View: 209|Reply: 0
|
Singapura medan ke Sukan SEA
[Copy link]
|
|
Nur Farah tekad bukti kemampuan untuk bertarung di Palembang\rNUR Farah Afiqah Mohd Taufekh mahu menjadikan kejohanan menembak Terbuka Singapura, 9-18 Julai ini sebagai landasan terbaik untuk merebut tempat ke Sukan SEA Indonesia di Palembang, November depan.\r\n\n\n\n\r Penembak raifal skuad pelapis itu antara penembak yang dihantar ke kejohanan yang turut disertai penembak pelbagai negara termasuk Australia dan negara Asia Tenggara seperti Thailand dan Vietnam.\r\r\n\n\n\n\n “Ini peluang terbaik saya untuk membuktikan keupayaan, sekali gus meyakinkan jawatankuasa pemilihan Persatuan Menembak Menembak Kebangsaan (NSAM) untuk menyenaraikan nama saya ke temasya dwitahunan itu,” kata penuntut Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang itu.\rMenurutnya, dia layak ke Sukan SEA berdasar kepada kejayaannya melepasi had kelayakan pada kejohanan menembak Presiden TH Ally Ong penghujung Mei lalu, selepas meraih emas acara 10 meter raifal angin dengan catatan 393 mata dan turut meraih emas acara tiga posisi pada Kejohanan Menembak Selangor.\rBegitupun, Nur Farah masih belum berpuashati dengan pencapaian itu dan berazam memperbaiki catatannya di Singapura nanti.\r“Kali ini saya berharap mengatasi pencapaian acara tiga posisi dengan menukar warna pingat dari gangsa kepada emas pula,” kata penuntut tahun dua jurusan Pembangunan Sumber Manusia ini yang pernah meraih gangsa di Singapura 2007. \r\n\n\n\n\rFarah, 21, adalah antara lima penembak pelapis kebangsaan yang dihantar ke kejohanan itu, selain penembak remaja Pahang yang memenangi tiga emas di SUKMA Melaka 2010, Aina Zahiran.\r“Tiga penembak lain seperti Nabilah Azhazra Azlan (pistol), Johnathan Wong Guanjie (pistol) dan Mohd Ezuan Nasir Khan (raifal) turut berpotensi menyumbang pingat untuk negara,” kata jurulatih skuad pelapis, Mohd Sabki Md Din.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|