CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 130|Reply: 0

Malam Puisi Warisan

[Copy link]
Post time 12-10-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
MALAM Puisi Warisan sempena Program Bulan Bahasa Kebangsaan 2011 akan diadakan di Ruang Legar Dewan Orkestra, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), Kuala Lumpur, pada 12 Oktober ini, jam 8.30 malam.\rPegawai Penyelarasnya, Zakaria Ariffin, berkata acara baca puisi anjuran Fakulti Penulisan Kreatif ASWARA itu, menampilkan Sasterawan Negara (SN), Datuk Dr Anwar Ridhwan dan SN, Datuk Dr Ahmad Kamal Abdullah atau lebih dikenali sebagai Kemala.\r\n\n\n\n\r“Malam baca puisi itu turut dimeriahkan oleh Penerima Anugerah Penulisan SEA 2005, Abdul Ghafar Ibrahim (Agi); Dr A Halim Ali; Dr Chong Fah Hing; Ahmad Sarju dan Shamsuddin Othman.\r\r\n\n\n\n\n“Artis yang turut membuat penampilan di pentas puisi ialah Jalil Hamid dan Julia Ziegler, manakala antara pelajar ASWARA yang turut mendeklamasi puisi Nurul Nadiah Mohd Zaini, Nurul Hidayah Suleiman dan Muhammad Zahid Mohamad Zaki,” katanya dalam kenyataan melalui e-mel, baru-baru ini.\rMalam Puisi Warisan turut dihiburkan dengan persembahan lagu puisi dan rakyat oleh Roslan Madun, Siso dan Noor Hafidzanee Dzulaile.\rZakaria berkata, Malam Puisi Warisan yang mengenengahkan tradisi dinamik baca puisi di ASWARA itu, bertujuan untuk memasyarakatkan puisi kepada khalayak umum di sekitar Lembah Klang dan mengangkat martabat puisi  Melayu tradisional dan moden sebagai warisan bangsa yang tidak ternilai.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 06:17 AM GMT+8 , Processed in 0.167103 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list