CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 17091|Reply: 49

Kebenaran Banjir Zaman Nabi Nuh Sampai Ke Nusantara

[Copy link]
Post time 2-10-2011 01:03 AM | Show all posts |Read mode
Kebenaran Banjir Zaman Nabi Nuh Sampai Ke Nusantara
  

Banjir besar dunia (Bencana Nuh), berdasarkan penemuan-penemuan geologi dianggarkan terjadi sekitar tahun 11,000 SM atau 13,000 tahun yang lalu.
  
... Bencana Nuh ini juga melanda Nusantara. Hal ini boleh kita buktikan, dengan penemuan, ikan spesifik yang bernama ikan belido, di dua pulau yang berbeza, iaitu Sumatera (sungai musi) dan Kalimantan (sungai kapuas).

Dikatakan, Pulau Sumatera dan Kalimantan, dahulunya bersatu, dimana sungai musi dan sungai kapuas, merupakan anak sungai, dari sebuah sungai, yang pada masa ini berada di dasar laut Selat Malaka. (sumber : Banjir di Zaman Nabi Nuh dan Forum Diskusi Banjir Nuh)

Berdasarkan ilmu Geografi, Pulau Jawa, Sumatera, Kalimantan dan Jazirah Malaka dipisahkan oleh laut yang cetek. Dikatakan sebelum terjadi bencana Nuh, pulau-pulau itu berada dalam satu daratan, yang disebut Pentas Sunda (Sunda Plat).

Beberapa ilmuwan, diantaranya Profesor Aryso Santos dari Brasil, menduga Pentas Sunda ini, dahulunya merupakan benua Atlantis, seperti disebut-sebut Plato di dalam bukunya Timeus dan Critias.

Peradaban Tinggi Masa Lalu

Berdasarkan kepada penemuan naskah kuno di dalam Piramid Besar Cheops, yang mengatakan piramid dibina ‘pada waktu gugusan bintang Lyra berada di rasi Cancer’. Menurut sejarawan, Abu Said El Balchi, peristiwa tersebut terjadi sekitar 73,300 tahun yang lalu.

Kemajuan teknologi di masa lalu, juga boleh dilihat dari kecanggihan, kapal yang dibuat Nabi Nuh bersama pengikutnya, sekitar 11,000 SM (13,000 tahun yang lalu).

Mari kita sekadar memikirkan:

1. Kapal ini boleh memuatkan ribuan bahkan mungkin ratusan ribu pasang haiwan, yang kelak menjadi nenek moyang haiwan masa kini

2. Masing-masing haiwan mesti ditempatkan sesuai dengan habitatnya. Unta harus di tempat yang panas. Pinguin harus di daerah sejuk. Belum lagi buat binatang-binatang kecil seperti semut, kutu, jangkrik, dll. Semuanya mesti disiapkan tempat khusus. Jika tidak, jelas binatang-binatang kecil itu boleh terinjak-injak oleh binatang-binatang lainnya.
3. Untuk pelayaran berminggu-minggu jelas diperlukan gudang makanan yang besar dan canggih. Kalau tidak, mungkin semua tikus dimakan ular, akibatnya tikus menjadi pupus. Belum lagi makanan untuk harimau, singa dan buaya. Untuk lembu, kambing dan kuda juga harus disiapkan rumput segar.

4. Tempat makanan juga mesti bersih, sebab kalau sampai haiwan itu sakit lalu mati, haiwan tersebut akan menjadi pupus. Mungkin kita tidak akan pernah melihat lagi di masa sekarang jika di masa itu telah pupus.

5. Kapal tersebut juga dirancang agar tahan terhadap terjahan ombak dan air banjir, yang mungkin 1000x lebih hebat dari tsunami. Dan mesti menahan beban ribuan haiwan.

Di dalam Al Qur’an diceritakan, gelombang air ketika itu laksana gunung, sebagaimana firman-Nya :
  
”Dan bahtera itu berlayar membawa mereka dalam gelombang laksana gunung…” (QS. Hud (11) ayat 42-43).

