CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4596|Reply: 6

Sayonara, KTM Tanjung Pagar aka Stesen Keretapi Keppel Road

[Copy link]
Post time 1-7-2011 04:30 PM | Show all posts |Read mode



  






[size=85%]Sejarah Stesen KTM Tanjung Pagar





- Mulai, 1 Julai 2011 stesen Tanjong  Pagar tidak lagi beroperasi. Perjalanan keretapi dari negara ini akan  berakhir di Woodlands yang jaraknya lebih kurang 30 minit perjalanan  dengan keretapi ke Tanjong Pagar.


- Sepasang landasan dibina melunjur membelah Singapura dari utara ke selatan.


-  Tapak Stesen Tanjong Pagar mempunyai keluasan 32 hektar milik KTMB.  Terletak di Keppel Road, dibina pada 1932 dan dirasmikan oleh Gabenor  Negeri Selat, Sir Cecil Clementi Smith.














-  Stesen Tanjong Pagar ini dibina untuk menggantikan stesen keretapi Tank  Road yang dibina pada tahun 1903 dan merupakan terminal keratpi pertama  di Singapura.


-  Keunikan Tanjong Pagar adalah hentian terakhir jaringan pengangkutan  keretapi dihujung benua Asia. Walaupun berada di tengah-tengah negara  Singapura, stesen Tanjong Pagar adalah pintu masuk ke negara Malaysia  bagi mereka yang memilih menggunakan perkhidmatan keretapi.


-  Stesen ini juga menjadi kelangsungan pada sejarah awal perkhidmatan  keretapi ke Singapura. Ia bermula apabila Sultan Johor ketika itu,  Sultan Abu Bakar menerima permintaan British untuk membina laluan kereta  api dan pembinaanya dirasmikan pada 1909. Apabila berakhirnya riwayat  Tanjong Pagar sebagai sebuah stesen, ini bermakna Tanjong Pagar juga  menjadi penutup perkhidmatan kereta api di Singapura.


-  Pembukaan Tambak Johor pada 28 Jun 1924 menjadi pemangkin kepada  perkhidmatan kertapi yang menghubungkan Singapura dengan negara ini.  Stesen penuh sejarah ini menjadi suatu yang sering mengusik "keamanan  dan persefahaman" Malaysia dan Singpura. Akhirnya terusir juga sebuah  stesen kereta api milik Malaysia

yang membelah republik itu.


[share info]
KTMB dolu dikenali ngan.... FMSR

                                                                                              (Federated Malay States Railways)


Nobody can miss these four allegorical reliefs of Agriculture, Industry, Commerce and Transport - reflection of economic prosperity during the heyday of British rule in Malaya, created by Rudolfo Nolli, an Italian sculpture and architect

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-7-2011 10:58 PM | Show all posts
Sayang... X sempat nk tgk stesen tu...
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2011 02:18 AM | Show all posts
aku lak x sempat nak merasa naik keretapi smpi ke tanjung pagar..

camno nak buek pasport x dak..
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2011 10:28 AM | Show all posts
sayang kan?

ni salah satu sejarah yg amat bernilai utk kite.

"federated malay states railway"
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2011 12:06 PM | Show all posts
sultan johor sendiri yang bawak keretapi terakhir tu....
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2011 08:37 AM | Show all posts
terlepas... dah plan dgn kawan nak naik sampai tanjung pagar. tak tahu plak hujung bulan 6

berakhirnya satu 'percintaan' dengan singapura
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-7-2011 02:43 PM | Show all posts
byk memori..aku dr kecik slalu ulang alik dr ipoh-s'pore...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 08:20 AM GMT+8 , Processed in 0.221872 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list