|
Kelly kekal sebagai pemain amatur terbaik\rPEMAIN ranking keempat dunia, Choi Na Yeon dari Korea muncul juara edisi kedua LPGA Malaysia Sime Darby di lapangan Kelab Golf & Country Kuala Lumpur, semalam, menewaskan pemain nombor satu dari Taiwan, Yani Tseng yang menamatkan permainan di tangga kedua.\r\n\n\n\n\r Turun selaku pendahulu pada hari terakhir, Na Yeon tenang meneruskan rentak cemerlang dengan mencatat tiga bawah par, 68 pukulan semalam untuk keseluruhan 15 bawah par, 269 dan pulang dengan hadiah AS$285,000 (RM900,000).\r\r\n\n\n\n\n Majlis penyampaian hadiah disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.\r“Saya tidak gementar hari ini (semalam), tetapi di lubang 15, saya sedikit gemuruh apabila mendengar Yani mendapat birdie,” kata Na Yeon semalam. “Saya gemuruh hingga ke lubang terakhir tetapi lega berjaya mendapat keputusan baik.”\rIni adalah kejuaraan LPGA kelima untuk pemain itu dan pertama tahun ini.\rBagi Tseng, dia tidak kecewa sebaliknya gembira kerana dapat bersaing sengit dari kejohanan ke kejohanan dengan pemain Korea itu. “Minggu lalu saya menang, minggu ini dia pula,” kata Tseng.\r\n\n\n\n\r“Saya bermain baik hari ini (semalam) tetapi Na Yeon melakukan lebih baik. Masih ada ruang untuk saya memperbaiki permainan dan saya tidak sabar kembali bersaing minggu depan.”\rSementara itu, Kelly Tan mengekalkan kedudukan sebagai pemain amatur dan tempatan terbaik kejohanan selepas menamatkan permainan dengan 13 atas par, 297 diikuti seorang lagi wakil negara, Aretha Pan dengan satu pukulan di belakang.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|