CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 12249|Reply: 45

[R-TV] VOKAL - BUKAN SEKADAR RUPA [ASMIDAR JUARA]

[Copy link]
Post time 25-9-2011 07:18 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by hijau88 at 26-12-2011 14:21

Semalam, tertengok satu promo kat tv3.... si FBI pembuka intro...kasitau yang tv3 dok wat satu program baru, dan war-warkan pasal tarih uji bakat etc....

so si black pung ada sekali....

pendek kata, tak kira laaa....tak der rupa, asal ada bakat..leh join....


ala-ala The Voice laa kan?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-9-2011 07:22 AM | Show all posts
dan salah sorang juri nya,

Erra Beri Suntikan Pada Bakat Baru

Selepas muncul sebagai juara dalam program Mentor musim kelima, penyanyi serta pelakon terkenal, Erra Fazira kini bakal muncul dalam sebuah lagi program realiti hiburan terbaru di TV3 iaitu Vokal…Bukan Sekadar Rupa. Walau bagaimanapun, kemunculan Erra kali ini bukan sebagai peserta, namun sebagai juri tetap program tersebut.

“Saya sangat berbesar hati untuk bersama dalam program ini di mana program ini memberi peluang kepada mereka yang berbakat tetapi tidak ada pakej. Bila ditawarkan oleh pihak TV3, saya suka dan ingin menyahut cabaran ini,” jelas Erra ketika ditemui pada majlis pelancaran program tersebut di Sri Pentas, Bandar Utama baru-baru ini.

Di sebalik pemilihan Erra sebagai juri tetap dalam program ini, mungkin ada yang akan mempertikaikan kewibawaan serta kelayakannya sebagai juri memandangkan kerjaya beliau sebagai penyanyi tidak begitu menonjol berbanding kerjaya lakonannya. Namun, primadona filem ini mempunyai jawapannya yang tersendiri.

“Bila disebut tajuk dan diuji pengalaman vokal saya, memang tak cukup seperti orang lain sebab saya lebih kepada lakonan. Namun untuk menilai persembahan, saya okay. Azmeer lebih kepada vokal manakala saya pula lebih kepada untuk memastikan mereka ada peningkatan dari segi persembahan.

“Tugas saya di sini ialah untuk bagi suntikan semangat kepada mereka. Mungkin penampilan mereka tidak menarik, tapi jika ada usaha, mereka boleh jadi ‘somebody’,” katanya yang yakin program ini akan mendapat sambutan ramai.

“Saya rasa untuk program ini, tak ada masalah untuk cari peserta. Pasa mulanya, saya terfikir juga ada ke orang nak masuk tapi saya rasa orang kita ada keyakinan diri dan saya percaya, program ini akan mendapat sambutan nanti.”

Menyentuh soal karier, pelakon filem Soal Hati dan Cinta Kolestrol ini memberitahu akan muncul dalam drama siri terbaru berjudul, ‘Kelas Kau Maria’ di saluran Astro. Mengenai bidang nyanyian pula, buat masa sekarang, pelakon ini mengakui tidak berkesempatan untuk menghasilkan album baru kerana terlalu sibuk dengan tawaran berlakon.

“Masa tidak mengizinkan saya untuk fokus kepada nyanyian kerana jadual saya padat sampai hujung tahun dan saya tak ada ruang kosong untuk nyanyian. Lagu semua dah ada untuk album baru, cuma tunggu saya saja. Untuk album terbaru ini, saya perlukan satu suntikan semangat yang baru agar ia boleh diterima oleh generasi sekarang,” jelas Erra yang kali terakhir muncul dengan album empat tahun yang lalu.




