|
ATLANTA: Rakan sepasukan skuad Piala Davis Australia, Lleyton Hewitt dan Marinko Matosevic mencipta kejutan apabila kedua-dua pemain bukan pilihan itu melangkah ke pusingan kedua Kejohanan Jelajah ATP Atlanta, kelmarin.\rBekas pemain nombor satu dunia, Hewitt memanfaatkan 89 peratus kekuatan servis pertamanya untuk menang 6-4, 6-4 ke atas pemain pusingan kelayakan Amerika, Phillip Simmonds. \r\n\n\n\n\r Matosevic pula yang berada di kedudukan ranking ke-69 dunia, merakam kemenangan pertamanya dalam jelajah ATP musim ini dengan menundukkan pilihan keenam dari Russia, Igor Kunitsyn 6-7 (3/7), 6-2, 7-5 untuk bertemu pemain Taiwan, Lu Yen-hsun, yang menewaskan pemain Jerman, Matthias Bachinger 7-5, 7-6 (7/4) .\r\r\n\n\n\n\n Hewitt, 30, yang pernah memenangi dua kejohanan Grand Slam tetapi kini berharap kepada tiket wild card selepas ranking dunianya menjunam ke tangga 174, tampil dengan aksi bertenaga musim luruh ini selepas pembedahan kaki yang membelenggunya sejak beberapa tahun lalu.\rHewitt, yang mengutip 28 gelaran sepanjang karier, dijadualkan beraksi di Terbuka Amerika dan berharap dapat menyertai Masters 1000 di Montreal dan Cincinnati bulan depan. – AFP
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|