CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 129|Reply: 0

Jepun bangkit dua kali kejut AS

[Copy link]
Post time 19-7-2011 03:05 PM | Show all posts |Read mode
FRANKFURT: Jepun bangkit dua kali daripada ketinggalan sebelum memenangi Piala Dunia Wanita buat julung kali kelmarin selepas menewaskan Amerika Syarikat 3-1 menerusi penentuan sepakan penalti selepas perlawanan masa tambahan terikat 2-2.\rKapten Jepun, Homare Sawa, yang memenangi Kasut Emas kejohanan, memastikan pasukannya terus bersaing apabila menanduk masuk pada minit ke-117 selepas penyerang Amerika Syarikat, Abby Wambach terlebih dulu meletakkan pasukannya di depan ketika masa tambahan selepas masing-masing terikat 1-1 dalam saingan 90 minit.\r\n\n\n\n\r   “Sukar mempercayainya,” kata Sawa, 32, yang tampil beraksi dalam Piala Dunia kali kelima.\r\r\n\n\n\n\n   “Kami tidak berputus asa dan bermain sehingga minit terakhir, saya terus berlari hingga saat terakhir. Kami memberikan segala tenaga yang ada.\r“Saya selalu mengimpikan untuk menjulang Piala Dunia dan sukar untuk mempercayainya ia kini satu realiti.\r“Inilah keputusan terbaik saya dalam lima Piala Dunia dan saya akan pulang dengan pingat emas.”    \rPertahanan Jepun, Azusa Iwashimizu diperintah keluar padang pada minit ke-121 kerana mengasari penyerang Amerika Syarikat, Alex Morgan.\r\n\n\n\n\r“Pasukan kami amat fokus dan tersusun, tetapi ini adalah final pertama kami, jadi kami gugup dalam permainan,” kata jurulatih Jepun, Norio Sasaki. – AFP

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 11:44 AM GMT+8 , Processed in 0.241680 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list