/- hmmmm...
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2011 09:03 AM | Show all posts
dulu, peserta semua di kalangan yg ada rupa jahhhh.
lepas ni yg takdak rupa pun masuk serta jugakkk..
bertambah la golongan mangkok hayon kt mesia nihhh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-9-2011 11:28 AM | Show all posts
adehhh terbayang.... ziana zain no 2 datang audition

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-9-2011 11:36 AM | Show all posts
Program Vokal, Bukan Paras Rupa Jadi Ukuran

Teks oleh ZyZamani

KUALA LUMPUR, 23 SEPTEMBER 2011: Sentiasa mahu menyajikan kelainan, stesen televisyen swasta, TV3 akan memperkenalkan sebuah program realiti hiburan baru berjudul Vokal...Bukan Sekadar Rupa (Vokal).

Bakal disiarkan setiap Ahad jam 9 malam selama sejam di TV3 bermula 16 Oktober depan, program tersebut menampilkan 10 orang peserta akan bersaing selama 9 minggu bagi merebut wang tunai RM 50,000.

Menariknya mengenai program ini ialah para peserta yang dipilih bukanlah berdasarkan pada paras rupa sebaliknya bakat nyanyian yang diutamakan.

Jelas Pengurus Besar Kumpulan, Kumpulan Pengurusan Jenama TV3 & TV9, Nurul Aini Abu Bakar, program berkenaan memberi peluang kepada individu yang tidak mempunyai pakej paras rupa namun mempunyai vokal yang mantap untuk diketengah kepada umum.

"TV3 sentiasa berusaha tampil dengan idea baru untuk tontonan semua. Vokal muncul sebagai program realiti hiburan yang mempunyai identiti tersendiri di mana kualiti vokal peserta didahulukan daripada paras rupa. Kami ingin membuktikan bahawa Vokal mampu mengubah persepsi stereotype masyarakat dan sekali gus menjadi platform positif kepada peserta yang mempunyai vokal yang baik tetapi tidak mempunyai pakej lengkap," katanya.

Diterbitkan oleh Ahmad Shaifullizam Arshad (Gbam), Vokal menampilkan Faizal Ismail (FBI) sebagai pengacara konsert Vokal manakala Azmeer dan Erra Fazira sebagai juri tetap.

Para peserta juga akan dilengkapkan dengan latihan, bimbingan dan motivasi daripada tenaga pengajar sebagai persediaan awal untuk mengecapi kejayaan di dunia hiburan. Antara tenaga pengajar yang turut menjayakan program Vokal termasuk Faizal Uzir sebagai Pengarah Muzik dan Penasihat Vokal, Adzwa sebagai Penasihat Persembahan, Prof. Madya Haji Md. Izzuddin (Prof. Izzi) selaku pakar motivasi dan Simran Latif dari Original Bootcamp sebagai jurulatih kecergasan dan kesihatan.

Kepada sesiapa yang berminat, jangan lepaskan peluang untuk menonjolkan kehebatan vokal anda di sesi uji bakat pada 24 September, 25 September, 1 Oktober dan 2 Oktober dari jam 10.00pagi hingga 5 petang di Theaterette, Sri Pentas, Bandar Utama.
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2011 03:42 PM | Show all posts
adehhh terbayang.... ziana zain no 2 datang audition
Syd Post at 25-9-2011 11:28 AM


hahhahahha........ZZ tuh byk kon tuh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-9-2011 09:13 AM | Show all posts
Program realiti nyanyian lagi. Tak cukupkah dengan program realiti sedemikian yang melalaikan ini? Bagus gantikannya dengan Golden Dreams. Ada faedah lagi tuh.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-10-2011 08:02 PM | Show all posts
Jawablah!: Peserta cantik disingkir
Oleh Farihad Shalla Mahmud
[email protected]
2011/10/05

SEJAUH manakah program realiti terbitan TV3, Vokal... Bukan Sekadar Rupa mampu mencetuskan fenomena baru dalam dunia penyiaran dan industri hiburan secara keseluruhannya? Itulah persoalan yang berlegar di fikiran sewaktu penerbitan program itu diumumkan kepada media. Bukan bersikap skeptikal atau berprasangka buruk terhadap objektif program ini, iaitu membuka peluang kepada mereka yang dikurniakan bakat nyanyian luar biasa, tetapi berasakan tidak mempunyai wajah komersial untuk bergelar artis. Cuma tertanya-tanya juga, realistikkah idea ini? Apakah industri hiburan kita serta semua pihak yang terbabit secara langsung sudah bersedia 100 peratus untuk menerima idea ini? Apakah pengenalan kepada program ini mampu membuang persepsi bahawa rupa bentuk fizikal bukan lagi satu kemestian jika mahu menjadi artis seperti yang diamalkan dalam industri sejak awal lagi?

