CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 74|Reply: 0

Maniam genggam bara api sampai jadi arang

[Copy link]
Post time 19-10-2011 11:05 PM | Show all posts |Read mode
ANDAI berpandukan statistik, Selangor sudah boleh melupakan Misi 33 serta hasrat beraksi di pentas final Piala Malaysia, 29 Oktober ini selepas tewas 0-2 kepada Terengganu pada aksi separuh akhir pertama di Stadium Shah Alam, kelmarin.\rIa berdasarkan rekod buruk Selangor yang sudah sembilan tahun gagal mencapai kemenangan ke atas Terengganu di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, gelanggang yang perlu dihadapi mereka sekali lagi untuk aksi separuh akhir kedua, Sabtu ini.\r\n\n\n\n\r  Kali terakhir melakukannya pada 19 Januari 2002, ketinggalan 0-1 menerusi jaringan Wan Rohaimi Ismail, Selangor bangkit mencatat kemenangan 2-1 ke atas Terengganu pada aksi Piala Sumbangsih hasil dua jaringan Azman Adnan.\r\r\n\n\n\n\n  Namun jurulatih Selangor, P Maniam tetap memberi contoh positif buat anak buahnya menjelang aksi Sabtu ini, apabila dia tetap melahirkan rasa optimis Selangor masih berpeluang memadam kelebihan dua gol diperoleh Terengganu menerusi Abdul Manaf Mamat, kelmarin.\rBukan mustahil untuk Selangor menewaskan Terengganu pada aksi kedua nanti. Jika semua pemain dapat memberi aksi terbaik, saya pasti peluang ke final masih ada.\rAmri Yahyah mungkin dapat diturunkan Sabtu ini dan bagi saya kehadirannya akan memberi keyakinan yang lebih kepada pemain lain untuk mengatasi Terengganu, kata Maniam ketika ditemui selepas perlawanan, kelmarin.\r

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 11:18 AM GMT+8 , Processed in 0.121675 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list