CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 162825|Reply: 588

Updated: Nabila Huda mohon cerai...Cetus Kontroversi Di Twitter Pula?...(pg. 20)

  [Copy link]
Post time 23-8-2011 07:01 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by achik2009 at 1-12-2011 16:57

Nabila dah tak mampu

Oleh Norhadiani Baharom
[email protected]

KUALA LUMPUR: “Saya ke sini untuk membuat permohonan cerai kerana suami tidak mahu menceraikan saya. Saya sudah tidak mampu meneruskan perkahwinan yang berusia lebih tiga tahun ini.

“Saya tidak nafikan suami saya seorang yang baik cuma ada beberapa perkara yang menghalang saya meneruskan hidup bersamanya,” kata Nabila Huda Suhaimi yang mesra dipanggil Abil ketika ditemui di Pejabat Kadi Bahagian Perkahwinan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), di sini semalam.

Dia yang terkejut kehadiran jurugambar The New Straits Times Press (M) Bhd, (NSTP) di pekarangan pejabat Jawi berkata, dia ke Jawi untuk memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya, Zaidy Zailani, 30, bagaimanapun tidak dapat berbuat demikian kerana tidak membawa sijil nikah.

Katanya, dia mahu menyelesaikan kemelut rumah tangganya secepat mungkin kerana masalah yang membelenggu dirinya dan suami berlarutan lebih dua tahun sebelum disahkan hamil lagi.

“Apabila melahirkan anak (Keisha) saya harapkan ada perubahan dalam perhubungan kami. Bukan itu saja, memikirkan kesihatan juga membuatkan saya menangguh hasrat hati.



Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-8-2011 07:05 AM | Show all posts
what da fish???????????????????

mati2 ingat hepi family selama nih.........
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2011 07:07 AM | Show all posts
My speku, her husband is drug user.teruskab nabila.kalau itu yg terbaik.amin
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2011 07:11 AM | Show all posts
she's lucky sebab dapat keluarga yang really supportive..........
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2011 07:18 AM | Show all posts
alahai... buatlah keputusan yg terbaik{:1_125:}
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2011 07:18 AM | Show all posts
aku pon ingatkan dialah pasangan berkhalwat yg akan kekal sehingga ke anak cucu..tp tidakk
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-8-2011 07:19 AM | Show all posts
masa berchenta dan nak kawin pon susah, las las ni juga penghujungnya :re:
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2011 07:23 AM | Show all posts
aku pon ingatkan dialah pasangan berkhalwat yg akan kekal sehingga ke anak cucu..tp tidakk
awoks Post at 23-8-2011 07:18



   hamboi momod...statement...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-8-2011 07:23 AM | Show all posts
aiyarkkkk..ingatkan die ok... kesian..
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2011 07:25 AM | Show all posts
hamboi momod...statement...
luvly_snow8608 Post at 23-8-2011 07:23



khenn..bukan ape..tetibe tringat pulak kes die bulan pose haha..
tp die kawen gak ngan zaidy tuh so kire okeh la



    Khalwat: Nabila, pasangan dihukum denda RM2,000

Oleh: NORLIZAH ABAS

PULAU PINANG 22 Nov. - Pelakon dan pengacara televisyen, Nabila Huda Suhaimi dan pasangannya, Zaidy Zailani masing-masing didenda RM2,000 atau penjara tiga bulan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi Syariah hari ini atas tuduhan berkhalwat di sebuah hotel di Jalan Kelawei, di sini.
Nabila, 21, yang juga anak penyanyi rock Amy Search dan promoter berusia 24 tahun itu didakwa melakukan perbuatan tersebut pada pukul 2 pagi, 26 September lalu di bilik No. B207, Hotel Goodhope Inn.
Mereka singgah bermalam di hotel berkenaan sebelum meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur selepas menghabiskan pengambaran filem Cinta Terakhir di sebuah universiti di utara tanah air.

Ketika hadir ke mahkamah, Zaidy yang ditemani rakan-rakannya kelihatan mengacah-acah untuk menumbuk  seorang jurukamera yang merakam gambar mereka.
Sepanjang prosiding yang berlangsung hampir dua jam, Nabila yang berdiri dalam kandang tertuduh dilihat agak kegelisahan sambil membetulkan beberapa kali tudung putih yang dipakainya.
``Lega, semuanya sudah selesai. Saya perlu menjalani hidup seperti biasa, lepas ini saya harus menghadiri pelbagai promosi filem,'' ujarnya ketika ditemui sejurus selepas mahkamah menjatuhkan hukuman.