Bahkan berdasarkan pendapat, salah seorang cendikiawan Muslim, Ustadz Nazwar Syamsu, dalam Buku Serial “Tauhid dan Logika“, bencana Nuh ini, telah mengakibatkan bergesernya kutub utara bumi, dari Makkah kepada posisinya yang sekarang.

Dengan memperhatikan, betapa dahsyatnya teknologi Bahtera Nuh ini, rasanya sukar bagi kita untuk mempercayai penemuan Ekspedisi “Noah’s Ark Ministries International” (NAMI) dari Hongkong, yang mengatakan telah menemui ”The Great Noah Ark”, di gunung Arafat Turki, pada ketinggian 4,000 meter, sekitar bulan April 2010.

Hakikatnya, Kapal Nabi Nuh AS merupakan kapal tercanggih yang pernah dibuat umat manusia. Dan sehingga sekarang ini, kewujudannya masih misteri

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-10-2011 01:30 AM | Show all posts
melanda seluruh dunia kot
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2011 01:33 AM | Show all posts
kuasa Allah SWT mengatasi segala2nya....
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2011 03:00 AM | Show all posts
susah nak percaya aktifak yg ditemui kat puncak gunung tu bahtera Nabi Nuh AS...
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2011 07:29 AM | Show all posts
Edisi NoaH's Ark nie..citer lepas ker citer akan datang????
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2011 10:27 AM | Show all posts
Mod bod ni...tolong merge dengan thread Nabi Nuh/Noah's Ark sedia ada....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-10-2011 12:20 PM | Show all posts
isu banjir besar ni ialah samada melanda sebahagian bumi @ seluruh dunia.
Dalam buku "kaum kaum yang pupus",mengatakan bahawa banjir besar ni berlaku di kawasan nabi nuh,bkn seluruh dunia.

Nnt sy check balik....
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2011 01:31 PM | Show all posts
kalau banjir seluruh dunia, mana air2 tu semua pegi?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-10-2011 02:48 PM | Show all posts
kalau banjir seluruh dunia, mana air2 tu semua pegi?
sekngucing Post at 2-10-2011 13:31


yg jadi beku kutub utara dan selatan.
pun leh jadikan satu teori..sebab dlm sebuah cite dlm discovery channel kalo 2 kutub nie cair...
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2011 04:02 PM | Show all posts
Pernah tengok dalam Astro History Channel 555, kalo tak silap  mat saleh kata (bukan aku yang kata) yang disimpan dan dibawa untuk naik kapal adalah spesimen dan DNA yang disimpan. Itu mengikut kajian dan teori dia orang je la.
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2011 11:48 PM | Show all posts
Pernah tengok dalam Astro History Channel 555, kalo tak silap  mat saleh kata (bukan aku yang kata)  ...
rayyanrafael Post at 6-10-2011 16:02


so selepas banjir tu mcm mana pulak binatang2 tu dihidupkan kembali, mesti ada teknologi yg canggih atau mukjizat yg Allah beri kepada nabi Nuh
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2011 10:17 AM | Show all posts
so selepas banjir tu mcm mana pulak binatang2 tu dihidupkan kembali, mesti ada teknologi yg cang ...
masa_lalu Post at 6-10-2011 23:48



   Diaorang buat kajian cenggitu, kononnya semua tu teknologi dari luar angkasa (alien) yang menyelamatkan manusia dari bencana besar tu. Mereka seboleh-bolehnya nak menafikan itu semuanya mukjizat dari Yang Esa.

