CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 130|Reply: 0

Salah media?

[Copy link]
Post time 14-10-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Salah media? Oleh Serimah Mohd [email protected]/10/14\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nPublisiti besar-besaran jadi punca\rPERSATUAN Penerbit Filem Malaysia (PFM) menuding jari kepada media kerana memberi publisiti berlebihan atau besar-besaran kepada filem seram berbanding filem biasa lain sehingga menjadi isu yang tidak disenangi oleh orang ramai dan pemimpin masyarakat.\r\n\n\n\n\rAkibatnya, masyarakat atau penonton mengecam sikap penerbit kerana asyik menghasilkan filem bercorak seram sehingga melambak-lambak untuk ditayangkan.\r\r\n\n\n\n\nBoleh dianggap sebagai tidak berterima kasih di atas sokongan tidak berbelah bagi oleh media, hakikatnya, penerbit atau pembikin filem sendiri yang menghasilkan filem seram atas alasan memenuhi kehendak pasaran, bukan menepati cita rasa media. \rJadi selepas ini, kepada semua media, berpada-pada apabila memberi publisiti kepada filem seram tempatan. Usah sampai menimbulkan rasa tidak senang PFM kerana memberi laporan publisiti dan promosi besar-besaran. \rPada hal media pula melaporkan dan memberikan publisiti kepada filem tempatan sekadar membantu kos promosi penerbit filem itu sendiri. Lazimnya, penerbit filem tidak mempunyai peruntukan yang besar untuk membiayai kos promosi dan pengiklanan, lalu bergantung kepada budi bicara media untuk membantu ‘memasarkan’ filem mereka.\rSoal sama ada besar atau kecil promosi sesebuah filem, bukanlah hak penerbit filem. Malahan media juga tidak pernah sama sekali terfikir untuk membesar-besarkan promosi filem seram dan pada sama ‘memperkecil-kecilkan’ filem genre lain. \r\n\n\n\n\rOleh itu dakwaan Presiden PFM, Datin Paduka Suhaimi Baba yang menuding jari kepada media dengan mendakwa menjadi punca lambakan filem seram adalah kenyataan yang kurang bijak khususnya penerbit filem dari aspek publisiti dan promosi. \rSuhaimi ketika bercakap pada Diskusi Isu Filem Seram: Kreativiti Perlu Ruang, Bukan Sekatan anjuran PFM di Pawagam Mini P Ramlee, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Hulu Klang pada Rabu lalu, turut mendakwa, media membangkitkan soalan provokasi kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed untuk mengulas mengenai lambakan filem seram.\rAkibat daripada soalan media, Dr Mahathir memang ada menegur tetapi ia tidak menjurus kepada filem seram tempatan tetapi juga kemasukan filem luar negara.\rAdakah media yang dimaksudkan oleh Suhaimi ialah akhbar, bukan stesen TV? Kenapa tidak secara khusus juga Suhaimi menuding kepada stesen TV yang menyediakan slot khas untuk cerita seram yang secara tidak langsung mempromosikan filem seram juga?\rDalam perbincangan pada diskusi itu, Suhaimi menyalahkan media tidak memberi publisiti sama rata kepada genre lain seperti komedi, aksi, cinta dan lain-lain. Sebaliknya media lebih gemar mengangkat filem seram dengan memberikan publisiti besar-besaran serta seolah-olah tidak berminat dengan genre lain.\rPublisiti meluas yang kononnya menjadi permainan orang media dikatakan mampu menyumbang kepada keuntungan filem seram tanah air. \rPandangan Suhaimi sebenarnya silap. Mungkin sebagai produser dan pengarah, Suhaimi terlupa untuk melihat betapa media juga memberikan promosi dan publisiti besar-besaran untuk filem Magika, Haq, Hikayat Merong Mahawangsa, Nur Kasih The Movie, KL Drif Evolusi, Bohsia  dan Gangster 2. Malahan yang terbaru filem Karipap Karipap Cinta arahan Othman Hafsham juga diberikan publisiti meluas biarpun filem itu gagal mendapat sambutan.\rBegitu juga dengan filem Adnan Sempit, Anu Dalam Botol, 4 Madu, Raya Tak Jadi, Senario, sekadar menamakan beberapa buah filem tidak mendapat liputan meluas media? \rTidak cukup dengan majlis tayangan perdana, media turut bermurah hati mengatur fotografi khas untuk membantu mempromosi sesebuah filem sebelum ditayangkan di pawagam.\rTindakan media untuk terus memberi sokongan memberi publisiti kepada semua genre terutama seram seharusnya bukti terus mempertahankan dan membantu produser filem yang menghasilkan filem seram sedangkan media, terutama wartawan hiburan juga turut dikritik dan dibidas masyarakat serta penonton. \rFilem Tanda Putra Negara sebagai contoh yang masih dalam proses pembikinan sudah pun diuar-uarkan media, biarpun filem terbabit berkemungkinan ditayangkan tahun depan.