuman gantung sampai mati. Pada 15 Dis 1985 mereka telah dipindahkan ke  Kuala Lumpur  untuk mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Agung Malaysia dan mereka dipenjarakan di Penjara Pudu.

Pada 18 Disember 1985 Mahkamah rayuan telah mengekalkan keputusan hakim untuk mengekalkan  hukuman mati ke atas mereka. Chambers dilihat menangis di kandang tertuduh apabila hakim membaca hukuman ke atas mereka. Selepas penolakan rayuan mereka, Menteri Luar Australia,Bill Hayden  menghubungi Gabenor Pulau Pinang dan  meminta agar hukuman itu ditukarkan kepada hukuman penjara atas alasan kemanusiaan.
Ibu mereka Sue Chambers dan Barbara Barlow telah membuat pembelaan tidak bersalah ke atas anak mereka. Mereka telah menulis surat kepada Sultan Iskandar dan mengakui kesalahan anak-anak mereka dan menyesal denga perbuatan tersebut.

Barlow dan Chambers  telah digantung di Penjara Pudu pada 7 Julai 1986. Ibu Barlow iaitu,  Barbara Barlow dilaporkan menyediakan minuman untuk membuat anaknya mabuk sebelum hukuman dijalankan. Beliau menyediakan campuran sebanyak 75 pil tidur ke dalam  dalam akohol  di bilik hotel itu dan diseludup ke dalam penjara dalam botol plastik kecil disembunyikan di dalam beg tangannya.

Hukuman Gantung sampai mati untuk kesalahan pengedaran dadah ini adalah hasil daripada pindaan yang dilakukan pada tahun 1983 iaitu tahun yang sama kedua mereka ditangkap, Pindaaan yang dibuat adalah selari dengan pengistiharan bekas Perdana Menteri Tun Dr.Mahathir Mohammad (PM diwaktu itu) bahawa Dadah adalah Musuh negara dan ancaman kepada negara.
Perbicaraan Kes Kevin John Barlow dan Brian Geoffrey Chambers yang berjalan di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang ini telah mendapat liputan meluas di seluruh dunia bahkan telah dijadikan siri Tv pada tahun 1988 dengan tajuk “Dadah Is Death”, bahkan kes ini turut mendapat tentangan daripada rakyat penduduk Australia dan juga Bob Hawke selaku Perdana menteri mereka pada masa itu sehinggakan beliau megatakan tindakan itu adalah kerja orang Gasar.
Rentetan kejadian itu negara Kita dan Tun Dr.Mahathir Muhammad teruk dikecam oleh Australia dan juga media mereka, bahkan ada juga negara lain turut sama mengecam hukuman tersebut, dan yang lebih mengecewakan ialah bila ada juga ahli Parliment kita yang turut sama tidak puas hati dengan hukuman tersebut, ini dapat dilihat semasa Persidangan Parlimen Ketujuh, penggal pertama pada 8 Oktober 1986, dimana Karpal Singh telah menganggap hukuman yang dikenakan kepada kedua penjenayah tersebut telah menjejaskan Imej Mereka di mata masyarakat antarabangsa…..

Namun dengan ketegasan dan semangat yang ada pada Tun Dr Mahathir dia langsung tidak berganjak dan tidak langsung terpengaruh dengan gesaan supaya akta tersebut dimansuhkan semula, walaupun peristiwa tersebut talah menyebabkan hubungan diplomatik antara Malaysia dan Australia menjadi Renggan, namun demi keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat beliaulangsung tidak berganjak walau setapakpun, bahkan belaiu turut memberi amaran yang berbunyi..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-6-2011 10:04 PM | Show all posts
“Kita akan Terus menggantung sesiapa saja yang mengedar dadah di Negara Kita Tidak kira warna Kulit atau kepercayaan”

Ucapan tersebut turut disiarkan oleh akhbar di South Australia.
Akhirnya sekarang sudah banyak negara telah mengikut jejak Malaysia dalam melaksanakan hukuman mati pada pengedar dadah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-6-2011 10:06 PM | Show all posts
Post Last Edit by adorabelle1985 at 29-6-2011 23:22



