CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 79|Reply: 0

Kementerian yakin capaian program EduwebTV meningkat

[Copy link]
Post time 23-9-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
KEMENTERIAN Pelajaran mensasarkan program EduwebTV mencapai peningkatan 50 peratus capaian (internet) dari rumah menjelang akhir tahun ini menerusi pemberian komputer riba 1Malaysia kepada pelajar.\rTimbalan Menterinya, Datuk Dr Mohd Fuad Zarkashi, berkata program EduwebTV yang diperkenalkan kementerian itu pada 1 Mac 2008 bertujuan melahirkan generasi celik IT mempunyai purata 500,000 capaian sebulan dengan 33 peratus daripadanya dari rumah. \r\n\n\n\n\r   Beliau berkata, golongan pelajar yang menerima komputer riba 1Malaysia digalak menggunakan kemudahan dengan melayari program EduwebTV.  Pelajaran itu memberi kesan dalam membantu pelajar meneruskan pelajaran dari rumah masing-masing.\r\r\n\n\n\n\n   “Sejajar objektif kerajaan memberikan komputer riba berkenaan, diharap pelajar boleh memanfaatkannya untuk kemudahan pembelajaran dengan mengikuti program EduwebTV yang mempunyai lapan saluran dan 3,185 rancangan,\" katanya.\rBeliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis penyerahan 667 unit komputer riba 1Malaysia kepada 12 buah sekolah di Parlimen Kapar, di Klang, Selangor, baru-baru ini.\rPuad berkata, antara rancangan yang boleh diikuti menerusi EduwebTV ialah Berita Pendidikan (Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia), Rancangan Akademik, Rencana, Wawancara, kurikulum, Interaktif dan siaran langsung arkib.\rSementara itu, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Kapar Indah, Muhammad Amirul Hizmi Adnan, 15,  berkata, pemberian itu sangat bermakna memandangkan dia akan menghadapi Penilaian Menengah Rendah (PMR) tidak lama lagi.\r\n\n\n\n\rKatanya, pelbagai cara boleh dilakukan untuk memantapkan persediaan menghadapi PMR dengan adanya kemudahan itu.  Proses belajar menjadi lebih mudah termasuklah bertukar-tukar soalan peperiksaan dengan rakan seluruh negara secara maya.\rS Ranjini, 19, dari SMK Tinggi Klang, berkata kemudahan komputer riba itu memudahkannya mendapat maklumat terkini sebagai persediaan menghadapi Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia, akhir tahun ini.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 12:23 PM GMT+8 , Processed in 0.068255 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list