Untuk menjawab pertanyaan ini, Hip menghubungi Penerbit Eksekutif Vokal... Bukan Sekadar Rupa, Muhamad Suffian Che Isa. Tegasnya, meskipun dia juga sedikit kabur dengan penerimaan pelbagai pihak mengenai pembaharuan yang cuba mereka perkenalkan, namun berpegang pada kata kata pepatah, jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Dia percaya satu hari nanti pembaharuan ini akan dapat diterima dan bukanlah satu retorik semata-mata.

Hip: Kenapa baru sekarang konsep seperti ini diperkenalkan dan tidakkah bimbang jika program ini dikatakan meniru program realiti The Voice yang cukup popular ketika ini?

Suffian: Idea untuk menerbitkan program ini sebenarnya sudah disuarakan sejak dua tahun lalu. Ia ditimbulkan berdasarkan segmen uji bakat yang kami pernah tonjolkan menerusi program Mentor. Bagaimanapun disebabkan slot untuk menerbitkan program baru tidak cukup, jadi terpaksalah kami melupakan saja hasrat itu. Bagaimanapun, tahun ini apabila kami sudah mempunyai slot baru dan Vokal... Bukan Sekadar Rupa mahu diperkenalkan, tiba-tiba muncul program The Voice. Terdetik di hati saya, mungkin akan ada orang yang akan menuduh kami meniru program ini walhal idea untuk membuat program ini sudah ada sejak dua tahun lalu. Lagipun kalau diperhatikan, konsep The Voice dan Vokal... Bukan Sekadar Rupa memang berbeza.

Hip: Program ini lebih menekankan vokal dan bukannya rupa. Bagaimana mahu meletakkan kriteria bahawa seseorang peserta itu menepati syarat iaitu tidak mempunyai rupa tetapi berbakat, sedangkan cantik atau kacak adalah subjektif?

Suffian: Kita akui bahawa rupa bentuk fizikal, cantik atau kacak adalah sangat subjektif. Mungkin pada pendapat kita, peserta ini cantik tetapi tidak pada pandangan orang lain. Dalam hal ini kami sebenarnya mencari peserta yang berbakat besar, tetapi tidak mempunyai pakej untuk diketengahkan sebagai artis. Kami mempunyai kriteria kami sendiri mengenai pakej yang diperlukan untuk menjadi seorang artis. Contohnya, mungkin dia mempunyai suara merdu tetapi berbadan besar. Dan kekurangan itu membataskan dirinya untuk menjadi artis.

Situasi seperti itulah yang cuba kami selesaikan dan bantu. Daripada 1,600 peserta yang hadir, kami sudah menyenarai pendek calon kepada 26 orang. Dalam soal rupa paras, peserta wanita agak sukar sedikit. Jadi penilaian kami adalah dengan menyolekkan mereka, sebab ada ketika apabila wanita disolekkan, wajah mereka berubah menjadi cantik. Jadi jika kami melihat wajahnya cantik dan ada nilai komersial selepas disolekkan, peserta itu akan disingkir. Kami hanya mahukan mereka yang memang jelas tidak mempunyai nilai komersial untuk diketengahkan tetapi mempunyai bakat yang besar untuk dipertaruhkan.

Hip: Apakah anda yakin, industri kita yang memandang rupa bentuk fizikal lebih dari segala-galanya itu sudah bersedia untuk menerima fenomena baru ini?