(amaran: Baca boleh, jangan percaya. nanti terpesong akidah. Ini semua kajian yang History Channel buat berkenaan tanda makhluk asing yang pernah menbina peradapan di bumi)

Dalam rancangan tu pun, dikatakannya Nabi Adam, Nabi Sulaiman, Nabi Nuh, Nabi Musa adalah makluk asing.
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2011 09:07 PM | Show all posts
oh cerita angkasawan makhluk asing tu, pernah tgk.
lagi satu pernah tgk movie stargate tak? movie tu cuba menyampaikan teori pasal angkasawan makhluk asing juga.
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2011 03:16 PM | Show all posts
rasenye zaman nabi nuh tu mmg da sgt canggih, sbb terlampau canggih tu la org makin lupa agama, mcm zaman sekarang... nk berhibur je. bahtera tu jgk mst sgt besar n canggih. kalau kita x amik teori bahtera y kat gunung tu, n kita andaikan bahtera tu lbh besar dan canggih, x mustahil jgk kalau kita andaikan banjir tu belaku seluruh dunia. ssb ade y ckp jgk, dlm bahtera tu terdiri dr manusia berbagai ras warna. ada hitam,putih, kuning, coklat. maksudnya, berbilang bangsa n mgkn dr pelosok negara. sbb tu ramai org ejek nabi nuh ni. buat ape nk buat bahtera canggih, siap kumpul haiwan sume, cam x logik kan.. bg dorg la
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2011 03:47 PM | Show all posts
isu banjir besar ni ialah samada melanda sebahagian bumi @ seluruh dunia.
Dalam buku "kaum kaum yan ...
mR_hUnt Post at 2-10-2011 12:20


aku ade baca buku tu. menurut harun yahya banjir tu melanda sekitar mesopotamia punye kawasan saje (dan mungkin juga hingga ke semenanjung arab dan india)...dan dia ade bagi bukti2 tentang hal tu yg aku pun tak ingat dah apa buktinyee. wallahualam
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2011 04:46 PM | Show all posts
Kebenaran Banjir Zaman Nabi Nuh Sampai Ke Nusantara
  

Banjir besar dunia (Bencana Nuh), berda ...
sinnerz Post at 2-10-2011 01:03


Bible dgn Torah je yang ajar korang bende2 mengarut ni = Noah Flood is UNIVERSAL event.

Dalam Quran takde pun... dia cume cakap kaum2 Nabi Noh (luat hitam/Mideterrenean) yg pernah disampaikan ajaran jee jee yg effected.. australia and tanah jawa dan melesia, tempat Nabi Noh tak penah sampai tak dilanda banjir ni :




Makin mengarut orang2 melayu sekarang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2011 05:00 PM | Show all posts
Tapi ada sesetengah ulama yg berpendapat banjir melanda seluruh dunia, malah hal ni semacam satu general knowledge yg diterima di seluruh dunia.... ulama mana yg ckp mcm tu haku pun tak hingat ? atas dasar atau bukti hapa, haku pun tak hingat? ada sesiapa yg hingat?

yg pasti harun yahya antara segelintir pengkaji yg menyangkal dakwaan itu...
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2011 05:05 PM | Show all posts
Tapi ada sesetengah ulama yg berpendapat banjir melanda seluruh dunia, malah hal ni semacam satu gen ...
Yustan Post at 23-11-2011 17:00


ulamak mane?? kasi tau sini...

cume sorang je yg ckp mcm tu = At Tabari
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2011 05:18 PM | Show all posts
ulamak mane?? kasi tau sini...

cume sorang je yg ckp mcm tu = At Tabari
unekspekted_XII Post at 23-11-2011 17:05



    mana aku tau ulama mana......tapi benda ni dh macam common knowledge dah, 'banjir zaman nabi nuh melibatkan seluruh dunia'.... sbb tu aku tnya ada sesiapa buleh bg jawapan tak atas dasar apa ulama/orang/pengkaji mengatakan banjir tu melanda seluruh dunia?
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2011 05:26 PM | Show all posts
Reply 19# Yustan

common knowledge = utk penganut kristian je..



sebab orang isle malas nak mengkaji.. telan je ape yg dorang tulis
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 03:29 AM GMT+8 , Processed in 0.072401 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list