CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 120|Reply: 0

Usop Wilcha perlu masa

[Copy link]
Post time 8-8-2011 01:05 PM | Show all posts |Read mode
Pendengar anggap empat penyampai dalam Hot FM AM Krew masih baruBENARKAH kehadiran Usop Wilcha di dalam slot pagi radio Hot FM sejak sebulan setengah yang lalu dikatakan tidak begitu memberi impak besar kepada Hot FM AM Krew? \rDalam erti kata lain dia tidak membantu menaikkan jumlah pendengar slot berkenaan, sedangkan tujuan Usop atau nama sebenarnya Syed Mohamad Asri Syed Osman Jamalullai dilamar menyertai stesen berkenaan kerana popularitinya dalam filem Hantu Kak Limah Balik Rumah yang memberi impak pada popularitinya.\r\n\n\n\n\rPengurus Rangkaian Radio Media Prima, Anida Tahrim, ketika ditemui di majlis pelancaran lagu raya penyampai radio Hot FM bersama bintang Idola Kecil musim ketiga dan Upin & Ipin berkata, setakat ini laporan terbaru mengenai jumlah pendengar masih belum diperoleh. Bagaimanapun, dia tidak menafikan menerima maklum balas berbeza dari pendengar.\r\r\n\n\n\n\nKata Anida, ia perkara biasa setiap kali produk baru diperkenalkan. Pendengar mungkin memerlukan sedikit masa untuk menerima kehadiran Usop dalam slot pagi. Situasi sama pernah dihadapi stesen berkenaan ketika AG diserap masuk. \rNamun, Anida yakin lama-kelamaan peminat dapat membiasakan diri mereka dengan kehadiran Usop.\r“Pendengar mungkin masih belum biasa lagi dengan kehadiran empat penyampai kerana mereka sudah terbiasa dengan format dua penyampai seperti sebelum ini. Dari pihak penyampai sendiri, mereka juga masih menyesuaikan diri dengan format baru ini.\r“Bagaimanapun kami sentiasa mengingatkan mereka supaya tahu apa yang mereka ingin disampaikan dan kenali kekuatan masing-masing. Kita faham kritikan daripada pendengar, malah Hot FM sendiri masih lagi  berusaha untuk menggilap bakat Usop.\r“Kekuatan Usop terletak pada visual. Orang kena tengok dia, barulah mereka akan tertarik kepadanya. Tetapi kalau mendengar suaranya saja tanpa melihat orangnya, mereka memang memerlukan sedikit masa untuk menerima dia. Daripada maklum balas pendengar yang mengikuti Hot FM menerusi televisyen, mereka boleh menerima Usop,” kata Anida.\rKetika menyertai Hangatnya Tour anjuran stesen radio berkenaan, Anida berkata, Usop mampu menarik perhatian peminat sekali gus mempopularkan jenama stesen radio ini.\r“Daripada maklum balas peminat di siri jelajah kami, Usop ternyata mempunyai pengikutnya. Cuma di radio penerimaan pendengar perlukan sedikit masa. Usop sebelum ini terbabit dengan dunia korporat, jadi secara peribadinya dia seorang yang serius. \rBerbeza daripada wataknya dalam filem, sebab itu kami mengingatkan kepadanya supaya berjenaka, kerana itu yang peminat nak dengar.\r“Pada waktu sama kami juga mengingatkan kepadanya bila dia perlu berlawak dan lawak yang bagaimana sesuai untuk diketengahkan. Alhamdulillah Usop seorang yang boleh di bawa berbincang dan dia juga seorang yang rajin serta komited,” kata Anida.\rSementara itu, sempena Aidilfitri nanti, Hot FM sekali lagi meneruskan tradisinya menghasilkan dua lagu istimewa raya khas buat pendengar dan penonton TV9.  Single raya berjudul Hangatnya Raya Di Hatiku itu dihasilkan rentetan daripada kejayaan penjualan album tahun lalu yang membabitkan artis di bawah pengurusan Monkey Bone, Astro dan PMP Entertainment yang berjaya dijual sebanyak 6,943 unit dalam bentuk cakera padat, 6,197 unit cakera video (VC), 6,197 (cakera padat digital - DVD) dan 6,000 muat turun.\rBagaimanapun tahun ini, pendengar Hot FM boleh memuat turun lagu yang menyaksikan paduan suara semua penyampai Hot FM dan finalis Idola Kecil iaitu Harrism, Puteri, Hadi dan Angel selain kemunculan khas Upin dan Ipin menerusi laman web rasmi stesen berkenaan.\r

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 12:03 PM GMT+8 , Processed in 0.050291 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list