Suffian: Terus terang, saya sebenarnya tidak pasti dengan penerimaan mereka kerana sewaktu saya bertemu dengan syarikat rakaman untuk mendapatkan kerjasama mereka dalam program ini, mereka seperti bermain tarik tali. Cukup jelas mereka lebih selesa mengambil sikap tunggu dan lihat. Sebagai benda baru, mereka harus melihat keseluruhan program ini terlebih dulu.

Hip: Tidakkah anda bimbang jika dituduh memberi harapan palsu kepada peserta program ini yang mengharapkan ia mampu merealisasikan hasrat mereka untuk bergelar artis?

Suffian: Kami sudah pun memberi penerangan kepada peserta yang disenarai pendek bahawa kami di sini tidak menjanjikan bahawa mereka boleh menjadi artis terkenal. Kami hanya menyediakan peluang dan ruang untuk mereka memperkenalkan bakat yang mereka ada. Program Vokal... Bukan Sekadar Rupa ini tidak ubah seperti sebuah universiti. Universiti tidak pernah berjanji untuk memberikan kerja kepada graduannya. Sebaliknya hanya mereka yang berusaha bersungguh-sungguh serta cemerlang dalam pelajaran saja yang berpeluang untuk mendapat pekerjaan yang bagus selepas tamat belajar. Begitulah juga yang saya harapkan daripada peserta program ini nanti. Hanya mereka yang sanggup menghadapi pelbagai ujian dan berbakat saja yang boleh berjaya apabila berada di gelanggang sebenar.

Hip: Dari segi juri tetap, mengapa produksi tidak mencari penyanyi yang menepati kriteria yang mereka cari?

Suffian: Pemilihan Azmeer sebagai juri tetap tidak perlu dipersoalkan kerana kami percaya dengan kredibilitinya sebagai seorang komposer serta khidmat yang pernah dicurahkannya dalam program Mentor sebelum ini. Cuma saya pasti, ramai yang tertanya-tanya mengapa Erra Fazira? Pemilihan Erra pula adalah berdasarkan pengalamannya membimbing Salma sebelum ini. Kita sedia maklum bahawa protege Erra, Salma, dianggap sebagai tidak mempunyai nilai komersial tetapi mempunyai vokal yang hebat. Erra berjaya merubah penampilan dan imej Salma daripada seorang yang rendah diri kepada lebih berkeyakinan. Jadi dengan pengalaman Erra itu kami mahu dia kongsi bersama dengan peserta program ini. Ia lebih kepada memberi motivasi kepada peserta. Bagaimanapun, kami juga akan menjemput juri undangan untuk berkongsi pandangan dan panduan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-10-2011 10:54 PM | Show all posts
dgr kata lagu tema black yg nyanyi..............
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2011 09:24 AM | Show all posts
Ini memang haku bantah habis-habisan, sebab program ini serupa dengan program Mentor ke, AF ke
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2011 11:07 AM | Show all posts
ahad nih start kan...........
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2011 11:33 AM | Show all posts
Eleh..program cm bodow.sdgkan bakat2 nyanyian yg ada rupa pon ala2 berkubur hidup segan mati tak mahu....ni nk ketengahkan yg xde rupa plak??
Si Black tu femes ke?mcm xde aura jer...
Si Salma ntah kemana....mentor dia plak makin ligat dpt job jadi juri ada lah....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-10-2011 02:02 PM | Show all posts
Post Last Edit by Syd at 16-10-2011 14:07
Wajah 10 Peserta Vokal...Bukan Sekadar Rupa


Misi pencarian peserta Vokal…Bukan Sekadar Rupa kini sudah selesai. Selepas menjalani empat sesi uji bakat sejak dua minggu lalu, akhirnya 10 peserta berjaya terpilih bagi menyemarakkan lagi program realiti terbaru di TV3 ini.

Kesepuluh mereka yang berbakat ini dipilih di antara 1400 peserta yang hadir sepanjang sesi uji bakat dijalankan. Berikut merupakan gambar serta info tentang 10 peserta yang berjaya terpilih.