Menurut fakta kes, sepasukan anggota Unit Penguat Kuasa, Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP) diketuai oleh Faizal Ibrahim mengetuk pintu bilik hotel itu selepas menerima aduan awam.
Pintu bilik kemudian dibuka oleh Zaidy yang ketika itu berseluar pendek dan berkemeja `T' manakala Nabila sedang berbaring di atas sebuah katil bujang dengan berseluar paras betis dan baju T sendat bertali halus.
Pasukan penguat kuasa kemudian menemui sehelai coli wanita di tepi beg pakaian manakala terdapat pakaian lelaki dan perempuan bercampur dalam almari.
Pasangan itu ditahan kerana disyaki terlibat dalam kegiatan tidak bermoral selepas mereka gagal mengemukakan sebarang bukti yang mengesahkan mereka mempunyai hubungan yang sah.
Nabila ketika mengemukakan rayuan memohon denda terhadapnya dikurangkan dengan alasan dia menanggung dirinya sendiri hasil pendapatan yang tidak tetap sebagai pelakon dan pengacara rancangan televisyen.

``Saya memohon maaf kepada pihak mahkamah dan JAIPP kerana melakukan kesalahan ini.  Saya menanggung diri sendiri dengan berlakon dan saya tidak mempunyai kerja sampingan lain,'' ujarnya.
Zaidy turut memohon denda yang rendah kerana dia terpaksa meminjam daripada rakan-rakan selepas berhenti kerja sebagai promoter.

Bagaimanapun, Ketua Pendakwa Syarie, Mohd. Hanif Omar memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal kerana jenayah syariah seperti khalwat masih dipandang remeh oleh sebilangan besar masyarakat.
Pendakwa berhujah, hampir 99.9 peratus rayuan yang dikemukakan oleh tertuduh hanya menunjukkan mereka takut dengan hukuman penjara dan merayu supaya denda dikurangkan.

``Mereka langsung tidak meluahkan perasaan takut kepada hukuman Allah s.w.t dan ini membayangkan seolah-olah mereka tidak insaf dengan perbuatan tersebut,'' hujah Mohd. Hanif.
Hakim Syarie Abdullah Ismail ketika menjatuhkan hukuman menempelak kedua-dua tertuduh kerana sanggup membelanjakan sejumlah wang menyewa bilik hotel tetapi ketika mengemukakan rayuan memohon denda dikurangkan dengan alasan mengalami masalah kewangan.

Beliau turut memberi `syarahan panjang' selama hampir 30 minit kepada mereka supaya mengamalkan hukum-hukum Allah dengan sempurna bagi mengelakkan terjebak semula ke lembah dosa.




pstt..selingan citer lame
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2011 07:25 AM | Show all posts
alahai....sianya...anak tecik lagik...
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2011 07:29 AM | Show all posts
khenn..bukan ape..tetibe tringat pulak kes die bulan pose haha..
tp die kawen gak ngan zaidy  ...
awoks Post at 23-8-2011 07:25


hahaha... kalo awokk xkabo sumpah teman xingat... thx 4 refreshing...
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2011 07:31 AM | Show all posts
teringat lak aku kat satu thread..kak makh (klu x silap) nk bukak cerita rahsia sal menantu rockers ni lah..last2 dia x jd bukak cerita, terus kene lahar dgn forumes lain...

gigih aku cari link thread tu...

ni dia...    http://mforum.cari.com.my/viewth ... 9243&highlight=
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2011 07:33 AM | Show all posts
biar lah bercerai kalau dah tak boleh nak hidup dengan orang tu ...buat apa nak melarat kan lagi ...
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2011 07:36 AM | Show all posts
cerai??? la kesian nya...
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2011 07:40 AM | Show all posts
laki dia keje apa yer?ke keje ngabihkan duit nabila n amy search jek?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-8-2011 07:40 AM | Show all posts
Aku rasa dia ni kawin sebab nak tutup malu je kot....dan laki tu jenis tak bagi nafkah kot...hidup jadi janda lebih mulia dripada hidup sebagai perempuan bujang yang dah pernah ditangkap khalwat...
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2011 07:42 AM | Show all posts
ya allah...bergegar tiang arash dik....
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2011 07:43 AM | Show all posts
sebab kalau tengok twitter dia ada jugak dia tweet pasai hati dia remuk2 nie
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2011 07:44 AM | Show all posts
what???aku igt dia bahagia.............
siannya.....tapi dia kapel ngan edy ni mmg lama gak..........dr sekolah lagi kalo x silap...........
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 09:03 AM GMT+8 , Processed in 0.086358 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list