|
Vidal cetak gol kemenangan menerusi tandukan selepas ketinggalan\rSAN JUAN: Chile menambah keghairahan Copa America apabila menundukkan Mexico 2-1 dalam perlawanan semalam untuk mendapatkan kelebihan dua mata dalam Kumpulan C, dengan Arturo Vidal menjaringkan gol kemenangan menerusi tandukan.\r\n\n\n\n\r Dengan Peru hanya mengikat Uruguay 1-1 dalam perlawanan terdahulu, laluan buat pasukan Chile cerah ketika menentang pasukan mentah Mexico yang merehatkan semua pemain senior yang baru menjulang Piala Emas CONCACAF.\r\r\n\n\n\n\n Biarpun bermain dengan pemain kurang berpengalaman, Mexico yang sering menjadi pasukan jemputan dalam kejohanan Amerika Selatan itu, bermula garang dan Nestor Araujo menyumbat gol pendahuluan pada minit ke-40 di Stadium Del Bicentenario, sambil disaksikan 25,000 penonton di dalam cuaca sejuk.\rNamun Chile, yang juga mencari kejuaraan Copa pertama, bangkit pada separuh masa kedua dengan bantuan jaringan Esteban Paredes dan pemain Bayer Leverkusen, Vidal.\rJaringan kemenangan Vidal, dihasilkan daripada sepakan sudut Matias Fernandez, adalah hasil permainan bergaya Chile yang menyaksikan pengurusnya, Claudio Borghi menukar taktik mengasak pada lapan minit terakhir.\rAraujo meletakkan Mexico di depan namun Parades menyamakan kedudukan pada minit ke-67 buat Chile untuk meredakan tekanan sebelum Vidal melengkapkan kemenangan enam minit kemudian.\r\n\n\n\n\r“Kami percaya dengan keupayaan sendiri,” kata Borghi, sementara Vidal berkata: “Perlawanan pembukaan menjadi perlawanan hebat, jadi ia adalah sesuatu yang hebat dapat memenanginya.” – AFP
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|