CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 156|Reply: 0

Penonton Melayu berkuasa

[Copy link]
Post time 8-9-2011 01:05 PM | Show all posts |Read mode
Pengendali panggung akui jumlah penonton jatuh mendadak sepanjang Ramadan laluPENONTON Melayu mendominasi jumlah khalayak di pawagam apabila rata-rata operator panggung wayang mengakui peratusan jumlah kunjungan setiap kali puasa menurun lebih 50 peratus sepanjang bulan puasa lalu, berbanding bulan lain.\rPenurunan peratusan yang ketara itu secara tidak langsung membuktikan kuasa menonton filem dikalangan masyarakat Melayu cukup besar malah bukan hanya penerbit tempatan mengelak menayangkan filem mereka pada Ramadan, malahan pengedar filem antarabangsa juga seboleh-bolehnya akan memilih tarikh lain.\r\n\n\n\n\rSelain menghormati kehadiran bulan mulia, ketiadaan filem blockbuster juga antara faktor yang menyebabkan penonton bukan beragama Islam tidak mengunjungi pawagam dalam tempoh berkenaan.\r\r\n\n\n\n\nDua daripada operator panggung terbesar di negara ini, Golden Screen Cinema (GSC) dan Tanjong Golden Village (TGV) mengakui penonton Melayu memegang monopoli terbesar yang ditonjolkan menerusi penurunan kadar peratusan pengunjung pawagam pada musim Ramadan.\rPengurus Operasi GSC, Kelvin Chee, berkata walaupun pihaknya tidak mempunyai kadar pembahagian penonton mengikut bangsa, situasi sepanjang puasa menunjukkan kecenderungan kaum Melayu berbanding bangsa lain.\r“Sememangnya populasi kaum Melayu juga paling besar namun dari segi tontonan filem di pawagam, angka antara 40 hingga 50 peratus kurang daripada jumlah biasa adalah sesuatu yang amat besar dan jelas menunjukkan penonton Melayu menjadi penyokong utama industri perfileman.\r“Bagaimanapun, bangsa lain juga masih menjadikan menonton filem sebagai aktiviti santai bukan hanya pada hujung minggu malah pada hari bekerja terutama tayangan malam,” katanya.\r\n\n\n\n\rKelvin berkata, kebiasaannya sepanjang bulan puasa ada dikalangan penonton Melayu yang gemar ke panggung tetap memperuntukkan waktu sekiranya ada filem menarik dengan memilih tayangan selepas jam 9 malam atau tengah malam.\rSeperti tahun terdahulu, walaupun kehadiran penonton merosot sepanjang Ramadan, ia akan naik mendadak sebaik saja 1 Syawal hingga hari seterusnya terutama jika terdapat filem blockbuster tempatan dan luar negara. \r“Memang ada pengedar filem Hollywood di sini yang akan memilih tarikh wajib tayang bukan pada bulan puasa, cuma kali ini trend agak berlainan apabila filem Rise of the Planet of The Apes ditayangkan dan mendapat sambutan hangat.\r“Kami yakin sekiranya ada filem yang bagus, pengunjung setia akan tetap datang. Macam kali ini ramai pengunjung Melayu di ibu negara yang mengikuti tayangan tengah malam disebabkan di sini kita mempunyai empat pawagam yang mengadakan tayangan tengah malam dari Khamis hingga Ahad,” katanya lagi.\rSementara itu, wakil TGV, berkata sememangnya dari segi perkadaran, bangsa Melayu mewakili hampir 80 peratus pengunjung yang setia mengikuti filem kegemaran di panggung wayang.\r“Jumlah penonton Melayu yang lebih ramai membuatkan peratusan mereka juga lebih besar berbanding bangsa lain sekali gus apabila Ramadan penurunan kadar peratusan bilangan penonton sangat ketara.\r“Boleh dikatakan sepanjang Ramadan hanya sekitar 10 hingga 15 peratus saja penonton Melayu tetapi kebiasaannya mereka mengambil tiket untuk tayangan malam, itu pun jika ada filem blockbuster,” katanya.\rGSC adalah pengendali pawagam terbesar dengan 24 pawagam di seluruh negara yang menyediakan 42,055 tempat duduk manakala TGV berada di tangga ke dua dengan 16 pawagam yang boleh memuatkan 23,751 penonton.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 08:16 AM GMT+8 , Processed in 0.348048 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list