CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 142|Reply: 0

Kolobnev positif dadah

[Copy link]
Post time 13-7-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
LE LIORAN: Pelumba Russia, Alexandr Kolobnev menjadi pelumba pertama disingkirkan dari Tour de France kelmarin selepas sampel pelumba pasukan Katusha itu diuji positif dengan dadah larangan.\rKenyataan badan induk berbasikal Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) berkata, sampel air kencing Kolobnev selepas perlumbaan 6 Julai lalu didapati positif mengandungi ‘hydrochlorothiazide’.\r\n\n\n\n\r    Kenyataan UCI berkata: “UCI sudah memaklumkan kepada pelumba Russia, Alexandr  Kolobnev mengenai penemuan luar biasa (tanda-tanda ‘hydrochlorothiazide’ berdasarkan laporan diserahkan makmal diiktiraf WADA di Chatenay-Malabry) daripada satu sampel air kencing ketika Tour de France 6 Julai 2011.\r\r\n\n\n\n\n   “Kolobnev mempunyai hak untuk meminta analisis sampel B dan akan diserahkan untuk diuji.”\rBahan hydrochlorothiazide, sejenis dadah diuretik disenaraikan sebagai bahan terlarang kerana ia boleh digunakan untuk melindungi kehadiran dadah jenis lain.\rKolobnev, 30, pemenang pingat perak kejohanan lebuh raya dunia 2009, menduduki tempat ke-69 keseluruhan di Tour de France, ketinggalan 22 minit  15 saat di belakang penyarung jersi kuning pendahulu, Thomas Voeckler. – AFP

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 12:04 PM GMT+8 , Processed in 0.282706 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list