CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 117|Reply: 0

Dengarnya...: Sam anggap Songlap paling terperinci

[Copy link]
Post time 21-7-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
KETIKA ini, Cik Normah tengok, nama pelakon lelaki paling meletup di kalangan peminat ialah Shaheizy Sam. Bukan main rasa-rasa saja tau, sebabnya populariti Sam memang sudah terbukti apabila dia dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2011. Pada anugerah yang sama, dia juga memenangi kategori Pelakon Filem Lelaki Popular.\rPendek kata, berderet jugalah filem lakonan jejaka berbakat ini yang menunggu waktu untuk masuk pawagam. Antaranya ialah Bini-Biniku Gangster, Aku Bukan Tomboy dan Songlap. Ketika ini, Sam mungkin masih bertungkus lumus di lokasi filem sulung arahan Syafiq Yusof (adik Syamsul) berjudul SAM (Saya Amat Mencintaimu).\r\n\n\n\n\rBagaimanapun, dalam banyak-banyak filem, Cik Normah dengar cerita, Sam paling tidak sabar hendak menonton lakonannya dalam filem arahan bersama Effendee Mazlan dan Fariza Azlina Isahak berjudul Songlap. Filem berkenaan diterbitkan oleh Primeworks Studios Sdn Bhd dan Red Films Sdn. Bhd.\r\r\n\n\n\n\nSebelum ini, Effendee dan Fariza pernah mengarahkan sebuah lagi filem, iaitu Kami the Movie. Cik Normah sendiri sukakan hasil kerja mereka berdua. Ia nampak segar dan lari daripada kebiasaan filem Melayu.\rAntara bakat muda yang turut ditampilkan dalam filem Songlap ialah Syafie Naswip dan Sara Ali. Wah, kiranya filem ini menemukan Sam dan Syafie, dengan masing-masing memang terbukti bukan calang-calang pelakon. Kedua-duanya juga sudah menggenggam anugerah dalam bidang terbabit.\rCik Normah dengar cerita, Sam sukakan filem ini kerana ia dihasilkan dengan begitu terperinci dan penuh dengan unsur kebenaran. Khabarnya, Sam tidak berdepan masalah untuk melakonkan watak diberikan apabila pengarah berjaya menerangkan permainan emosi dan perkembangan watak berkenaan dengan baik sekali. Jadi, Sam faham setiap lakonan yang diberikan menerusi filem terbabit.\rDaripada laman web filem itu, Songlap yang berlatarkan kota raya Kuala Lumpur, mengikuti kisah adik-beradik, Am (Sam) dan Ad (Syafie) yang membabitkan diri dalam sindiket penjualan bayi yang diuruskan seorang wanita dipanggil Mama.\r\n\n\n\n\rKehidupan mereka bagaimana pun jauh berbeza. Am mengambil kesempatan dengan menggunakan bisnes Mama sebagai jalan pintas mendapatkan wang untuk kegiatan judinya, sementara Ad pula mengimpikan kehidupan lebih baik dengan menyertai pertandingan tarian B-Boy.\rAd mula menyedari impiannya mungkin tidak tercapai setelah kehilangan kawan karibnya, Razak, kepada kancah dadah dan melihat dengan matanya sendiri nasib gadis muda yang dijual kepada sindiket yang memperdagangkan manusia.\rApabila adik Razak, Hawa (Sara Ali), yang sedang hamil terjebak dengan sindiket ini, Ad tidak boleh menutup mata lagi dan terpaksa berlumba dengan masa untuk menyelamatkan wanita muda itu, tanpa menyedari bapa Hawa, Pak Din juga sedang mencari anaknya yang hilang. Tetapi, niat baik Ad untuk menolong menggoyahkan hubungannya dengan Am, dan pergelutan mereka akhirnya mencecah tebing maut.\rFilem ini dijadualkan menemui peminat di pawagam pada 15 Disember nanti. Jom, kita sama-sama tunggu ya.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 01:01 PM GMT+8 , Processed in 0.036459 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list