|
Ashley-Cooper jamin Australia mampu raih tempat ketiga tewaskan WalesAUCKLAND: Peminat ragbi Australia perlu melupakan kekecewaan dan bangkit menyokong pasukan itu menjelang perlawanan penentuan tempat ketiga Ragbi Piala Dunia, kata pemain pertahanan serba boleh Wallabies, Adam Ashley-Cooper. \rDitewaskan 20-6 oleh New Zealand pada separuh akhir Ahad lalu, Australia berdepan satu lagi pasukan yang tewas di separuh akhir, Wales dalam penentuan merebut pingat gangsa, Jumaat ini.\r\n\n\n\n\r Tatkala ramai menganggap perlawanan itu tidak begitu bermakna, Ashley-Cooper berkata, Wallabies bertekad untuk menang.\r\r\n\n\n\n\n Ini satu lagi peluang untuk menyarung jersi Wallabies dan tiada siapa akan bersikap mudah. Ada pingat gangsa ditawarkan dan semua begitu teruja. \rIni adalah bidang yang kami ceburi ada kalanya menang, ada kala tewas. Kita perlu lupakannya walaupun ia satu kekalahan yang amat memeritkan, (dan) walaupun kita bukan bertanding untuk merebut kejuaraan Piala Dunia, ia tetap satu lagi perlawanan.\rAshley-Cooper berkata, dia berharap peminat menunjukkan sedikit minat terhadap perlawanan itu.\rDitanya kenapa peminat Australia harus mengambil berat terhadap perlawanan yang boleh disifatkan sebagai tidak begitu bermakna, dia berkata: Kerana kami ambil berat. Dan jika mereka ambil berat mengenai kami, maka mereka prihatin.\r\n\n\n\n\rNew Zealand bertemu Perancis pada aksi final ragbi Piala Dunia Ahad ini. Reuters.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|