\rKenyataan Suhaimi, disokong Naib Presidennya, Ahmad Idham Nadzzri. Mereka mahu menuding jari kepada media dengan teguran Dr Mahathir yang lambakan cerita hantu dikatakan boleh menggalakkan kepercayaan karut serta tidak membantu membina masyarakat produktif.\rNamun, begitu Ahmad Idham mungkin lupa bahawa filem seram arahannya Senjakala diberikan publisiti ala kadar saja oleh media. Ahmad Idham janganlah berpura-pura kerana kejayaan filem seram arahannya seperti Jangan Pandang belakang adalah sokongan berterusan daripada media. \rPFM juga sekali lagi dilihat cuba mempersoalkan kerja media apabila mengatakan isu itu berkemungkinan sengaja dibangkitkan media ketika bertemu Dr Mahathir baru-baru ini, sedangkan isu itu tidak pernah dibahaskan di Parlimen. \rSebenarnya, pertanyaan media kepada Dr Mahathir adalah susulan kepada reaksi orang ramai terhadap filem Hantu Bonceng yang dikatakan mempersendakan kalimah syahadah dalam dialog Zizan. Memang tidak ada disebut atau dibangkitkan dalam Parlimen. PFM boleh bertemu dengan Dr Mahathir untuk mendapatkan penjelasan lebih lanjut mengenai mengenai kenyataan berhubung filem seram. \rJangan ambil kesempatan\rSEMENTARA itu, Norman Abdul Halim selaku Setiausaha Kehormat PFM berkata, perbincangan ini diadakan bukanlah suara untuk menentang kenyataan Tun Dr Mahathir. Sebaliknya PFM amat mengagumi bekas Perdana Menteri itu. \rDia berharap tiada sebarang bentuk sekatan dikenakan kepada industri kreatif kerana di dalam Pelan Transformasi Ekonomi, industri itu berpotensi menjadi penyumbang terbesar kepada ekonomi negara. \r“Filem seram hanyalah salah satu bentuk hiburan. Bagi kami ia tidak akan mendatangkan sebarang kesan psikologi kerana negara maju seperti Korea dan Jepun, banyak menghasilkan filem sebegitu tetapi negara mereka tidak pula mundur.\r“Jika dilihat dari sudut positif pula, filem seram paling banyak menonjolkan elemen keagamaan berbanding filem dalam genre lain. Secara tidak langsung boleh mewujudkan keinsafan. Kami harap tiada pihak yang cuba mengambil kesempatan dengan isu ini walhal mereka sendiri tidak menonton tetapi dengan sewenang-wenang memberikan komen,” katanya.\rJalan penyelesaian yang boleh diambil bagi menyelesaikan isu ini kata Norman ada dua. Pertama, menggunakan orang tengah bagi menyelesaikan isu ini atau menulis surat kepada Tun untuk mengatur satu pertemuan bagi membincangkan masalah berkenaan.\rTurut hadir pada perbincangan itu ialah Datuk Yusof Haslam, Penerbit Eksekutif TUSB, Gayatri Su-Lin Pillai Pengurus Besar Filem dan Drama Perniagaan Studio dan Pembangunan Korporat, Primework Studio, Tengku Iesta Tengku Alaudin.\rUsah bergantung filem seram\rKETUA Pengarah FINAS, Mohd Naguib Razak, tidak menafikan keuntungan menghasilkan filem seram tetapi tidak semestinya penggiat filem tidak mampu menghasilkan filem genre lain.\rKatanya walaupun di Thailand dan Korea, filem genre seram turut mendapat sambutan yang baik namun mereka kini sudah mula mengorak langkah kepada genre baru. Malah FINAS akan sentiasa memberikan sokongan kepada penerbit filem yang berani.\r“Saya faham penerbit menghasilkan filem mengikut trend masa kini, mereka juga buat filem kerana memikirkan soal keuntungan. Tetapi sudah tiba masanya kita tukar corak permainan. \r“Apa salahnya kalau kita pelbagai genre filem. Saya ingin mencabar pembikin filem yang berani untuk membuka langkah ke arah pembaharuan. Sekiranya filem dihasilkan menerap nilai kemasyarakatan yang tinggi, FINAS akan sokong. Kita juga akan pastikan mereka berjaya.\r“Filem Bunohan contohnya berjaya di luar negara, kalau boleh kita mahu merangsang lebih banyak penghasilan filem seperti itu. Walaupun mungkin di sini filem itu tidak dapat sambutan, FINAS akan cuba mencari jalan untuk meyakinkan masyarakat tempatan bahawa filem itu bagus. Dengan cara itu, barulah masyarakat akan mempercayai karya tempatan. \r“Pada pandangan saya industri kita perlu matang jika mahu melihat industri ini berjaya. Saya harap semua pihak dapat bersabar, kita akan kumpulkan semua data dan mempertimbangkan pandangan yang ada. saya tidak mahu penggiat kita terburu-buru mengambil tindakan kerana nanti ia akan mendatangkan kesan pada industri,” katanya.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 10:48 PM GMT+8 , Processed in 0.149763 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list