CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1784|Reply: 11

Bayar AS$1 untuk cerita jenaka

[Copy link]
Post time 7-9-2011 02:19 PM | Show all posts |Read mode

JASON SCHNEIDER (kanan) memegang papan tanda yang menyatakan orang ramai akan dijamin ketawa dengan cerita kelakarnya yang berharga cuma AS$1 (RM2.97) di taman awam Central Park, New York baru-baru ini.



NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) – Seorang mahasiswa yang menganggur, Jason Schneider memperoleh pendapatan dengan mengenakan bayaran cuma AS$1 (RM2.97) untuk setiap jenaka yang diceritakannya, lapor sebuah akhbar semalam.
Schneider yang mengadakan persembahan lawak di taman awam Central Park di sini memperoleh bayaran sekitar AS$140 (RM418) selepas beraksi buat kali pertama selama enam jam pada April lalu.
Pemuda berusia 26 tahun itu mendapat idea unik tersebut setelah dia gagal untuk memperoleh pekerjaan di beberapa studio perfileman dan saluran televisyen utama AS termasuk Time Warner serta HBO.
Dia yang berdiri di Central Park sambil memegang papan tanda yang mengandungi mesej yang menawarkan jaminan ketawa kepada orang ramai yang mendengar ceritanya.
“Mengapa ikan jerung adalah haiwan rasis,” dia bertanya kepada beberapa orang yang menyaksikan persembahannya baru-baru ini.
“Kerana cuma spesies jerung putih diberi gelaran Great (besar),” katanya.
Schneider akan memulangkan semula wang pelanggan sekiranya mereka  mendapati lawaknya kurang memuaskan. – Agensi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-9-2011 02:20 PM | Show all posts
Kenapa tak masuk Maharaja Lawak terus??
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2011 02:31 PM | Show all posts
u got to do what u got to do.
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2011 03:09 PM | Show all posts
handsome gak
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2011 09:49 PM | Show all posts
cam ner nak tahu samada pelanggan dia tol tol geli hati selepas mendengar dia melawak ??
ada sesetengah org tu.. mampu menunjukkan muka serius walaupun dalam hati dia ketawa berdekah dekah sebab geli hati ngan lawak lawak yang dibuat...
da sesetengah org tu lak... walau pun tak geli hati, tetapi tetap nak ketaawa gak sebab nak jaga hati orang yang wat lawak tue ...
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2011 12:36 AM | Show all posts
mcm2 cara org boleh terfikir nak cari duit..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-9-2011 09:35 AM | Show all posts
Kalo buat2 gelak, kena bayar gak ke? Dulu aku ada cikgu sejarah. Selalu buat lawak bodoh. Satu kelas gelak perli je. Kuat plak tu. Kesian plak tengok cikgu tu. Tapi tak berputus asa utk buat lawak bodoh dia.
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2011 09:39 AM | Show all posts
Reply 5# HaMiZiE


   bezanya mereka profesionaldan menghargai bakat

serta tidak menipu

dan niat membantu.

di mana

orang Malaysia kebanyakannya tiada.
sebab tu seniman jalanan main gitar tepi jalan susah nak idop.

cry-cry
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-9-2011 09:50 AM | Show all posts
Kalo buat2 gelak, kena bayar gak ke? Dulu aku ada cikgu sejarah. Selalu buat lawak bodoh. Satu kelas ...
aLieNzDaToR Post at 8-9-2011 09:35



   Aku teringat cerita geng mengaji.
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2011 10:02 AM | Show all posts
Reply 9# cik.panda


    Nape dgn citer tu? Aku tak penah tengok citer tu. Citer tu lawak bodoh gak ke?
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2011 10:03 AM | Show all posts
Reply  cik.panda


    Nape dgn citer tu? Aku tak penah tengok citer tu. Citer tu lawak bodoh ga ...
aLieNzDaToR Post at 8-9-2011 10:02



   AKu tengok kat utube je. Pada aku kalau compare Senario dengan citer tu maka anugerah lawak bodoh jatuh pada Senario.
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2011 02:23 PM | Show all posts
kalo org tu xpaham bahasa US xguna gak nak buat lawak...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-12-2024 05:27 PM GMT+8 , Processed in 0.074173 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list