CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 225|Reply: 0

Anelka mesra jawab assalamualaikum

[Copy link]
Post time 20-7-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
DI sebalik keghairahan bertemu empat mata dengan barisan pemain Chelsea, ada perkara yang lebih menyentuh jiwa empat rakan karib apabila sempat mendengar Nicolas Anelka (gambar) menjawab salam yang diberikan peminat semasa sesi ramah mesra kelab Inggeris itu bersama peminat di ibu negara, semalam.Anak muda dari Hartamas itu tergamam sebentar apabila pemain yang nama Islamnya, Abdul Salam Bilal Anelka itu peka menjawab salam biarpun sibuk melayani kerenah peminat menyerbu mendapatkan autograf dan bergambar. \n\n\n\n  “Kami hanya sempat bertemu dengan mereka kira-kira dua minit saja tetapi dalam sibuk-sibuk itu, ada peminat lain yang memberi salam (assalamualaikum) dan Enelka menjawabnya dengan cepat.\n\n\n\n\n  “Kami sangat gembira kerana dapat autograf dan bergambar dengan  pemain walaupun John Terry tidak ada dalam sesi itu,” kata Omar Ridzuan, 18 yang ditemani tiga rakannya, Syed Haris Umar (17), Syed Emir Ashman (15) dan Syed ahmad Nazeem Syed Hussain (13).Kira-kira 300 peminat kelab liga Inggeris, termasuk dari negara jiran Singapura dan Indonesia menyerbu Hotel One World di Damansara Utama melihat secara dekat pemain kegemaran mereka itu yang bakal bertemu Harimau Muda, esok.Peminat berkenaan memilih Chelsea untuk menang 4-1 di Stadium Nasional, Bukit Jalil nanti.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 10:40 AM GMT+8 , Processed in 0.058219 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list