Nama Penuh : Siti Nur Aishah
Nama Panggilan : Adeq
Asal : Hulu Kelang, Selangor
Umur : 21
Jantina : Perempuan
Pekerjaan : Pereka Grafik dan Penyanyi Sambilan



Nama Penuh : Fakhrul Nizam Fauzi
Nama Panggilan : Fakhrul
Asal : Ampang, Kuala Lumpur
Umur : 21
Jantina : Lelaki
Pekerjaan : Pemuzik



Nama Penuh : Mohd. Janizam Jamaluddin
Nama Panggilan : Boby
Asal : Sungai Besi, Kuala Lumpur
Umur : 26
Jantina : Lelaki
Pekerjaan : Penyelia Pusat Bowling




Nama Penuh : Irsa Sahabuddin
Nama Panggilan : Irsa
Asal : Sungai Besi, Kuala Lumpur
Umur : 24
Jantina : Perempuan
Pekerjaan : Pelajar




Nama Penuh : Azmarul Azuan Harun
Nama Panggilan : Azmarul
Asal : Melaka
Umur : 27
Jantina : Lelaki
Pekerjaan : Pelajar




Nama Penuh : Mafarikha Md. Akhir
Nama Panggilan : Mafa
Asal : Perak
Umur : 19
Jantina : Perempuan
Pekerjaan : Pelajar

   


Nama Penuh : Muhd. Fakhrullah Mohd. Yusoff
Nama Panggilan : Epiit
Asal : Taiping, Perak
Umur : 21
Jantina : Lelaki
Pekerjaan : Pelajar




Nama Penuh : Airulazwan Abd. Rahman
Nama Panggilan : Boy
Asal : Kulai, Johor
Umur : 22
Jantina : Lelaki
Pekerjaan : Bekerja Sendiri




Nama Penuh  : Norhasmidar Ahmad
Nama Panggilan : Asmidar
Asal : Kuala Lumpur
Umur : 25
Jantina : Perempuan
Pekerjaan : Pelajar




Nama Penuh : Fazdrul Aswad Fauzi
Nama Panggilan : Aswad
Asal : Ampang, Kuala Lumpur
Umur : 19
Jantina : Lelaki
Pekerjaan : Pemuzik

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2011 12:19 PM | Show all posts
asmidar tu bukan penah try mentor ke?nak jadi protege tok pah. alih2x tok pah pilih shiha..asmida tu tok pak bwk gi umrah.
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2011 01:07 AM | Show all posts
result cap jari suka atau tak oleh juri bertiga tuh buatlah ditekan serentak
& pas kuar baru laaa komen satu2
cos kdg2 nmpk cam seseorg tuh just ikut je sesuai
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2011 09:14 AM | Show all posts
result cap jari suka atau tak oleh juri bertiga tuh buatlah ditekan serentak
& pas kuar baru laaa  ...
eddlisa_uyuk Post at 24-10-2011 01:07


Setuju.... So dorang akan tetap dgn pendirian dorang dari awal...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2011 10:53 AM | Show all posts
kasar tol bahasa si azmeer, angkuh sangat macam la dia hebat.tak sedar diri tu cacat
kahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2011 02:57 PM | Show all posts
kasar tol bahasa si azmeer, angkuh sangat macam la dia hebat.tak sedar diri tu cacat
kahkahkah
c===8 Post at 24-10-2011 10:53

ko nih
azmeer tu sbnrnya berlakon je.... ikut skrip gak tuh... diberi watak celupar
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2011 02:58 PM | Show all posts
irsa tu pernah try af kan... top 20....
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2011 03:31 PM | Show all posts
ko nih
azmeer tu sbnrnya berlakon je.... ikut skrip gak tuh... diberi watak celupar
dino Post at 24-10-2011 14:57



    org cacat tak sesuai la celupar camtu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 02:24 PM GMT+8 , Processed in 0.255403 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list