|
1. JLo bercerai\rDI sebalik populariti Jennifer Lopez (JLo) yang kembali diraihnya selepas bergelar juri program American Idol musim 10 (AI10) dan hangat dengan single terbaru berjudul On The Floor menerusi album ketujuh, Love, Jlo mengejutkan ramai pihak dengan terbongkar kisah perceraiannya dengan suami, Marc Anthony baru-baru ini. Pasangan itu berkahwin tujuh tahun dan dilihat cukup bahagia bersama. Malah mereka dikurniakan anak kembar, Max dan Emme pada Februari 2008. Pelbagai spekulasi mula bertebaran mengenai punca perpisahan mereka. Selain dikatakan tidak sehaluan lagi dan sibuk dengan komitmen kerja masing-masing, hubungan intim Jlo dengan William Levy yang berlakon dalam klip video lagu I’m Into You dendangannya turut dilaporkan sebagai penyebab. Willian sendiri dikatakan meninggalkan isterinya, Elizabeth Gutierrez juga seorang aktres sejurus selesai menjalani penggambaran klip video lagu terbabit. Perkahwinannya dengan Marc adalah kali ketiga bagi Wanita Tercantik 2011 anjuran majalah People itu manakala Marc pula kali kedua. \r\n\n\n\n\r\r2. Siti tekad tinggal APM\r\n\n\n\n\n\rJIKA sebelum ini, Datuk Siti Nurhaliza membuat keputusan nekad untuk tidak lagi dicalonkan dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH), beliau sekali lagi mengumumkan hal yang sama ketika diumumkan sebagai pemenang Artis Serantau Paling Popular, Anugerah Planet Muzik (APM) 2011 ketika majlis terbabit berlangsung di Singapura Jumaat lalu. Kejayaan kategori itu diraihnya selama sedekad seiring usia penganjuran APM yang menggabungkan pemuzik serta penyanyi dari tiga negara, Malaysia, Singapura dan Indonesia. Siti menambah, dia bukan sengaja menarik diri, tetapi keputusan itu turut didorong atas kehendak pihak penganjur. Bagaimanapun untuk kategori lain, Siti masih boleh bertanding. \r3. Farid, Diana masih intim\rTIADA apa lagi yang mahu disembunyikan. Sudah terang lagi bersuluh. Percintaan Diana Danielle dan Farid Kamil bukan lagi rahsia. Malah hingga saat ini, tiada dua di hati Danielle. Hanya pelakon dan pengarah kacak itu saja yang bertakhta di hati Danielle. Pengakuan itu secara tidak langsung jelas menafikan kisah yang mengaitkan diri Danielle dengan kerabat diraja bernama Khai yang juga rakan bisnes ibunya. Seboleh-bolehnya juga pelakon yang bakal ke lokasi penggambaran filem Azazil arahan Kabir Bhatia itu tidak mahu lagi kisahnya dengan Khai terus-terusan diperkatakan. Hubungan Farid dan Danielle dikatakan mekar semual sekembalinya dia daripada mengikuti kursus lakonan jangka pendek di Akademi Filem New York cawangan Los Angeles di Universal Studios, 6 Mei lalu. Hubungan mereka pernah dikatakan terjalin selama dua tahun sebelum berpisah \'sementara\' secara baik. \r4. Musim artis kahwin\rKISAH perkahwinan personaliti TV3, Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zin dan pengacara Nasi Lemak Kopi 0 di TV9, Farah Diana Anuar juga antara yang meniti bibir sepanjang minggu lalu. Nurul Syuhada sah bergelar isteri kepada Raja Amir Shah Raja Azwa dalam satu majlis pernikahan dibuat secara tertutup di The Binjai On The Park, KLCC, Kuala Lumpur, 16 Julai lalu. Majlis resepsi membabitkan Nurul Syuhada dan suaminya akan diadakan di Grand Ballroom, Sime Darby Convention Centre pada hari ini. Farah yang mula dikenali selepas menyertai Akademi Fantasia musim kedua pula bernikah dengan pilihan hatinya seorang usahawan, Johan Johari yang berasal dari Bukit Jambul, Pulau Pinang pada 15 Julai lalu di atas kapal persiaran, Cruise Putrajaya. Tidak ketinggalan bekas peserta Akademi Fantasia musim ketujuh, Zuzafrini Zulkifli atau Rini sah bergelar isteri kepada Johanis Nordin (Joe), 29, turut memilih Julai sebagai saksi penyatuan hati mereka.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|