CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2593|Reply: 7

Dibuang kerja kerana merakam bos tidur

[Copy link]
Post time 13-9-2011 04:18 PM | Show all posts |Read mode
BRIDGWATER, Britain – Seorang pegawai keselamatan, Darrell Welsh dipecat kerana dia merakamkan penyelianya sedang tidur pada waktu bekerja sebelum menyiarkan klip video tersebut di laman jaringan sosial Facebook, lapor sebuah akhbar semalam.

Sebaliknya, penyelia itu dibenarkan untuk terus bekerja selepas wanita berkenaan memberi alasan kepada pihak atasan bahawa dia bukan tidur ketika bertugas di bilik kawalan tetapi cuma ‘merehatkan’ matanya yang letih.

Darrell, 28, merakam klip video selama 30 saat itu dengan menggunakan telefon bimbitnya ketika bertugas syif malam di sebuah gudang di sini, England, baru-baru ini.

Dia didapati bersalah kerana salah laku yang serius oleh syarikat VSG yang merupakan majikannya.
“Anda tahu dia sedang tidur dengan melihat gerak badannya,” kata Darrell.

“Hukuman ini langsung tidak adil,” tambahnya kepada akhbar The Sun


DARRELL WELSH merakamkan gambar bosnya sedang tidur.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-9-2011 05:06 PM | Show all posts
pdn ler muke mike... baik sgt dgn bos..
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2011 06:46 PM | Show all posts
orang lain yg kantoi,
orang lain pulak yang kena buang
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2011 07:23 PM | Show all posts
kalo tido time break..or rehat tak aper arrr...
jgn lak time bekerja ...
aku selalu jer tido time lunch break kat opsis
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2011 11:10 AM | Show all posts
yg pegi ambil bidio tu dh tk keje ker.....
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2011 11:52 AM | Show all posts

moral of the stori don shoot ur boss
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 14-9-2011 12:00 PM | Show all posts
pk sebelum buat...
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2011 12:01 PM | Show all posts
mebi penyelia nya tu mempunyai rekod perkhidmatan yang cemerlang....

next time, nak kenakan penyelia, tgk track record dulu...esp kalo penyelia tu mempunyai hubungan baik dgn bos di atas lagi~
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-12-2024 04:43 PM GMT+8 , Processed in 0.079534 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list