|
Jagoan wanita dunia terus tenggelam\rHUJAN dan kilat pada hari kedua hingga menangguhkan saingan ke hari ketiga Kejohanan Golf Sime Darby LPGA 2011 di Kelab Golf & Country Kuala Lumpur (KLGCC) kelmarin, membuatkan pemain Korea, Na Yeon Choi lebih bersedia menebus kekecewaan untuk muncul pendahulu baru dengan 12 bawah 201 pukulan.\r\n\n\n\n\r Aksi pemain 23 tahun itu semalam lebih bersahaja selepas perlawanan yang tertangguh tiga jam, bersambung sambil mengekalkan momentum dengan lima birdie pada lubang 3, 9, 10, 15 dan 16 bagi menebus bogey lubang 5 di sebelah pagi, untuk catatan 67 pukulan.\r\r\n\n\n\n\n “Saya tahu saya tidak boleh mengawal cuaca, maka saya hanya terus bermain sambil tersenyum,” kata pemenang empat gelaran LPGA yang sugul selepas aksi kurang menjadi akibat penangguhan hingga akur berkongsi tempat kedua selepas tamat pusingan kedua, kelmarin.\r“Hari ini adalah hari yang panjang tetapi birdie pada lubang ke-9 dan 10 memberikan semula momentum. Saya bermain dengan baik hari ini dan berpuas hati. Saya tidak sabar menantikan saingan esok.”\rPenangguhan permainan turut memberi kesan kepada aksi pendahulu awal dari Amerika Syarikat, Brittany Lang yang pada mulanya berkongsi kedudukan teratas dengan Yeon Choi tetapi tercicir satu pukulan apabila sekadar merakam 69 pukulan, untuk keseluruhan 11 bawah 202. \rTempat ketiga turut berubah menjadi milik pemain Sepanyol, Azahara Munoz yang membuat 68 pukulan dan 10 bawah 203, di depan pemain nombor satu dunia dari Korea, Yani Tseng yang berkongsi tempat keempat dengan dua pemain lain.\r\n\n\n\n\rNamun, perubahan positif tiga pemain teratas itu gagal dijejaki empat wakil negara apabila pemain terbaik, Kelly Tan sekadar melakukan 74 pukulan untuk berada di tangga ke-64 dengan 11 atas 224, diikuti Aretha Pan, Jean Chua yang berkongsi tempat ke-67 dengan Han Hee-Won dari Korea dan Ainil Johani Abu Bakar di tangga ke-70.\rKEPUTUSAN\r201 - Na Yeon Choi (Kor) 66-68-67; 202 - Brittany Lang (Usa) 66-67-69; 203 - Azahara Munoz (Esp) 67-68-68; 205 - Se Ri Park (Kor) 72-68-65; Yani Tseng (Tpe) 69-67-69; Stacy Lewis (Usa) 68-65-72; 206 - Suzann Pettersen (Nor) 68-69-69; 207 - Paula Creamer (Usa) 71-67-69; Michelle Wie (Usa) 68-68-71; 208 - I K Kim (Kor) 68-68-72
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|