Kevin John Barlow dan Brian Geoffrey Chambers ...
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2011 08:07 AM | Show all posts
pernah baca kes ni dulu... terima kasih kerana menepek semula
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2011 10:47 AM | Show all posts
Malaysia mmg terkenal sbb kenakan hukuman mati kepada pengedar dadah.. penah aku tgk movie hollywood, salah satu karaktor tu bgtau dia ditangkap kat malaysia, dan kena death sentence.. x ingat plak citer ape..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-6-2011 11:45 AM | Show all posts
Reply 6# arcana


cerita police story 3 yg blakon kat mesia tu, jackie chan.
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2011 11:59 AM | Show all posts
1983.....lama dah tu...saya baru pandai baca buku...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-6-2011 06:20 PM | Show all posts
Di Singapore gantung pagi jumaat lepas subuh. Itu kebiasaannya. Di sana rayuan memang sangat payah diampunkan. Hampir tak pernah.
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2011 07:46 PM | Show all posts
terbaik la dr m. tegas dan berani (kerana benar)..kiranya malaysia negara pertama la yg kenakan hukuman mati pada pengedar dadah?...igtkan singapore...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-6-2011 11:12 PM | Show all posts
Post Last Edit by adorabelle1985 at 29-6-2011 23:15

Korang kena tengok cerita diorang ni dah difilemkan ''DADAH IS DEATH''. Best...sedihh..lakonan dalam tu mmg exactly apa yang terjadi. Pelakon pun boleh tahan famous gak Hugo Weaving (The Lord of the Rings, V for Vendetta, Transformers & etc), Sarah jessica paker pun ada..Diorang berlakon kat Penang & KL.  Ni link cite ni kat youtube

http://www.youtube.com/watch?v=pnBhX1kmJBM&playnext=1&list=PL697A1A121943325F






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2011 11:20 PM | Show all posts
Tapi kalau based on apa yang cikgu sejarah aku cakap,tak semestinya gantung sampai mati kan??Kalau tak mengakibatkan kematian,cume akan dimasukkan ke pemulihan atau tak pun buang negeri?Betul kerk??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-6-2011 11:24 PM | Show all posts
Reply 12# 7teen


    ermmmm aku tak sure pasal tu, tapi yang aku tau penagih dadah yang akan di masukkan ke pusat pemulihan dan pengedar dadah dijatuhkan hukuman..maybe sapa2 yang arif boleh betulkan kalau salah..
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2011 11:29 PM | Show all posts
Reply  7teen


    ermmmm aku tak sure pasal tu, tapi yang aku tau penagih dadah yang akan di ma ...
adorabelle1985 Post at 29-6-2011 23:24


Terima kasih sebab sudi kongsi pendapat..Aku neyh budak SPM.So,nak tahu jugak..Minat sangat ngan sejarah2 neyh..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-6-2011 11:49 PM | Show all posts
Reply 9# azredclaw66


    Yes kat singapore mmg susah, dalam undang-undang jenayah, ada istilah 'mitigation' (meringankan hukuman). Sekiranya hukuman sudah dijatuhkan,  seseorang mangsa itu dibenarkan untuk merayu supaya hukuman mereka   diringankan. Mitigation tidak dibenarkan di dalam keadaan di Singapura,  begitu juga di Malaysia. Berdasarkan undang-undang antarabangsa,  keadaan tersebut  ialah satu hukuman yang zalim.
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2011 12:13 PM | Show all posts
dan agaknye sebab itulah kalau ada perlawanan bola antara pasukan malaysia dan pengadilnya dari australia, mesti berat sebelah gile-gile punye.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-7-2011 12:14 PM | Show all posts
Korang kena tengok cerita diorang ni dah difilemkan ''DADAH IS DEATH''. Best...sedihh..lakonan dalam ...
adorabelle1985 Post at 29-6-2011 23:12



    citer ni ke yg wat kontroversi sbb dalam filem ni diorg tak edar heroin tp edar ganja je?
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2011 12:29 PM | Show all posts
Dadah is Death..... siap tajuk pon base melayu..
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2011 03:19 PM | Show all posts
sampai buat filem...hebat2...
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2011 08:07 PM | Show all posts
bangga, bila malaysia bertegas berkaitan dadah ni. bertegas2 pun masih lagi jadik musuh negara.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 07:54 AM GMT+8 , Processed in 0.071256 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list